
Permatang Pauh 3 HB- Lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan YB Lim Guan Eng ke Empangan Mengkuang bersama Pengurus besar PBA Pulau Pinang , Sdr Jasmin Maidin Syah dan juga ADUN Permatang Pasir YB Hamdan Abdul Rahman, PAS Permatang Pasir serta Exco kerajaan negeri merangkap Exco Pengguna Pulau Pinang YB Abul Malik ,Ahli Parlimen bukit Mertajam YB Chong Eng,ADUN Padang Lallang YB Chong Eng adalah bertujuan meninjau projek yang sepatutnya mendapat kelulusan dan diteruskan oleh kerajaan pusat, kini telah ditangguhkan pembinaannya.
Ini adalah kerana dengan pendedahan betapa rancangan pembesaran empangan Mengkuang ini yang menjadi nadi sumber utama bekalan air utama kepada membekalkan air di Pulau Pinang dan Seberang Perai telah ditangguhkan pembinaannya.Empangan Mengkuang yang terletak di bawah parlimen Permatang Pauh adalah antara empangan yang terbesar di Pulau Pinang yang siap dibina pada tahun 1985 adalah empangan yang paling besar di Pulau Pinang dengan kapasiti 23.6 billion liter air ini seharusnya dibesarkan mengikut rancangan Malaysia ke 8 dan kini rancangan Malaysia ke 9 seharusnyalah memulakan pembinaannya pada tahun 2009 dan dijangka siap pada tahun 2012 agar masalah perbekalan airnya mencukupi sehingga tahun 2024.
Pembesaran Empangan ini yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan ke 9 seharusnya telah memulakan proses pembesarannya kerana semua tanah milik penduduk yang berdekatan telah disukat dan dikenalpasti, tetapi sehingga pengumuman yang dibuat kerajaan Pusat untuk menangguhkan pembinaannya sehingga tarikh yang tidak pasti menggusarkan kerajaan negeri.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PBA Pulau Pinang pembesaran ini adalah perlu kerana mengikut kajian Lembaga Penduduk Pulau Pinang , pertambahan penduduk akan bertambah dalm masa 10 tahun akan datang iaitu dari 1.52 juta penduduk pada tahun 2007 kepada 2.06 juta penduduk pada tahun 2020 berdasarkan kepada peningkatan purata tahunan jumlah kelahiran dan pertambahan penduduk dengan kadar 2.36% setahun.
“ Kerajaan negeri memandang serius penangguhan projek pembesaran Empangan Mengkuang ini yang mana ianya merupakan salah satu projek yang diluluskan oleh Dewan undangan negeri Pulau Pinang dan mengharapkan kerajaan Persekutuan meneruskan projek ini. Ini adalah kerana ,semua penduduk Pulau Pinang adalah pembayar cukai, dan empangan Mengkuang ini terletak di kawasan parlimen Permatang Pauh,maka kerana itu saya rasakan kerajaan Pusat tidak bertanggungjawab kerana menangguhkannya” jelas YB Lim Guan Eng lagi.
Projek ini harus dilaksanakan tahun ini atau awal tahun depan untuk menampung keperluan penduduk .Ianya harus di mulakan pada tahun hadapan atau siap pada tahun 2012, jika tidak bekalan air Pulau Pinang akan terjejas dan tidak mencukupi sehingga 2024 nanti.Malah akan meningkat lagi jumlah pebelanjaan pembinaannya dimana pada asalnya jumlahnya ialah sebanyak 950 juta, namun dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang pembinaan(simen dan besi) kosnya semakin meningkat iaitu sebanyak RM 1.1 billion.
Projek ini sebenarnya adalah pinjaman penuh daripada kerajaan Pusat dibawah rancangan Malaysia ke 9 dimana tanah-tanah yang telah dikenal pasti iaitu sebanyak 190 plot yang bernilai RM172 juta ringgit.Sehingga kini sejumlah 32 lots dengan jumlah 105 ekar telah dikenalpasti dengan nilai harga tanahnya berjumlah RM35 juta .Sementara itu dengan menambahkan 158 lot lagi, iaitu menjadikan jumlah 488.5 ekar adalah jumlah yang sepatutnya bagi pembinaan empangan baru dimana sejumlah RM137 juta adalah dari bantuan pinjaman dari kerajaan pusat.
Menurut YB Lim lagi, “saya tegaskan bahawa ini adalah projek rakyat ,kerajaan menegaskan ianya mengutamakan projek bekalan makanan , namun air adalah penting dalam kehidupan kita.Mungkin kita boleh berpuasa , namun kita memerlukan air dari makanan jika keadaan darurat, dan ini adalah keperluan asas dan kita merayu kerajaan pusat agar meneruskan, dan jika tidak akan disiapkan kita akan menghadapi bekalan air yang tidak mencukupi dan empangan yang besar adalah untuk menyimpan air,”
Menurut pengurus besar PBA En Jasni Amin Shah, “Pembesaran ini memberi impak yang besar kerana sewaktu berlakunya banjir diselatan Kedah empangan Mengkuang ini akan mengepam air yang berlebihan dan akan simpan didalam empangan Mengkuang ini.Ini memberi keuntungan kerana air yang berlebihan di alirkan ke laut. Sistem pam ini dilakukan pada musim hujan dan kita akan meminimakan banjir di SPU dan selatan Kedah. Pulau Pinang mengalami musim kemarau dari bulan Januari ke bulan Mei, jadi jika ini berlaku simpanan air akan mencukupi untuk keperluan penduduk”, demikian jelas En Jasni lagi.
Menurut YB Lim lagi, adakah kerana penangguhan projek ini adalah kerana ianya mungkin didalam kawasan Wan Azizah, yang kini di tandingi oleh Dato Seri Anwar dan mungkin dalam dua tahun lagi apabila Pak lah melepaskan jawatan dan pulang ke Pulau Pinang, apakah beliau akan sanggup menghadapi masaalah bekalan air” demikian jelas Ketua menteri lagi.
8.05.2008
| [+/-] |
Pak Lah berdendam dengan rakyat marhaen Pulau Pinang |
| [+/-] |
Antara seorang PATRIOT dan seorang MUJAHID |

Bila bangsa dan negara ini dijajah maka lahirlah sekumpulan anak watan yang berjuang membebaskannya. Ideologi nasionalisme menjadi akidahnya dan terciptalah hamba-hamba yang dinamakan Patriot.
Ramai yang keliru dan tidak faham erti sebenar perjuangan dan prasyarat seorang pahlawan itu. Maka sesiapa sahaja yang berjuang atas nama negara kekal disanjung sebagai patriot dan yang tidak menuju ke arah itu digelar dengan pelbagai gelaran.
Kadang kala kita juga terasa amat kerdil bila hanya menumpukan pengiktirafan patriot itu pada babak cintakan negara sahaja, walhal selayaknya jiwa patriot itu diangkat ke singahsana perjuangan yang lebih jauh iaitu sebagai seorang mujahid.
Wajah kebanyakan patriot itu didisiplinkan dengan semangat kenegaraan sahaja dan matilah mereka untuk sebuah negara kerdil ini. Setiap 31 Julai mereka akan dikenang dan terus dikenang. Mayat mereka sudah sebati menjadi tanah. Anak cucu mereka sudah pun dewasa dan melupaikan darah patriot yang mengalir ditubuh mereka.
Hari ini, darah warisan itu berjuang pula dalam konteks ekonomi dan patriotismenya dinilai dari kayanya hartanya atau banyaknya sumbangan sosio-ekonominya pada negara.
Bagaimana pula bagi mereka yang memilih jalan yang lebih besar iaitu jalan mujahid. Kenapa tiada suatu pun saat istimewa untuk meraikan sumbangan mereka. Para mujahid ini bukan sahaja berjuang untuk tanah sekangkang kera ini. Mereka berjuang untuk memartabatkan akidah dan akhlak kemanusian di dunia yang lebih universal.
Mereka berjuang untuk keadilan dan matlamat syahid mereka hanyalah untuk bertemu Allah. Kisah-kisah mereka banyak disimpan di balik-balik penjara. Mereka berjuang tiada sempadan. Di mana saudara Islam mereka digilis, disembelih dan dibunuh mereka akan hadir untuk membela.
Pulangnya mereka ke tanahair. Mereka tidak digelarkan Patriot. Mereka hanya dilabelkan sebagai pengganas. Apakah membela saudara muslim itu suatu keganasan. Apakah menentang akidah zalim kaum musyirikin itu suatu jenayah.
Di negara ini, rakyat dirasuk dengan momento yang negatif terhadap perjuangan para mujahid ini. Pulangnya mereka ke tanah air akan diganjari dengan tirai-tirai besi yang mengasingkan mereka dari keluarga dan saudara mara.
Inilah yang berlaku. Dalam negara bangga meraikan 12 Rabiulawal saban tahun, pemimpin negara lupa pada perjuangan Rasulullah. Detik dakwahnya tidak berhenti dikamar pusaranya.
Para sahabat bergalang ganti memimpin jalan dakwah baginda. Dari mimbar hinggalah ke medan perang. Dimana saudara Islam mereka diganyang, disitulah Umar mengirimkan tentera, dimana saudara Islam mereka dibunuh dan diperkosa di situlah Salahuddin Al-Ayubi memimpin mujahidnya.
Maka, apakah beza mujahid zaman silam dan masa kini. Apakah hinanya mereka terhadap kepentingan barat. Roh Nasionalis yang ditanam oleh penjajah masih berjaya mengongkong pemikiran anak bangsa negara ini untuk bersikap pentingkan diri.
Setiap warga dididik untuk berjiwa patriotik dan bukannya mujahid. Patriotik yang hanya penting diri dan sisi sempadan negaranya sahaja. Ini sungguh memalukan kerana dunia Islam semakin dihimpit, sedang umatnya masih dalam gelandangan patriotisme.
Isme-isme yang khurafat ini harus dijahanamkan bagi mengembalikan roh mujahid yang sebenar. Kita berjuang tanpa sempadan kerana akhirat itu begitu dekat dengan laman hidup kita. Jangan biarkan maruah insan dan Islam itu dihinakan. Bangkitlah membawa roh perjuanganmu ke medan yang lebih luas lagi.
Artikel menarik untuk dibaca dari HermanShamsudeen
| [+/-] |
JKR ibarat Tuhan |

Jangan bimbang!
Oleh Ahmad Fitri Che Musa
fitrimusa@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Dijamin selamat, jangan bimbang!” demikian jaminan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung keselamatan pengguna Jalan raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang mengalami keretakan kelmarin.
Ini berikutan struktur jejambatnya masih utuh dan selamat.
“JKR ingin mengesahkan struktur jejambat MRR2 selamat digunakan,” kata Timbalan Ketua Pengarah I JKR, Datuk Mohamad Husin dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau juga mengesahkan, tiada keretakan baru dilaporkan atau keretakan lama yang timbul semula seperti dilaporkan sebelum ini.
Rakyat marah
PUTRAJAYA: Keretakan terbaru tiang penopang jejambat Jalan raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kuala Lumpur, kelmarin, menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap kejadian itu membabitkan kelemahan dalam pengurusan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata jika masalah itu ditangani dengan berhati-hati dan tiada sebarang kerosakan selepas kerja pembaikan dilakukan, orang ramai tidak akan marah.
“Dulu bila rosak kita belanja RM70 juta (untuk baiki), itu satu perbelanjaan yang besar...sekarang retak lagi, ini cerita yang buat rakyat tak seronok, tak senang hati, bahkan marah.
“Masalah ini boleh dielakkan jika kita berhati-hati memastikan apa yang sudah dibaiki, teguh dan tidak akan berlaku dalam masa singkat kerosakan atau keretakan,” katanya berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini, semalam.
Ulasan : Dua komen dari Agensi Kerajaan dan suara PM DollahHarihari menyatakan bahawa masing-masing cuba lepas tangan atas apa yang berlaku. Pak Lah seolah-olah menyalahkan pemerintahan dahulu dengan Samy Vedoo menjadi kuda tunggangan manakala JKR seolah-olah ibarat tuhan yang mengerenti pengguna bahawa tidak akan ada apa-apa yang berlaku ke atas MRR2 tersebut. Jangan cuba untuk menjadi yang maha kuasa sesungguhnya kita hanyalah merancang dan tuhan adalah sebaik-baik perancang. Tobatlah segera...
| [+/-] |
Kedudukan Melayu bagai telur di hujung tanduk |

Oleh: Sutradari
Selagi kuasa tertinggi negara ada di tangan Abdullah Badawi, gabungan seluruh Parti politik yang ada sekalipun tidak akan memulihkan negara.
Begitu juga selagi kuasa tertinggi Melayu dipegang oleh Abdullah Badawi, gabungan UMNO-PAS dan seluruh pertubuhan politik dan bukan politik Melayu juga tidak akan membawa apa-apa perubahan. Itulah hakikat yang amat sukar ditelan oleh Abdullah Badawi.
Sukar sungguh dia mengakui bahawa semua permasalahan yang melanda Melayu dan negara hari ini tidak akan terjadi jika dia bukan Perdana Menteri.
Kadar inflasi tidak akan melambung tinggi mendadak jika Abdullah Badawi ini lebih peka dan bijak dalam soal ekonomi dan tidak terlalu mengharap kepada nasihat budak-budak hingusan dari Oxbridge.
Penyokong UMNO tidak akan berpaling tadah jika tidak kerana marahkan Abdullah Badawi.
Penyokong senyap tidak akan memilih untuk tidak keluar mengundi pada PRU yang lepas jika tidak kerana bencikan Abdullah Badawi.
Penyokong UMNO tidak akan marah dan penyokong senyap tidak akan benci kepada Abdullah Badawi jika tidak kerana Kamaluddin-SCOMI atau Khairy-ECM Libra atau Singapura-jambatan bengkok, Pantai Holdings atau Patrick Badawi-Monsoon Cup, Masjid Kristal atau MV Agusta atau percubaan memburukkan Tun Dr. Mahathir.
Penyokong MCA dan MIC juga tidak akan berpaling tadah dari BN jika tidak kerana sebab yang sama.
Rakyat tidak akan hilang kepercayaan kepada kerajaan jika Abdullah Badawi tidak melantik pesalah, perasuah dan mereka-mereka yang ditolak dan kalah bertanding sebagai Menteri Kabinetnya.
Melayu tidak akan lemah jika Abdullah Badawi tidak mendengar cakap minoriti pembangkang untuk merubah sistem kehakiman yang sebenarnya tidak ada cacat cela.
Melayu tidak akan menjadi lemah jika Abdullah Badawi tidak menyebabkan BN lemah sehingga Parti anti Melayu seperti DAP menjadi kuat.
Negara tidak akan berhadapan dengan masalah peribadi Anwar Ibrahim jika Abdullah Badawi tidak melepaskan Anwar sekaligus memberikan bantuan pernafasan kepada PKR.
Anwar Ibrahim tidak akan meliwat lagi atau mengumumkan untuk bertanding di Permatang Pauh hari ini jika Abdullah Badawi tidak melepaskannya.
Nama Malaysia tidak akan buruk di mata pelabur jika tidak kerana rasuah peringkat tertinggi oleh Perdana Menteri Malaysia, anak beranak dan rakan-rakan yang sedia diketahui umum.
Nama Malaysia tidak akan menjadi bahan jenaka jika tidak kerana Abdullah Badawi, Perdana Menterinya yang diketahui dunia sebagai sibodoh kaki tidur.
Pendek kata, semua masalah ini tidak akan wujud dan negara, UMNO serta Melayu tidak akan menjadi begitu lemah jika tidak kerana Abdullah Badawi. Tanpa Abdullah Badawi, rancangan untuk bermuzakarah atau bergabung dengan mana-mana Parti Melayu adalah tidak perlu sama sekali.
Kerana itulah Abdullah Badawi perlu segera disingkirkan. Seminit lagi kuasa ada padanya, selangkah lagilah kita menuju ke arah kemusnahan total.
Kerana itulah juga segala usaha untuk menyatupadukan Melayu, memperkasakan Melayu, mengembalikan kegemilangan Malaysia akan sia-sia selagi kuasa tertinggi masih ada pada manusia yang bernama Abdullah Badawi.
Apapun hujah para pemimpin UMNO untuk mengekalkan Abdullah Badawi sehingga 2010 (jika boleh dipercayai), mereka sebenarnya cuma ada dua pilihan iaitu ‘Kehilangan kuasa sekarang kerana menentang Abdullah Badawi’ lalu mencuba memulihkan UMNO atau ‘Kehilangan kuasa dalam pilihanraya akan datang melalui kekalahan BN’ lalu menghancurkan terus kuasa Melayu.
Pilihan di tangan mereka, samada untuk kehilangan kuasa sekarang atau dalam pilihanraya yang akan datang. Malangnya, mereka nampaknya telah memilih untuk ‘Kehilangan kuasa dalam pilihanraya yang akan datang melalui kekalahan BN’ sekaligus memusnahkan bangsa mereka sendiri.
Untuk itu, tiada kata lagi yang dapat diungkapkan. Terasa begitu hina bangsa Melayu itu kerana pemimpinnya yang keterlaluan gilakan kuasa. Terasa begitu jijik Melayu itu kerana masih berpolitik ketika nyawa bangsa kita kini bagaikan telur dihujung tanduk. Tidak pernah saya merasa hina dan jijik sebegini apabila mengaku diri sebagai Melayu.
Jika dahulu UMNO yang membela Melayu, kini UMNO jugalah yang memusnahkan Melayu. Semuanya kerana Abdullah Badawi yang lemah, tidak berkemampuan, tamak serta tegar tidak mahu berundur.
Seorang tua di kampung saya berkata bahawa Abdullah Badawi telah benar-benar membawa sial dan kecelakaan kepada bangsa dan negara. Tetapi, saya lebih percaya bahawa bangsa Melayu yang sebenarnya membawa sial kepada diri sendiri.
Mungkinkah sial dan kecelakaan ini sebenarnya adalah bala dan pengajaran agar Melayu bangun memperbaiki diri di masa hadapan? Apakah bangsa melayu itu hanya akan mampu memperbaiki diri setelah mereka memusnahkan diri mereka secara secara total? Akan ada lagikah Melayu selepas itu? Jika ada, apakah mereka akan mewarisi sikap tamak haloba, dengki khianat, dendam kesumat serta malas berfikir yang ada pada Melayu hari ini? Apakah mereka akan mengulangi semuanya sekali lagi?
| [+/-] |
Anak ulama sembah tugu negara |

Sebab itu saya membantah upacara tafakur dan menghormati Tugu Negara. Upacara itu tidak boleh untuk dilakukan oleh seorang muslim yang berpegang kepada akidah tauhid yang sebenar. Walaupun mungkin niatnya baik untuk mengenang para pahlawan kita, namun itu bukan caranya. Upacara itu mempunyai unsur keberhalaan yang jelas. Ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam yang bersih dari unsur kesyirikan.
Apa lagi hendak disifatkan satu upacara yang bertafakur, memberikan tabik hormat dan menyembahkan kalungan bunga jika tidak menyamai unsur keberhalaan. Tidakkah ini yang dilakukan dalam upacara agama-agama berhala? Jika pelaku upacara ini menyatakan dia tidak mempunyai sebarang iktikad atau niat bahawa tugu itu dapat memberikan manfaat atau mudarat melainkan sekadar upacara kosong semata, bererti pelakunya itu telah melakukan kerja yang sia-sia lagi bodoh. Juga ia tetap haram di sisi syarak kerana menyamai aktiviti agama penganut kesyirikan.
Jika pelaku upacara tersebut beranggapan perbuatan tersebut boleh mendatangkan keamanan dan ketenteraman kepada negara, atau kebahagiaan kepada ruh para pahlawan, maka keyakinan dan pelakuan itu membawa kesyirikan yang jelas. Lupakah kita apa yang Nabi Ibrahim a.s tegur kaumnya? Firman Allah: (maksudnya) Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya.Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah ini patung-patung ini yang kamu berdiri mengadapnya (memujanya)?.Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya: ayat 51-54).
Fatwa-fatwa di peringkat beberapa negeri dan kebangsaan telah pun mengharamkan perbuatan ini. Malangnya ia dihidupkan kembali secara rasmi dan umat Islam mendiam diri. Saya mengambil risiko mengingatkan hal ini untuk seluruh umat Islam, terutama kepada jenerasi baru yang mula longgar pegangan akidah mereka.
Janganlah kerana mereka melihat hal ini dilakukan di peringkat atasan, lalu mereka menganggap ia tidak menjadi kesalahan dalam pegangan agama. Besok mungkin mereka juga akan pergi memberikan hormat atau sembahan kalungan bunga atau buah kepada mana-mana patung atau tugu atau pongsu yang dianggap mulia. Janganlah pula sesiapa yang memakai gelaran agama cuba untuk menjustifikasikan pula perbuatan tersebut. Jangan sampai pengampu atau penasihat ber’persen’ itu membawa rebah.
Lupakah kita kepada nama-nama berhala Kaum Nabi Nuh a.s. Firman Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran: (maksudnya) “Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa’, dan Yaghuth, dan Ya’uuq, serta Nasr. Dan Sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan Yang demikian) janganlah Engkau (Wahai Tuhanku) menambahi orang-orang Yang zalim itu melainkan kesesatan jua” (Surah Nuh: ayat 23-24).
Dalam hadis al-Bukhari, Ibn ‘Abbas menyebut bahawa Wadd, Suwaa, Yaghuth, Ya’uuq dan Nasr tersebut asalnya nama orang-orang soleh di kalangan Kaum Nuh. Apabila mereka meninggal, syaitan mengilhamkan kepada Kaum Nuh agar membuat patung-patung ditempatkan dalam majlis-majlis mereka. Patung-patung tersebut dinamakan dengan nama orang-orang soleh berkenaan. Lalu Kaum Nuh pun membuatnya tanpa disembah. Sehinggalah apabila matinya jenerasi tersebut dan pengetahuan pun sudah tiada, maka patung-patung itu pun disembah. (Riwayat al-Bukhari)
Lagi komen dari Mufti Perlis dalam Minda Mufti
Loading...