11.19.2008

Hina Islam ! Siapa hina siapa

. 11.19.2008


Ni la puncanya banyak sebab PAS tak bersekongkol dengan UMNO pasai ISA. Nanti kat padang masyhar, menjawab la orang UMNo, ambe tak setuju. Nantikan...23hb November ini..



PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat. "Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya. "Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini. Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu. "Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid.

Ulasan ; Macam tak caya je Zahid cakap lagu ni, ni cakap ikut mata nafsu bukan mata hati, orang tu nak solat Jumaat ke atau tidak terpulanglah, jika kita nampak baik ditegur kerna yang nak bagi hukuman ialah Allah bukan Zahid. Asal menteri hal-ehwal agama nak bagi hukum, cakap ikut nafsu, iblis tu dulu, kini dan selamanya tetap menyesatkan orang, asal hukum mesti menteri ni yang sembuq..


Webmaster; Bukan hak kita nak tunjukkan orang tu alim atau tidak ! Ingat kembali kisah peremopuan Yahudi yang masuk syurga kerna bagi menatang makan..itu semua kerja Allah, kerna pulut santan binasa kerna mulut badan binasa !!



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com