
Bila Nizar umum Adun PR akan hadir sidang Dun Perak nampaknya BN terpukul dengan kenyataan ini kerana mereka sangat-sangat mengharapkan semua Adun PR tidak hadir. Nanti senang mereka nak buat keputusan dan hukuman.
Dengan kehadiran ini hamba percaya kali ini PR Perak akan memberi lebih pukulan kepada BN, biarlah pukulan kali ini pukulan TKO, tiada ruang lagi untuk BN bangun hingga loceng penamat permainan ini bergema.
Sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi nanti, takkan PR nak masuk dewan macam orang bodoh jer, angguk-angguk geleng-geleng macam juak-juak UMNO-BN bak dicucuk hidung. Apapun 7 Mei bukanlah suatu tempoh yang lama untuk ditunggu tapi perancangan yang akan dibuat membuat kita merasa lama dalam tempoh ini.
Suara Keadilan - Anna Yusof
KUALA LUMPUR, 1 Mei (SK) : Menteri Besar Perak Mohamad Nizar Jamaluddin akan hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak jika sidang itu berlansung pada 7 Mei ini.
Beliau yang hadir bersama-sama speaker Dun Perak, V. Sivakumar dan Pengerusi Dap Perak Ngeh Koo Ham berkata pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Anggota Dun Pakatan Rakyat semalam.
Mesyuarat itu mengambil keputusan untuk tidak memboikot persidangan Dun Perak yang dijadualkan pada 7 Mei depan.
“Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan bahawa semua wakil rakyat mereka akan menghadiri Sidang Dun Perak pada 7 Mei ini,” kata Nizar memberi pengesahan apabila kepada Suara Keadilan hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu adalah muktamad walaupun sebelum ini ada kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat akan memboikot sidang Dun tersebut.
“Soal memboikot kini tidak timbul dan kita akan memberi kerjasama sepenuhnya semasa persidangan berkenaan.
“Saya berharap persidangan itu mengikut segala peraturan sebagaimana yang diagendakan dan kita akan mengikut apaapa ketetapan yang akan dibuat oleh Speaker,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli Dun (Adun) Pakatan Rakyat semalam
Beliau juga berharap semua pegawai yang ditugaskan pada sidang Dun itu akan mengikut perintah daripada Speaker dan menegaskan semua Adun Pakatan Rakyat juga akan patuh dan akur apa saja arahan Speaker.
Sementara itu Speaker, V. Sivakumar ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatan beliau mengakui memang ada usul yang telah diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi.
Beliau berkata, sebelum persidangan pada 7 Mei ini berlangsung, banyak isu akan dibangkitkan beliau melalui perbincangan dengan pihak polis, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut
5.02.2009
| [+/-] |
Perjuangan PR Perak tetap berterusan, Allahuakhbar!!! |
5.01.2009
| [+/-] |
NGO "PEKEMA" yakin Melayu takkan terpinggir |

Pekema yakin Mukhriz tidak abaikan bumiputera
KUALA LUMPUR 30 April [Utusan Meloya]- Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) yakin kajian semula dasar Permit Import (AP) seperti yang dinyatakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, tidak akan merugikan kaum bumiputera.
Pemangku Yang Dipertuanya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, Pekema yakin sebarang dasar baru yang hendak dibuat oleh Mukhriz, akan berpaksi serta berpegang teguh pada prinsip dan objektif asal dasar AP yang diperkenalkan pada 1980-an, iaitu antara lain mewujudkan golongan usahawan bumiputera dalam sektor automotif negara ini.
Katanya, Pekema berpendirian bahawa dasar AP adalah keputusan kerajaan yang sejajar dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan tindakan menghapus atau mendesak agar dihapuskan dasar itu adalah sama seperti melanggar Artikel 153 tersebut.
''Tindakan pihak-pihak tertentu yang terus-menerus mendesak kerajaan menghapuskan AP dan mengaitkan Pekema dengan segala gambaran negatif dalam media massa adalah satu provokasi secara langsung terhadap hak keistimewaan bumiputera dan ia hendaklah dihentikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tuan Rumah; Takpe, kita tunggu dan lihat depa ni pakat jilat balik apa yang depa dah nyatakan, tak paham kerrr konsep 1malaysia ni. Najib nak dapatkan semula sokongan kaum Cina dan India terpaksa berkorban kepentingan orang Melayu..percayalah....
Melayu terdiam lagi, masing2 tunggu dan lihat apa yang akan terjadi esok kemudian hari. Bila dah nampak realitinya baru nak merengek, apa pun tak guna... hampehhh
| [+/-] |
PAS tetap komited perjuangan Islam |

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan ringkas membantah keputusan kabinet berhubung pengekalan agama asal anak walaupun ibu atau bapanya telah memeluk Islam.
Dengan plakad putih bertulisan "tarik balik", lebih kurang 100 penyokong parti itu berkumpul kira-kira 15 minit selepas solat Jumaat di perkarangan masjid Kampung Baru.
Dalam ucapan ringkasnya, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad menyifatkan keputusan kabinet itu tidak dibuat mengikut saluran yang betul.
"(Oleh itu) kita berikan tekanan kepada kabinet supaya tarik balik keputusan ini," katanya.
Selain dihalang polis, mereka juga memberhentikan dengan segera demonstrasi kecil itu selepas pentadbiran masjid menegur penganjur yang dianggap "tidak menghormati" satu majlis di pusat ibadat itu.
Selain dihalang polis, mereka juga memberhentikan dengan segera demonstrasi kecil itu selepas pentadbiran masjid menegur penganjur yang dianggap "tidak menghormati" satu majlis di pusat ibadat itu.
Selain Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, perhimpunan itu turut dianjurkan oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS pusat.
Dalam satu kenyataan awalnya, Kamaruzaman menganggap keputusan kabinet pada 23 April sebagai "paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara."
"Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.
"Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama," katanya.
Keputusan jemaah menteri itu pernah dibantah oleh beberapa NGO Islam, termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.
Langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
Keputusan terbaru kabinet itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban, atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah, dengan bekas isterinya M Indira Ghandi.
Lelaki itu menukar agama tiga anak mereka sejak penghujung tahun lepas.
| [+/-] |
Hapi labor day & hapi b'day to me..hahaha |


KAUM BURUH BERSATULAH !
Tangan yang membuat
Tangan yang membina
Tangan yang merombak
Tangan yang membidak
Kaum buruh bersatulah!
Tenaga kamu melintasi sempadan
Dari nepal
Dari madura
Dari mukah
Dari kalimantan
Dari jawa
Dari medan
Dari kuala perlis
Dari kerala
Dari dacca
Dari lahore
Dari gombak
Dari kg gajah
Dari seberang takir
Dari rompin
Dari vietnam
Dari muar
Tangan kamu mendirikan bumi ini
Sekali kamu bertempek
Dunia bergegar
Sekali kamu letakkan pungkeh
Satu bangunan gagal
Sekali kamu enggan memasang keluli
Sebuah pabrik runtuh bergegar
Kamu buruh - kamulah pembuat dunia
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur di chicago
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur di paris
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur di dubai
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klcc
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klia
Kaum buruh lihatlah dunia hari ini
Semua adalah hasil tangan mu
Kaum buruh lihat bagunan itu
Adalah tanda tangan tenaga mu
Kaum buruh satu mei adalah hari mu
Kaum buruh acungkan tangan mu tinggi
Kembang dadamu luas
Segala setan
Segala puaka
Kaum pemodal antarabangsa
Akan mengelupur kecut melihat gengaman tangan mu !
Tukartiub punya otak memang otaiiiiiiiiiii.
| [+/-] |
Pandangan Dr Mohd Asri Mengenai Isu Agama Anak |

PANDANGAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN MENGENAI KEPUTUSAN KABINET YANG MENETAP AGAMA ANAK BERDASARKAN AGAMA ASAL KETIKA PERKAHWINAN
Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;
1. Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.
2. Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
3. Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.
4. Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.
5. Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.
6. Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.
7. Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.
8. Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.
9. Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.
10. Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.
11. Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.
12. Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.
13. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.
Loading...