Exco: Peneroka tanah diperdaya k'jaan Pakatan 'prihatin'
Malaysiakini Oct 21, 08 1:36pm
Beberapa sindiket menjual tanah Perak secara haram dengan memberi gambaran kepada peneroka haram bahawa kerajaan Pakatan Rakyat itu "prihatin" dan tidak akan bertindak tegas.
"Mereka memberi mesej konon kerajaan sekarang akan mengurniakan tanah yang diterokai itu dengan hanya mengenakan denda atau penalti sahaja...
"Kita ingin memberi amaran jangan melanggar undang-undang kerana kerajaan negeri tidak membenarkan tanah diterokai secara haram," tegas pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam, Nga Kor Ming.
Menurut Bernama, beliau berkata mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
"Mereka (sindiket) turut menggunakan nama beberapa exco bagi tujuan menipu mangsa," beliau dipetik berkata.
Tanah bagi tujuan pertanian di daerah Batang Padang dan Manjung dijual dengan harga RM500 hingga RM5,000 seekar.
Nga menambah, kegiatan itu dikesan sejak beberapa bulan lepas dan tidak kurang 10 mangsa dipercayai telah terpedaya, lapor agensi berita itu lagi.
"Kita harap mangsa membuat laporan polis serta membuat aduan kepada kerajaan negeri supaya siasatan dapat dijalankan bagi mengenal pasti dalang terbabit dan tindakan dilakukan bagi mencegah kegiatan berterusan...
"Kita tahu mereka kena tipu dan ada yang malu untuk tampil," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan negeri Mohd Zainuddin Mohd Yusof yang hadir di sidang akhbar itu, mengingatkan bahawa isu penerokaan tanah secara haram boleh merosakkan alam sekitar.
"Isu ini bukan setakat terokai tanah sahaja tetapi perbuatan itu menimbulkan masalah yang lebih besar kerana ia menganggu hutan simpan dan kawasan tadahan air.
"Ia menganggu ekologi dan menyebabkan pelbagai masalah seperti banjir. Mana boleh ganggu hutan sesuka hati," katanya.
10.21.2008
[+/-] |
Broker tanah "haram" berleluasa di Perak ? |
[+/-] |
Plane crash, market crash, people crash - mana yang lebih parah !! |
"Perbezaan antara jadi menteri pertahanan dan menteri kewangan ialah apabila menjadi menteri pertahanan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal plane crash tapi jadi menteri kewangan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal market crash."
Menyampaikannya secara berseloroh, Najib menceritakan jawapan nya ketika ditanya oleh orang ramai sebelum ini mengenai perbezaan antara menjadi menteri kewangan dan menteri pertahanan.
"Apabila orang tanya saya lagi, mana yang lebih teruk? Plane crash atau market crash?
"Saya kata market crash lebih teruk sebab orang masih hidup," katanya, lapor agensi berita [malaysiakini] itu lagi.
Pada ana..kalau "Plane crash" lagi untung..coz dapat beli baru, dapat komisyen billion-billion, bini pun makin tembam makan duit billion-billion..kah...kah..kah
kalau "Market crash" pun lagilah untung...apa tak nyerrrr, gawat sikit, campak duit kat pasaran, stabilkan pasaran sambil tu cilok sikit paling tak pun billion-billion ..kah..kah...kah
tapi kalau "people crash" nak buat apa ye ! Senang je...
1.0 Sumbat dalam ISA / OSA / paling tak pun saman malu...kah..kah..kah
2.0 Paksa rakyat terima keputusan kerajaan, naik harga barang rakyat dah tak ada tempat nak ngadu...terima je la
3.0 Pencacai kerajaan uar-uarkan peningkatan ekonomi padahal satu dunia nak hancus...rakyat ditipu
4.0 Lu pikirlah sendiri...
[+/-] |
Penjilat UmNo + balaci UmNo bersuara ..... |
Kekang kelantangan laman web
KUALA LUMPUR 20 Okt. [utusan meloya]– Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu tindakan tegas diambil terhadap kelantangan tulisan dalam laman web yang antikerajaan demi menjaga perpaduan negara.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Ghani berkata, laman web kini digunakan oleh sesetengah pihak sebagai tempat menghasut dan memfitnah.
Katanya, mereka menggunakan laman web untuk menyemai perasaan benci di kalangan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan peribadi.
‘‘Contohnya isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibangkitkan dan dimainkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui apa sebenarnya maksud penubuhannya. Mereka hanya tahu komen sahaja.
‘‘Oleh itu, kerajaan perlu ambil tindakan bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. Negara kita berbilang kaum, keterbukaan seperti yang diamalkan negara barat tidak sesuai di negara kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini, pembaca menggesa kerajaan supaya mengatasi segera kelantangan laman web antikerajaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri berkata, kelantangan laman web antikerajaan itu akan menyebabkan wujudnya pergeseran kaum, kegelisahan orang ramai dan seterusnya mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
‘‘Memang sejak kebelakangan ini, banyak penulis-penulis blog menerbitkan artikel yang berbaur antikerajaan, ini adalah satu perbuatan yang tidak sihat dan perlu dikenakan tindakan,” katanya.
10.20.2008
[+/-] |
MCA / Gerakan...apakah balaci UmNo..tunggu !! |
Lim Kit Siang bersuara hari ini agar semua ahli parlimen bersedia dan bersetuju menandatangani petition untuk Isu ISA dibentangkan di kabinet...permintaan beliau ada dinyatakan di laman [thesun] ini.
Jadi, kita akan perhatikan sejauhmana komitmen parti MCA dan Gerakan yang sebelum ini telah melaungkan reformasi terhadap isu ISA ini...kah kah kah kita tengok depa ni betul ke cuma balaci UmnO...tunggu !!!!
Janji MCA ada di link di bawah ini...
the star: MCA: expedite judicial reforms, review ISA, revamp economic policies
malaysiakini: MCA to keep pushing for ISA review
malaysiakini: MCA: Wujud sistem pantau ISA
mca.org.my: Fu Ah Kiow : ISA arrest of reporter bears negative image on Malaysia
mca.org.my: ISA should be replaced, says MCA Youth chief
manakala janji Gerakan ada kat bawah ini...kah kah kah....
gerakan.org.my: Gerakan calls for ISA to be amended or abolished
article.wn.com: PARTI GERAKAN GESA ISA DIHAPUS
wtdit.wordpress.com: ISA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Cheras division statement
Search di google untuk lebih banyak taburan janji yang semestinya palsu dari MCA dan Gerakan (google)....tungguuuuuuu
[+/-] |
Untuk selamat...elakkan makan biskut Muncy's |
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menyita dua produk biskut jenama Munchy's keluaran Malaysia -- Munchy's Mini Crackers with Peanut Butter dan Munchy's Mini Crackers with Cheese Cream -- yang dilapor mengandungi melamin melebihi tahap yang dibenarkan.
Lo...apa dah jadi ni...apakah sistem penapisan yang Kementerian guna berbeza betul dengan sistem standard dunia hingga apa ana pikir sistem di Hong Kong lebih canggih dan lebih terkawal atau sistemnya yang lebih terperinci atau sistem penapisan kita yang halabalai...hampeh !!!!
Jadi, nak elakkan penyakit terutama budak-budak ni lebih baik jangan makan biskut Muncy's atau jangan percaya apa yang kementerian cakap...selidik sendiri. Cari makanan yang halal dan jauhkan makanan jajan ni..