



.jpg)


10.25.2008
10.24.2008
| [+/-] |
Najib sokong hak MelaYu dihapuskan...habislah. |

Wa ka ka...seronok lak ambo nak tengok apa komen pencacai-pencacai Melayu Karat bila Pak Jeeb kita cakap nak hapuskan keistimewaan hak orang Melayu. Nampaknya..bila Pak Jeeb jadi PM nanti , perkara pertama yang dilakukan kemungkinan ialah meminda Perlembagaan Persekutuan menjadikan semua kita sama taraf kah...kah....kah..
Oct 24, 08 7:55pm Malaysiakini
Bakal Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu
- ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Punyalah haprak Pak Jeeb ni...dahlah kalah ungkit pula layanan istimewa orang Melayu...ha....ha...ha salahkan pembakang pulak..tapi tak tau nak sedar diri, yang depa tu suka-suka je guna peluang untuk kepentingan diri, bini dan keluarga serta kroni. Salahkan diri sendiri sebelum salahkan orang lain woiiiii
10.23.2008
| [+/-] |
Jangan pilih kerja...sanggupkah kita buat kerja ini !!! |

KUALA LUMPUR: 23.10.2008 [berita hairan]Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.
| [+/-] |
Tanda-tanda nak mati..syok sendiri !!! |


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pemerhati politik berpendapat parti pemerintah Barisan Nasional (BN) tak habis-habis mencanangkan isu remeh daripada perkara lebih penting seperti menangani politik wang, memilih pemimpin yang betul dan bekerja keras untuk meraih semula sokongan yang hilang terhadap gabungan itu dalam pilihan raya umum 8 Mac.
Komen-komen penganalisis (tak tau la ni pro UmnO ke apa)
Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata penstrukturan semula jawatan tertinggi dalam Dewan Tertinggi BN tidak akan membawa sebarang kesan signifikan dalam gabungan itu atau kepada rakyat amnya.
dan lagi....
Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merujuk kepada permintaan MCA agar diwujudkan jawatan kedua bagi timbalan pengerusi BN untuk dipegang oleh parti itu, dan berkata melayani permintaan itu akan membuka pintu kepada parti komponen lain untuk membuat tuntutan yang sama.
"Di samping itu, saya berpendapat ada perkara lain yang lebih mendesak yang perlu ditangani oleh pemimpin BN, pembaharuan yang lebih penting seperti menangani politik wang, misalnya," katanya.
dan lagi...
Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dari Universiti Tun Abdul Razak yang berkata apa yang patut diutamakan oleh parti komponen BN ialah memilih "pemimpin yang betul".
"Saya berpendapat apa yang paling penting sekarang ialah untuk semua parti komponen memilih pemimpin yang betul. Kemudiannya, selepas itu mereka boleh membincangkan idea bagi pembaharuan," kata bekas Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan universiti itu.
| [+/-] |
Kebebasan media M'sia merudum lagi |

Jimadie Shah Othman | [Malaysiakini] Oct 22, 08 9:23pm
Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.
" Dah la terlajak, opssss terbabas...tersungkur lak tu..nak buat macam mana "
Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.
Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136).
Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.
Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima "kritikan menggunung" bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.
Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia.
Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.
Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.
Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan.
Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.
Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik - dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124).
Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.









Loading...

