KUALA LUMPUR | 11 Nov. |WAN SYAMSUL AMLY | Utusan Malaysia
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.
‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.
‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kalau nak diikutkan negara ini milik bangsa Melayu, hasil bumi pergi ke mana ? Takkan orang Melayu dari 1957 hingga sekarang merempat di bumi sendiri ! Salah siapa ?. Pemimpin Melayukah yang pungut harta sorang2 ?, bangsa Melayukah yang memang layu ? Apa Tunku Abdul Rahman buat..apa Tun Razak buat, apa Tun Che Det buat, apa yang Pak Lah buat, semua pemimpin ni orang Melayu..!
Apakah pemimpin2 ini suka orang Melayu miskin, senang digula-gulakan, dibuli, dipujukrayu..banyak program diatur, Melayu ada DEB, Felda, Felcra, projek basmi kemiskinanlah, MARA dan macam2 lagilah tapi sejauh mana pencapaiannya. Adakah memang sikap orang Melayu ini malas berdikari, malas mencari rezeki, suka meminta, ciss!!!! sunguh memalukan.
Takkan Melayu je yang miskin, pendapatan bawah RM1000. Macammana orang di Sabah dan Sarawak ! Bukankah mereka di bawah Malaysia !. Apa khabar orang Kadazan, Dusun, Melanau, Rungus, Bajau, Bugis, Murut, Melayu Brunei, Lundayeh, Iban,Bidayuh, Bisaya, Dayak dan lain2 lagi. Tahniah jika anda tidak termasuk dalam paras kemiskinan RM1000 ini..tahniah sekali lagi.
11.12.2008
57 tahun merdeka, Melayu masih diparas kemiskinan
Webmaster; Melayu ! Melayu ! Apakah anda telah disogokkan dengan pelbagai uang, kain pelikat, barang makanan oleh partai pemerintah hingga anda malas untuk berusaha meningkatkan taraf anda sendiri ?. Tunggu bantuan akan datang pada pilihanraya ke-13, tunggu!!!
0 comments:
Post a Comment