
Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.
Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam.
5.31.2009
| [+/-] |
Keputusan pilihanraya kecil Penanti ! Tahniah PKR |
| [+/-] |
Calon PKR menang besar di Penanti ! dari Malaysiakini |

May 31, 09 6:07pm Malaysiakini
Laporan tidak rasmi selepas 90 minit proses pengiraan undi dimulakan, calon PKR, Mansor Othman sudah memperolehi jumlah undi yang mencukupi untuk diisytiharkan sebagai pemenang dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.
Difahamkan calon PKR itu mendahului di semua 10 pusat pengundian dan proses pengiraan undi sedang dijalankan di semua 10 pusat pengundian.
Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.
Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.
Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.
Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.
Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.
Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.
BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.
BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
| [+/-] |
Penanti; hari ini akan tercatat dalam sejarah Malaysia |
Pengundi di Penanti diminta keluar mengundi beramai-ramai
Memandangkan hanya calon bebas yang lawan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Pilihan Raya Kecil Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi. Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihan raya kecil ini adalah amat penting dan bermakna.
Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KeADILan pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008.Kami juga berharap pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Parti kami sama ada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Pengarah Pilihanraya Pusat
Parti Keadilan Rakyat
5.30.2009
| [+/-] |
Pengerusi SPR makan gaji hasil duit rakyat, buat kerja sajalah |

Setelah Barisan kalah di kesemua empat pilihan kecil di Semenanjung Malaysia membabitkan tiga kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri, terbit daripada mulut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Aziz Yusof harapan beliau agar tidak ada lagi wakil rakyat yang meninggal dunia selepas ini.
Kenyataan yang agak mengejutkan, lucu dan cetek ini besar kemungkinan lahir daripada perasaan ikhlas beliau yang tidak mahu melihat bosnya iaitu Umno dan BN terus dirundung malang demi malang di peti undi rakyat.
Ramai pihak yang mengutuk kenyataan bodoh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri itu yang dilihat tidak secucuk dengan tahap ilmu pengetahuan beliau yang tinggi dalam selok belok pentadbiran negera dan pengalaman lama sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan berstatus gaji JUSA.
Namun Abdul Aziz dilantik ke jawatan pengerusi SPR oleh kerajaan BN dan kesetiaan beliau sudah tentunya kepada tangan yang menyuap rezeki kepada beliau walaupun sebagai badan yang ditubuhkan di bawah akta lulusan Parlimen ia sepatutnya bebas dan mengamalkan prinsip adil dan telus dalam setiap aspek pengurusan pilihan raya di negera ini, termasuklah pengerusinya sendiri.
Bagi orang yang berpegang kepada nilai-nilai beragama sudah tentu apa yang dicakap oleh Abdul Aziz semalam ketika memgumumkan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi bagi DUN Manek Urai adalah bercanggah dengan konsep ketentuan qada dan qadar.
Bagi orang politik pula kenyataan beliau itu berbaur politiklah dan mencerminkan ketakutan yang menyelubungi BN yang takut kalah untuk sekian kalinya pada pilihan raya yang mendatang di Penanti dan yang menunggu di Manek Urai.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata sepatutnya pengerusi SPR itu harus menakutkan sikap ceria dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya dan bukannya makan gaji buta.
“Orang kata tugas pengerusi SPR makan gaji buta selama lima tahun kerana pilihan raya umum diadakan lima tahun sekali. Jadi alam tempoh itu beliau bleh dikatakan tidak buat apa-apa.
“Bila sudah tidak ada banyak kerja dan bila ada sahaja pilihan raya kecilh-olah dia hendak lari dari tugas,” kata Khalid semasa rakaman rancangan Kanta Media oleh Tv Antara di Shah Alam semalam.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin pada rancangan yang sama juga berkata BN kini amat takut berhadapan dengan pilihan raya kecil Manek Urai JUlai nanti atau mana-mana pilihan raya kerana mereka sedar rakyat sudah bulat menolak BN.
“Itu sebabnya kita mendengar kenyataan-kenyataan tidak cerdik daripada pengerusi SPR kerana itulah realiti. SPR sudah tidak sanggup menguruskan pilihan raya yang mereka tahu Umno dan BN akan kalah teruk walau apa pun kekangan dan peraturan tidak munasabah yang diada-adakan setiap kali diadakan pilihan raya.
“Nasihat saya untuk SPR ialah apa pun taktik yang digunakan untuk menghalang kemaraan rakyat untuk menumbang pemerintahan zalim BN ia tetap akan berlaku dan SPR tidak mampu menghalang kuasa rakyat,” kata Badrul Hisham atau Chegu Bard lagi.
http://www.tvantara.com



Loading...

