
Tiada sambutan kemerdekaan tahun ini
Oleh AMREE AHMAD
KUALA LUMPUR - Jika anda berniat untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 pada tengah malam 31 Ogos nanti, mungkin hasrat itu terpaksa dilupakan seketika atau sekurang-kurangnya sehingga 2011.
Ia kerana acara yang dirai penuh meriah itu pada setiap 31 Ogos itu buat julung kalinya tidak disenaraikan di dalam kalendar rasmi perayaan Bulan Kemerdekaan pada Ogos sehingga September ini. Sebaliknya, menurut laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, beberapa acara bercorak keagamaan bakal disusun bagi mengisi program sambutan kemerdekaan negara yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.
Apa yang menarik, jadual beberapa acara sempena perayaan kemerdekaan negara kali ini juga dianjak lebih awal oleh Cawangan Acara dan Protokol, Bahagian Pengurusan Acara di kementerian tersebut sebagai menghormati bulan Ramadan.
Antaranya ialah Sayembara Puisi Merdeka di Ipoh pada 13 Jun, Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 2009 di Melaka pada 9 Julai dan Pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 18 Ogos.
Bulan Kemerdekaan yang pada kebiasaannya bermula dari 17 Ogos hingga 16 September turut tiada dalam kalendar acara anjuran kementerian itu kali ini.
Ia sebaliknya diganti dengan Majlis Semarak Ramadan dan Gema Aidilfitri.
5.04.2009
| [+/-] |
Merdeka !!! Malaysia pecah rekod lagi .... |
| [+/-] |
Menjelang 7 Mei, Ikon pelancongan Negeri Perak |

Negeri Perak dah memang ada ikon pelancongan, tak yah nak heboh-heboh semua pihak dah tahu.. ikon pelancongan Perak.
Negeri Perlu Kenali Pasti Ikon Pelancongan Masing-masing - Ng Yen Yen. LABUAN, 3 Mei (Bernama) -- Jabatan Pelancongan Negeri (JPN) diminta mengenal pasti produk pelancongan di negeri masing-masing yang bakal dijadikan ikon produk pelancongan negara. Menteri Pelancongan, Datuk Dr Ng Yen Yen berkata setiap produk yang dipilih itu itu mestilah berbeza antara negeri-negeri.
"Saya mahu semua Jabatan Pelancongan Negeri mengenal pasti sekurang-kurangnya lima atau 10 produk pelancongan yang boleh dijadikan ikon produk pelancongan mereka," katanya kepada pemberita semasa Cabaran Samudera Antarabangsa Labuan 2009 (LISC 2009) di sini hari ini.
Ng berkata selepas negeri-negeri mengenal pasti produk pelancongan mereka, ia perlu dikemukakan kepada Kementerian Pelancongan untuk diperkenalkan di peringkat antarabangsa pula.
Beliau berkata LISC misalnya boleh dijadikan produk pelancongan Labuan.
Beliau turut menyarankan agar Perbadanan Labuan mempromosi Malaysia sebagai destinasi program Malaysia Rumah Kedua Ku, kerana pulau Labuan merupakan tempat yang sesuai untuk berbuat demikian.
Ng turut berkata kemudahan penginapan dan bilik-bilik hotel di Labuan akan diperbanyak bagi menampung keperluan pelancong.
-- BERNAMA
| [+/-] |
Menjelang 7 Mei; Zamry vs Idham Lim |

Zamry bertindak.....
Tuduhan Melampau: Zambry Buat Laporan Polis, Ambil Tindakan Undang- Undang
IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim yang didakwa membuat tuduhan melampau kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) menerusi satu kenyataan media hari ini.
Zambry yang juga Adun Pangkor berkata tuduhan melampau dan keterlaluan itu turut disiarkan dalam laman blog milik Khalil Idham di idhamlim.blogspot.com.
"Ini sikap seorang Adun yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau. [Selanjutnya]
Komen Sdr Idham Lim;
Isu Bomoh : Zambry buat laporan Polis terhadap saya
Kenyataan akhbar saya yang diterbitkan dalam Blog ini mendapat respon segera dari Dr. Zambry dengan dia membuat laporan polis seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA yang saya terbitkan di bawah.
Pada kesempatan ini saya ingin memberi penjelasan dan penegasan sekali lagi bahawa saya bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yanag kukuh. Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa Dewan Negeri telah dimasuki oleh "Bomoh" dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggung jawab kepada dewan negeri pada masa ini. [Selanjutnya]
| [+/-] |
Menjelang 7 Mei, World Book of Records |

Belum ada Speaker di negara Komanwel terima usul tidak percaya terhadapnya
Mohd Nor Yahya
Sun | May 03, 09 | 5:59:06 pm MYT
KOTA BHARU, 3 Mei (Harakah) - Mungkinkah apa yang dilakukan kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) di Perak sekarang seumpama kata bidalan 'berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap'.
Lebih mengaibkan lagi apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim dan setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri tiba-tiba mengambil alih tugas Speaker, V Sivakumar.
Begitu juga dengan Menteri Besar kerajaan kudeta, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir bercadang mencalonkan Speaker baru, Dato' R Ganesan pada persidangan Dun 7 Mei ini.
"Inilah satu keanehan yang berlaku di Perak dan negeri itu akan mencatat sejarah dalam di negara Komanwel jika Speaker membenar undi undi tidak percaya terhadapnya.
"Speaker mempunyai hak mutlak menentukan susunan urusan Dun di mana terdapat beberapa keadaan yang membolehkan Speaker menolak usul yang dibawa mana-mana Adun," kata bekas Speaker Dun Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Beliau yang mempunyai lebih 10 tahun sebagai Speaker berkata, tindakan Adun BN mengemukakan usul tidak percaya kepada Sivakumar secara jelas menggambarkan politik buli yang Umno amalkan masih menebal.
Baru-baru ini Dr Zambry mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha Dun Perak untuk melucutkan Sivakumar dan melantik Speaker baru pada persidangan Dun yang akan bermula Khamis ini.
Wan Rahim yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, Sivakumar tidak boleh dipecat selagi beliau mampu menjalankan tugas dengan baik dan mengikut peraturan Dewan atau undang-undang Tubuh Perak.
"Ini kerana amalan Speaker dari kalangan pembangkang bukannya perkara luar biasa di negara Komanwel. Di England pernah berlaku Speaker dari parti Konservatif ketika parti Buruh memerintah.
"Namun Umno tidak bertamadun apabila mahu memecat Speaker kerana alasannya berlainan parti. Mereka sedang bermain sandiwara untuk melantik Speaker lain," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau juga memberitahu pada persidangan Dewan Rakyat sebelum ini, Speaker menolak usul undi tidak percaya yang dibawa Pakatan Rakyat terhadap Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika masih menerajui kerajaan.
Begitu juga katanya di Dun Melaka Speaker menolak usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri.
"Usul undi tidak percaya boleh berlaku tetapi bagi Speaker ia merupakan tindakan yang tidak sopan selagi Speaker boleh menjalankan tugas yang diamanahkan," ujarnya.
Beliau menegaskan terpulang kepada Speaker untuk membuat keputusan menerima atau tidak usul yang akan dibawa wakil rakyat BN di Perak.
Ditanya tindakan kerajaan kudeta BN yang mahu menghadkan media membuat liputan di Dun Perak katanya, BN tidak mahu rakyat mendapat gambaran sepenuhnya persidangan yang berlangsung.
Dalam perkembangan yang sama hari ini Sivakumar menjelaskan semua media dibenarkan untuk membuat liputan persidangan Dun Perak bermula 7 Mei ini.
Menurutnya Perintah Perintah Tetap 84 (Dun Perak) kuasa diberi kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana mana media menghadiri persidangan dewan. - mj _
Tuan Rumah;Malaysia book of records, World book of records, Mongolia book of records....malam-malam book of records
5.03.2009
| [+/-] |
Menjelang 7 Mei; ADUN PR diancam keselamatan... |

Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..
Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.
Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-
1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.
2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.
3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.
4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?
5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.
3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)
Tuan Rumah;Menurut Drs Khalil, 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat "diganggu" oleh pihak keselamatan,setelah satu kejadian ugutan hingga mengakibatkan kecederaan terhadap Pegawai Khas (PA) ADUN (PKR) Kuala Kurau, Sdr. Adnan yang telah diserang oleh sekumpulan lelaki berkenderaan 3 buah kereta dengan senjata cotra dan parang di kedai makan di hadapan Pejabat ADUN tersebut. Semakin kecoh gamaknya...7 Mei ini.
Loading...