11.04.2008

Azan - 24 jam berkemundang diseantero dunia

. 11.04.2008



Klik; foto menunjukkan kesemua negara mengelilingi satu kiblat iaitu kaabah.

Dari segi bahasa, Azan bermaksud al-ilam (pemberitahuan) atau an-nida (seruan) dan hukumnya ialah sunat muakkad. Melaungkan Azan merupakan fardu kifayah bagi sesuatu kumpulan dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua anggota kumpulan itu.

Panggilan solat berirama itu sudah mendarah daging dengan masyarakat Islam dan diamalkan di mana sahaja terdapat penduduk Islam di seluruh dunia. FENOMENA AZAN yang paling menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.

Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula. Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.


Webmaster; Kebesaran Allah yang Maha Kuasa, Maha Menjadikan Sesuatu..teringat kisah Nabi Muhammad S.A.W sewaktu naik kelangit bertemu Allah S.W.T, baginda melihat kebumi seraya berkata "Setiap penjuru bumi inilah akan wujudnya dan tersebarnya Islam yang hanya menyembah Allah yang Maha Esa"



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com