
Susulan dari komen ana kat [sini], pihak pengurusan Proton menjelaskan bahawa "Exora" bukanlah nama bunga atau tumbuhan tetapi..ana copy & paste keseluruhan berita dari BERNAMA itu.
18 Februari, 2009 21:07 PM
Exora Bukan Nama Bunga, Kata Proton
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Proton Holdings Bhd hari ini menjelaskan bahawa kenderaan pelbagai guna (MPV) barunya, Exora, tidak mengambil sempena nama sejenis bunga.
Bagaimanapun, sebutannya serupa dengan nama sejenis bunga, 'Ixora', kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Exora dipilih kerana ia bukan nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Perkataan Exora tidak wujud," kata Proton sambil menambah bahawa nama tersebut dipilih selepas proses pemilihan yang teliti dijalankan.
MPV baru itu mencetuskan isu berikutan nama 'Exora' yang hampir sama dengan nama sejenis bunga, sedangkan peraduan menamakan kereta itu tidak membenarkan nama bunga atau haiwan digunakan.
Proton berkata semasa proses pemilihan itu, syarikat itu telah menolak semua penyertaan yang merujuk kepada haiwan atau tumbuhan-tumbuhan.
Contohnya, Proton menerima sejumlah 139 penyertaan yang memberikan nama 'Ixora' dan 39 penyertaan yang memberikan nama 'Exora'. Syarikat itu menolak 'Ixora' kerana ia nama sejenis bunga.
Bagi Proton, nama dan tagline itu melambangkan usaha syarikat menawarkan kenderaan terbaik yang boleh mewujudkan kemesraan keluarga.
"MPV ini melambangkan usaha syarikat untuk memasukkan banyak ciri terbaik yang terdapat pada kenderaan penumpang, dan direka bentuk bagi memenuhi keperluan keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
2.18.2009
| [+/-] |
Exora, Ixora, edora, ikut suka lah labu.. |
| [+/-] |
Bertuahnya negeriku negeri Perak |

La..la..la..la.lalala. (nyanyi lagu doraemon sambil minum kopi nih ...)
Indahnya bumiku Negeri Perak yang telah lama ku tinggalkan...kakaka. Indah sungguh, terkenal sungguh hinggakan orang Sabah pun ramai yang tanya ana perkembangan terkini negeri Perak. Apa kes sultan tu ? Apa kejadahnya kes MB haram tu ? Macamana sambutan MB kesayangan rakyat tu? Pegi mana katak-katak tua tu ? dan macam-macam persoalan lagi.
Malam ni kecoh lagi la negeri Perak !. Puak-puak UmNo dah tercirit nengok MB Kudeta mereka tak leh masuk ADUN...kecian. Tak caya, baca berita kat [Malaysiakini] dan kat [Perisik Rakyat]. Itu pasal la rampas hak orang, kan dah terima azab. Nak sahut cabaran bubar dewan pengecut, teluq kecut masuk kat dalam ! kakakah.. Aperr ? Mufti Perak gelabah..kakaka biaq pi la kat dia, dia dah dapat RM500K ikut suka hati dia la, lepas ni mungkin target RM1M pulak kot. Ikhsan juak-juak UmnO la. lalalala...
Kecoh pasai 4 katak-katak tu ! Terkini, katak tua betina tu gamaknya nak letak jawatan, meraung la lagi puak-puak UmNo ni. Dah la tadi tercirit, la ni sembelit la pulak !!
Nak tau cerita Sultan Perak, entahlah deme pun tak dengar cerita, last tu ada la dengaq pasai penanguhan jubli Perak atas nasihat puak-puak ni kot! Lepas tu ada dengaq pasai makan malam istiadat, ana tak ambil hal sangat pasai sultan tu tapi ana suka cerita MB sah Perak (Ingat yang sah tau bukan yang harammmm. Bab sultan ni tak leh nak cakap banyak, nanti orang cakap derhaka tapi ana tak takut coz darah same je merah. Bukan darah sultan biru ke hijau ke, itu baru ana takut. Yang patut kita takut dan derhaka ialah pada Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan kita. Betul tak !
Setahu ana yang jahil agama ni, tidak ada yang paling mulia dan disanjung selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Sultan kalau adil dan jaga kesucian Islam, kita taat tapi anda siasat sendirilah, faham je lah !!! Kat mana tah nak respect ni...
La..la..la..la nak balik kampung, nak balik kampung, nak balik ngundi, nak balik kampung, nak balik ngundi, nak undi pas, nak undi pas, nak balik kampung, kakakah !!
| [+/-] |
Kesan sejarah kegemilangan Empayar Uthmaniah |

Lama dah berehat, sambung lagi kisah ziarah kami di Al-Ula dan Madain Saleh. Kali ini , pengembaraan adalah meyusuri jejak sejarah lama iaitu kesan pembinaan jalan keretapi yang menghubungkan Syria hingga ke Madinah pada zaman khalifah terakhir dahulu.
Sedih juga bila membaca kisah-kisah khalifah terdahulu yang berhempas pulas mempertahankan Islam serta sejarah mencatatkan pemimpin-pemimpin Arab yang bersekongkol dengan puak Yahudi/kafir untuk menjatuhkan empayar Uthmaniyah.
Lagi kisah serta foto-foto menarik ada kat laman web di [Stesen keretapi Al-Ula] dan [Stesen keretapi Madain Saleh] dan [sini]
2.17.2009
| [+/-] |
Wakaka.. ramai tertipu peraduan PROTON EXORA macam GORES DAN MENANG ! |

Susulan berita kat [sini], seramai 251,763 peserta yang mengambil bahagian sudah tentunya merasa tertipu dengan peraduan menamakan MPV pertama keluaran Proton.
"The Exora is based on the name of the Ixora flower." kata Managing Director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Bila diumumkan nama MPV Proton, aiii.. dah bertukar, memanglah depa ni tak derrr pendirian langsung, macam lalang. Kejab tak boleh nama bunga atau binatang.. tup tup bila umum nama Exora la pulak ! Nama macam mat saleh pula tu, langsung tak nak martabatkan bahasa Melayu. Tertanya-tanya juga mana perginya pejuang-pejuang Melayu, hilang suara ke atau PROTON bagi sorang sebijik rasuah PROTON EXORA kat korang. Ayuh, pejuang-pejuang Melayu, kita berdemo pula dikilang PROTON di Shah Alam dan di Tanjung Malim. Ada sambutan ke ni !!
Ni satu lagi pencacai bahasa. Letak je la Proton Melur ke, Proton Tahi Ayam ke, Proton Tongkat Ali ke.. tak boleh ke. Malu coz nama Melayu. Alasan untuk mengantarabangsa tu memang alasan budak darjah 4. Nak kata pendidikan rendah tapi jadi Managing Director, patut GAPENA saman je makhluk-makhluk ni yang telah menyemakkan bahasa Melayu.
Mari kita baca syarat pertandingan kat [sini] atau ana paste kat sini..
3. Penyertaan hendaklah sama ada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris dan mestilah:-
- Tidak diambil daripada mana-mana nama binatang atau tumbuh-tumbuhan;
- Tidak mengandungi bahasa kasar atau kesat atau membawa konotasi tidak baik, seperti "Bodoh";
- Boleh diterima secara komersial, contohnya "Proton Waja";
- Mudah disebut, contohnya, "Proton Waja";
Kesian, kesian, takziah pada peserta peraduan MPV PROTON, next time kita gi letak nama PROTON NOJOB ke kan canggih, adios.
2.16.2009
| [+/-] |
Surat anak2 Yahudi kpd anak2 Gaza !! |

Amacam.. di saat kita menyambut hari Valentine (celaka bagi umat yang mengaku Islam tapi menyambutnya, moga Allah sedarkan mereka ini !!!), kita lihat bagaimana anak-anak Yahudi ini menghantar surat menerusi bom dan peluru berpandu kepada anak-anak Gaza dan ini jawapannya...
Original Video- More videos at TinyPic
Pilukan tapi inilah hakikat yang terpaksa kita semua, insan muslim terima. Sedih namun hanya doa akan terus mengiringi perjuangan mereka, Allahuakhbar !!
Loading...