
Perdana Menteri baru, Najib Razak meminta rakyat negara ini supaya bersikap terbuka serta positif dalam menilai dan seterusnya memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan kepimpinannya itu.
Beliau juga beriltizam untuk memahami apa jua aspirasi rakyat dan akan melakukan yang terbaik daripada segi kepimpinan sama ada membabitkan sudut dasar, pelaksanaan dan program yang akan dilakukan.
Najib membuat rayuan ini seperti dilaporkan oleh media hari ini termasuk Utusan Meloya.
Ternyata Najib sedar bahawa beliau sebenarnya tidak layak untuk memikul tugas tersebut yang sepatutnya diamanahkan kepada seseorang yang berakhlaq, telus, tiada skandal dan tiada kontroversi.
Rakyat sebenarnya tidak dapat menerima keputusan kerajaan BN memilih Najib sebagai Perdana Menteri sedangkan masih ada calon lain dari BN yang dilihat bersih dan tidak mempunyai kontroversi.
Pemilihan Najib ini sebenarnya meneruskan 'legacy' BN yang tidak menghiraukan pandangan dan hasrat rakyat untuk melihat kepimpinan negara diterajui oleh seseorang yang mendapatkan sokongan penuh rakyat.
Lihat sahaja bagaimana peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Tun Abdullah, pemimpin pembangkang dan rakyat tidak membuat sebarang bantahan. Namun peralihan kuasa Tun Abdullah kepada Najib menyaksikan bantahan rakyat dan pimpinan politik pembangkang secara total sehingga mereka menghantar memo memintah Seri Paduka Yang Dipertuan Agong menangguhkan perlantikan Najib.
4.06.2009
| [+/-] |
Najib sedar dirinya tidak diterima rakyat.. alahai ! |
| [+/-] |
Ayat pendinding diri- biasa mengamalkannya |

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
Bacaan Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas


CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda.
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBU
BACAAN
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.
CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
5.0 AYAT PENGERAK
BACAAN
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
4.03.2009
| [+/-] |
Tsunami Malaysia, Rest in Peace Pak Lah |

Sumber malaysiakini dengan tajuk: Najib dengan rasmi PM ke-6
Tidak dapat menduga ketentuan Illahi, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Walaupun pahit bagi pro-demokrasi yang melihat perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia suatu titik hitam namun inilah dugaan serta ujian yang Allah berikan kepada hambanya yang bertawakkal serta berserah padaNya.
Persoalan apakah tsunami yang melanda malaysia akan datang baik atau bala semuanya sudah ditakdirkan. Pejuang-pejuang demokrasi tidak harus merasa kecewa, sedih dan muram. Ianya patut dijadikan motivasi untuk pejuang-pejuang demokrasi memberikan cahaya malap kepada cahaya terang kepada rakyat. Berapa ramaikah generasi sebelum ini mengorbankan diri mereka demi suatu demokrasi ?. Patutkah kita mensia-siakan penatlelah pejuang-pejuang terdahulu ?.
Ayuh pejuang-pejuang demokrasi, usah biarkan cahaya yang semakin terang malap kembali, teruskan perjuangan, ingat... jika takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan!!!
Tahniah atas penganugerahan Tun kepada Pak Lah dan isteri Jeanne Abdullah walaupun dalam 4/5 tahun pemerintahan tak nampak sangat jasanya melainkan menjaja Islam Hadhari keseantero dunia serta mengucarkacirkan ekonomi dan politik negara. Pak Lah bolehlah berehat sekarang serta melihat, mencongak dan mengunjungi surau dan masjid di Kepala Batas dengan membawa konsep Islam Hadharinya. Tahniah sekali lagi Paklah serta Isteri.
Akhirnya yang tiada penghujungnya, tahniah diucapkan buat Najib atas perlantikan beliau sebagai PM baru Malaysia ke-6. Tahniah, ucapan rela dalam pahit.
| [+/-] |
Tolonglahh insaf !! Jangan jadi macam lembu.. |

Sekadar renungan dan perhatian dimusim pilihanraya ini..
Untuk blogger2 network Perak, kami pelayar web anda tahu betapa tensionnya untuk anda semua berjuang dialam maya ini namun fikirkanlah dan kira betapa hayat anda (klik dalam kotak tu la) jika anda masih merokok lagi.. cukuplah disini..
Ikhlas dari yang LowProfile untuk WakAlbanjari dan perokok-perokok lain termasuk penceramah, pendengar ceramah, pelayar web, pengomen serta semua yang terasa... Ingat yang nak jadi pemimpin PAS, saper yang hisap rokok tak layak jadi pemimpin tau !!
Sedikit petikan dari Tok Guru Nik Aziz..
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
4.02.2009
| [+/-] |
Akhirnya kabinet zionist baru terbentuk !! |

Sudah diketahui umum bagi yang mengikuti perkembangan Palestine israel zionist bawhwasanya kabinet baru pimpinan Netanyahu laknatullah telah sempurna pada tanggal 1 April Fool.
Jelas sekali mereka-mereka inilah pimpinan-pimpinan yang telah membunuh puluhan ribu umat Islam Palestine namun karekter ini jugalah yang menaikkan mereka hingga dilantik sebagai pemimpin.
Selalulah membaca doa qunut nazilah agar Allah SWT menurunkan bala sedasyat-dasyatnya kepada makhluk tuhan ini yang begitu bongkak dan zalim menghancurkan umat Islam Palestine.
ehhh !! macamaner yerr kabinet Malaysia nanti!!
Najib "Heh heh heh.. apa lu peduli, gua punya pasal la letak sapa"
Loading...