Bakal Timbalan Perdana Menteri Kedua Negara UmnO ini membodek sakan....Kemenangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno tanpa bertanding menunjukkan rakyat, khususnya ahli-ahli Umno, yakin terhadap kemampuannya memimpin parti dan negara ke arah kejayaan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini.
"Rakyat percaya Datuk Seri Najib bukan sahaja lebih layak untuk memimpin parti, malah mereka percaya beliau akan meneruskan apa jua rancangan untuk negara apabila menjadi Perdana Menteri kelak. Petikan dari Bernama
Kakibodek No. 2..post tak create lagi..orang kuat Najib kat Rompin ni..Anggota Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, rakyat Malaysia dan bukan saja ahli UMNO dan orang Melayu merasa lega bahawa peralihan kuasa yang dipersetujui sudah menjadi kenyataan. Petikan dari Utusan Meloya
11.05.2008
[+/-] |
Tolong...aku nak termuntah hijau ni..ktakh ptuihhhh |
[+/-] |
Najib : Mengata orang... mu yang lebih korner..pengecut haprak |
“Saya, lapan tahun (menjadi) Menteri Kewangan saya duduk dengar ucapan Ketua Pembangkang. Kalau ada pembangkang bahas timbalan menteri wajib hadir untuk mendengar sepanjang perbahasan. Sekarang ini tidak ada sama sekali , tidak ada yang sanggup mendengar, serahkan kepada pegawai-pegawai. Lebih baik angkat pegawai mengisi kerusi-kerusi depan (tempat duduk menteri),” bidas Anwar dalam ucapannya berhubung situasi ketika membahaskan belanjawan 2008.
Webmaster; Dasar manusia pengecut...tau buat onar jerrrr ajak berdebat pun dah goyah. Manusia ni nak pimpin Malaysia hancuslah..alamat Malaysia ni kena bom C4 la nanti. Sudahlah dasar DEB nak dihapuskan..tahniah Najib...pertama kali rasanyerrr ikut seruan Pakatan Rakyat...yang pengikut buta tuli tak nak join kerrrr takutttttt
Kalau masuk dewan baca teks tu budak darjah lima pun boleh buat..kami bayar gaji hang tu bukan nak bagi baca teks, nak berdebat agar mana yang baik kita ambil, mana yang buruk kita buang..itu pun tak paham kerrrrr nyayuk..susah sangat photostat jerr bagi wakil rakyat tu sorang satu buku kemudian suruh depa baca sendiri, bukannya budak-budak hancing nak suruh kena ajar..hang kalau tak buat betuii betuii aku haramkan even satu sen duit cukai yang aku bagi kat hang dunia akhirat aku tak halal..ada paham.
Bernama melaporkan Najib berkata tindakan anggota Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan kementerian kewangan hari ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata pembangkang tidak sepatutnya bertindak demikian kerana apa yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat adalah langkah tambahan yang begitu penting untuk masa depan negara dan juga untuk membela kepentingan rakyat.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
[al-Hujurat 49:6]
11.04.2008
[+/-] |
Azan - 24 jam berkemundang diseantero dunia |
Klik; foto menunjukkan kesemua negara mengelilingi satu kiblat iaitu kaabah.
Dari segi bahasa, Azan bermaksud al-ilam (pemberitahuan) atau an-nida (seruan) dan hukumnya ialah sunat muakkad. Melaungkan Azan merupakan fardu kifayah bagi sesuatu kumpulan dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua anggota kumpulan itu.
Panggilan solat berirama itu sudah mendarah daging dengan masyarakat Islam dan diamalkan di mana sahaja terdapat penduduk Islam di seluruh dunia. FENOMENA AZAN yang paling menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.
Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.
Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.
Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula. Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.
11.03.2008
[+/-] |
Wasiat terakhir trio Imam Samudra, Sdr Mukhlas dan Sdr Amrozi |
Berikut adalah wasiat yang diperturunkan oleh trio pengebom bali yang telah didapati bersalah dan kini sedang menanti hukuman bunuh oleh sepasukan anggota bersenjata setelah rayuan agar dihukum pancung ditolak mahkamah.
(sila klik untuk besarkan foto)
Foto : dari kiri iaitu Sdr Mukhlas, Imam Samudra dan Amrozi bin Nurhasyim. Bawah: Allahyarham Dr. Azhari Hussin
Webmaster;
Secara peribadi kenangan bersama Dr. Azhari yang banyak mengajar ana dan kekawan sewaktu di UTM dahulu ilmu dunia dan akhirat terimbau kembali..dr. azhari hussin sudah memilih jalan perjuangannya sendiri dan itulah yang dia dapat. benar atau salah...bukan kerja kita untuk mengadilinya. syurga neraka hak Allah. namun sebagai saudara seagama...wajarlah kita kirimkan doa untuk Allahyarham. moga ditempatkan kalangan syahidin dan solihin.
11.01.2008
[+/-] |
Al-Quran palsu serta gubahan ayat Al-Quran buatan Manusia Jahil |
WASPADA….. !!!!ini adalah yang telah disebarkan di Malaysia...
Posted by: Faisal Saleh on: 27 Oktober 2008
Al-Qur’an Palsu buatan Amerika
Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim
Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul “The True Furqan” isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; Judul lain buku ini ‘The 21st Century Quran‘! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.
Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.