

SAPA-SAPA YANG NAMPAK MANUSIA BINATANG DIATAS INI SILA TANGKAP DAN BAWANYA KE PUSAT ICC DI ALAMAT [SINI]. DAN KALAU ADA YANG BERSAHABAT DENGANNYA DI MALAYSIA INI, SILA PULAUKAN. HARAP SEBARKAN KOT-KOT MAKHLUK ATAS NI TERLEPAS KAT MALAYSIA.
(KATAK-KATAK KAT PERAK TU NAK MASUKKAN JUGA PUN BOLEH)
SENARAI NAMA SETAN-SETAN KAT ATAS NI ....
1. Perdana Menteri Ehud Olmert
2. Menteri Pertahanan Ehud Barak
3. Menteri Luar Negeri Tzipi Livni
4. Kepala Staff Umum Angkatan Bersenjata Letnan Jenderal Gabi Ashkenazi
5. Komandan Angkatan Udara Ido Nehoshtan
6. Komandan Operation Cast Lead, Mayor Jenderal Yoav Galant
7. Kepala Direktorat Intelejen Militer Mayor Jenderal Amos Yadlin
8. Komandan Batalion 13 Brigade Golani, Letnan Kolonel Oren Cohen
9. Deputi Brigade Givati, Kolonel Ron Ashrov
10. Komandan Brigade Pasukan Penerjun Payung, Kolonel Hertzi Halevy
11. Komandan Brigade ke-401 Korps Persenjataan, Kolonel Yigal Slovik
12. Komandan Batalion ke 101 Brigade Pasukan Penerjun Payung, Letnan Kolonel Avi Blot
13. Komandan Batalion ke-13 Brigade Infanteri Golani, Letnan Kolonel Yoav Mordechai
14. Komandan Pasukan Givati, Kolonel Tomer Tsiter
15. Komandan Brigade Batalion 51, Kolonel Avi Peled
3.12.2009
| [+/-] |
DIKEHENDAKI (WANTED), DEAD OR ALIVE |
3.11.2009
| [+/-] |
Lawatan ke Disneyland, Tokyo - Malaysiakini |

Malaysiakini mendedahkan dalam pertarungan Dewan Undangan Negeri Selangor, Sdr Azmin Ali menyatakan lawatan sambil belajar bibik-bibik tua bangka kaum Balkis ke Tokyo seterusnya bercanda serta bersuka ria di taman syurga duniawi iatu DisneyLand.
Aku yang setengah abad umur ni jejak kaki kat oversea pun belum lagi tapi over the sea la sekarang ni. 
Kalaulah hangpa lawat web site ni terliuq meleleh la nengok Disneyland kat Tokyo tu. Setengah hari tak habis lawat tempat-tempat menarik di web ini. Itu je la yang aku boleh dapat.
Nak songlap duit rakyat aku tak sanggup pi melancung ke Disneyland tu. Manusia jenis apa ni, guna duit rakyat, peruntukan dari kerajaan itu hasil dari titik peluh rakyat. Bayangkanlah kau gi melancung guna duit rakyat, haram tu. Pegi sana makan minum, tambang semua duit rakyat. Rentetan tu semua jadi haram, patut pun muka macam haram jadah !!!
Diberikan kepada Balkis untuk dibuat aktiviti kebajikan, nah kau !! memang kebajikan sungguh. Kebajikan untuk bibik-bibik tua bangka melawat Disneyland sebelum lawatan terakhir iaitu ke tempat yang dalamnya 6 kaki, lebar 3 kaki serta panjangnya 6 @ 7 kaki. Kalau rasa banyak dosa kasi dalam lagi....
Mana pi Toyol ni, tak bersuara kah!. Lidah kelu untuk berkatakah! Atau mulut serta perut sudah disumbat dengan wang haram ni. Kenyang bersama syaitan gemuk. Mana bini kamu, kenapa diam. sedap diulit pelukanmu kah. Mana puak-puak UmNo yang terpekik terlolong mengucarkacirkan negeri-negeri pembangkang. Kenapa diam. Hampehhh !!!!
3.10.2009
| [+/-] |
Pak Lah & Anwar.. kebetulan, fantasi atau realiti |
Sumber dari Malaysiakini
Pertemuan Pak Lah = Anwar diwaktu penghujung karier (boleh dikatakan penghujung usia) mengejutkan banyak pihak. Walaupun kedua-dua pihak menafikan sebarang kontroversi pertemuan ini membawa maksud perundingan namun seribu pengertian dapat ditafsirkan. Najib semakin memegang kuasa tampuk pemerintahan negara, kuasa yang ada akan digunakan sepenuhnya bagi membendung kuasa pembangkang yang semakin meningkat kini.
Persoalan adakah pertemuan ini ada hubungkaitnya dengan senario politik negara semakin menarik untuk dihuraikan dan ditafsirkan. Malahan dalam tulisan MSO memberi sedikit analisa untuk masing-masing hayati tak kira samada pemimpin dari Keadilan sendiri, PAS dan UMNO. Pastinya cerita menarik akan timbul lagi selepas ini. Drama semakin hampir ke kemuncak nampaknya.
Moga pertemuan ini ada hikmahnya bagi umat Islam di Malaysia, bilamana kedua pemimpin tertinggi duduk semeja serta makan bersama membincangkan item-item yang akan menjadi tandatanya bagi rakyat marhaen. Kiranya dapat kedua-dua pemimpin ini menyelesaikan masalah umat Islam, masalah politik, masalah ekonomi alangkah indahnya...
Foto diatas menunjukkan ketibaan DSAI manakala ketibaan Pak Lah menerusi foto dibawah.
Sementara itu, kita lihat akan kesudahan drama politik tanahair yang semakin menarik ini.
| [+/-] |
batal, batal, batal.. apa lagi nak dibatalkan lepas ni |

1.o Batal, isu kemasukan pekerja Bangladesh seramai 70,000 orang telah dibatalkan walaupun sebelum ini Duta Bangladesh ini menyatakan sebaliknya. Artikel selanjutnya kat [Malaysiakini]
2.o Penggunaan nama Allah dalam buletin Kristian telah dibatalkan. Ni lagi satu kes, buat kenyataan lepas tu batal semula, hampehhh punya menteri botak. Baca selanjutnya kat [sini]
3.o Yang ni lagi best, Lepas kecoh-kecoh sampai PakLah pun masuk campur baru batal. satu lagi kerja menteri lebuhraya bengap. buat keputusan tanpa pikiq panjang. Klik kat [sini] kalau nak tahu ceritanya. last-last duit rakyat yang kena top-up, tak caya klik kat [sini]
4.o Harap-harap orang Melayu tak mudah lupa. ini satu kes yang mendapat perhatian rakyat terutama yang sakit jantung dan sakit hati dengan politik UmNO hingga Che Det pun bising, akhirnya tangguh, kemudian keluar statement batal. Hampeh dogol pemimpin UmNO la ni.. Malas nak cita lanjut, klik [sini]
5.o Belum reda lagi kena asap bom dari puak zionist malaya, kemungkinan isu PPSMI akan dibawa ke kabinet, dibincangkan dan akan dibatalkan. Teruk betui la puak-puak UmNo murtad bahasa ni, nama je Melayu tapi langsung tak perjuangkan bahasa. Nengok pada Zeti dan bapak dia, kalau interview asyik cakap Inggeris je, naik meluat aku.
90 % akan dibatalkan, tak caya, klik la kat [sini]
6.o Ehh lupa lak nak cakap satu isu yang juga hot tapi dah batal. Isu terbang-terbang, ni satu lagi kes menteri biol. Dok berlawal Sepang, Labu, Sepang , Labu.. masuk Raja Lawak la Menteri ni.. Cita dia kat [sini]
gempar, lepas ni perkara-perkara berikut akan terbatal.
1.o Umno akan terbatal pendaftarannya untuk kali ke dua [baca sini]
2.0
3.0 Paling best bilamana si najeeeb ni dibatalkan jadi PM. Yahoooooooo
| [+/-] |
Satu lagi episod liwat bermula, sejarah dunia kembali berulang |


Lagi berita kat [Malaysiakini] dan [Kerabu Bersuara]
Mahkamah Sesyen hari ini telah memindahkan kes perbicaraan Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi sekalipun ianya mendapat bantahan keras dari pasukan peguambela Anwar.
Peguam Sulaiman Abdullah memfailkan bantahan awal memohon keputusan tersebut didengar di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah namun ditolak oleh Hakim Rozana Ali Yusoff.
Rozana merupakan hakim yang mendengar prosiding di Mahkamah Sesyen hari ini memandangkan Komathy dilaporkan sedang bercuti.

Peguamcara II, Yusof Zainal Abiden telah memohon supaya kes tersebut dipindahkan selepas hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zabidin Md Diah memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, boleh diterima di bawah Seksyen 418A Kanun Prosedur Jenayah.
Bagaimanapun, Sulaiman berhujah bahawa di bawah seksyen tersebut, kes berkenaan sepatutnya dijalankan di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).Sementara itu, Yusof berhujah bahawa mahkamah harus memindahkan segera kes tersebut kerana Rozana hanya membantu dan mahkamah harus menerima apa juga perintah atau penghakiman yang telah dibuat.
Sulaiman pula membantah dan mengulangi bahawa seksyen berkenaan memberi arahan khusus bahawa kes itu disebut di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).
Rozana bagaimanapun menolak bantahan Sulaiman dan berkata bahawa perintah telah dibuat dan oleh itu, mahkamah tidak perlu lagi menunggu Komathy balik bertugas.
Beliau juga berkata tidak wujud prejudis terhadap kes tersebut jika ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Dalam satu kenyataan, Anwar menyatakan keputusan tersebut merupakan satu bentuk ‘pendakwaan politik’. Tegas beliau, fokus utama kini ialah tentang pergolakan politik di Perak serta tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.
Anwar turut mempersoalkan tindakan hakim yang kelihatan cukup terburu-buru untuk memindahkan kes perbicaraan tersebut.
Pada 6 Mac lalu, notis rayuan berhubung keputusan Hakim Zabidin — yang membenarkan permohonan pemindahan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi oleh pasukan pendakwaan – telah difailkan oleh pasukan peguambela Anwar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan.
Sementara itu pada 7 November tahun lalu, Hakim Komathy menolak permohonan untuk memindahkan kes tersebut, sambil berkata “kes ini menimbulkan situasi yang unik di mana sebarang pembabitan Abdul Gani Patail dalam kes ini akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kehakiman kes jenayah”.
Komathy juga dilapor berkata, terdapat persefahaman bahawa Abdul Gani Patail tidak akan terbabit dalam kes ini. Jaminan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad selepas ditemui Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Abdul Gani masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), ekoran laporan polis yang dibuat oleh Anwar yang mendakwa berlaku pengubahan bahan bukti dalam kes ‘mata lebam’ pada 1988. Perbicaraan ditangguh ke tarikh 1 hingga 24 Julai akan datang dan jaminan bon peribadi dilanjutkan sepanjang prosiding.
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Loading...