11.05.2008

Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) jakun tak pernah keluaq dari Penang.

. 11.05.2008



Webmaster; Orang yang jakun tak pernah keluar dari dalam toilet tandas dah mula bersuara ..ramai juga pengikut tiolet bowl ni ada 200 orang yang tak pernah merantau keluar dari Pulau Pinang..tak tau la sebab apa..kot kena ikat dengan sapa tu namanyerrrrr..gangster yang buat demontrasi haram kat Komtar dulu..apatah namanyerrr Ahmad ke Ismail ke..apa-apa je

Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, demikian menurut laporan Bernama.

Ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah, Pengerusi GGMM Khairul Azam Abdul Aziz berkata perjuangan gabungan itu bertujuan mempertahankan ketuanan Melayu yang kian tercabar.

"Perjuangan kami berdasarkan peruntukan undang-undang dan bukan berdasarkan emosi semata-mata, kalah menang itu adat, yang penting kami berjuang mempertahankan kedaulatan Melayu," katanya. [Malaysiakini]


Webmaster; Bagus-bagus, saman lah kau, kami nanti jika menang ianya akan dijadikan bukti kes dan sama-sama kita saman kerajaan Malaysia dan kerajaan Wilayah Persekutuan kerana melabelkan nama jalan Boulebard la.kat Putrajaya.nak tulis pun tak pandai, Palace of Justice la...biarkan labu buncit tu terjun dengan angin-anginnya.



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

13 comments:

Anonymous said...

GGMM dari beribu kota di Kuala Lumpur dan mempunyai ahli seluruh malaysia... penubuhannya terdiri dari golongan profesional kaum melayu... bukan orang penang pun.... haish

Anonymous said...

Anoy tak bernama, ana pun graduate jugak..tak nak join dgn graduan yg berpikiran sempit macam ni..macamanalah nak maju, kita hidup saling bergantungan degan Cina la, India la, lain-lain bangsa..ada ka orang Melayu boleh hidup sorang-sorang ni...hang kot boleh lah !!!

Malu ehhhhh join GGMM

Anonymous said...

kenapa saudara bersikap judgmental kepada GGMM?? Bukan kah pakatan rakyat juga memperjuangkan hak rakyat?? Apa salahnya kalau merka memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat malaysia berbangsa melayu??

Kalau semua golongan lain MCA,MIC,DAP,Gerakan,PAS, PKR boleh menyatakan ketidakpuasanhati mereka... kenapa golongan GGMM ini ditembak dengan kutukan kerana mereka melakukan benda yang sama???

Hanya kerana penulis tidak berkongsi kerisauan mereka tidak memberi hak kepada penulis untuk mengutuk tindakan mereka untuk menuntut hak mereka....

senang cerita macam ni lah... kalau orang cina bleh hingaq pasai nak letak sign board depa keliling penang, kalau orang india bleh hingaq masa depa dok buat hindraf malam ke 27 ramadhan... apa bezanya depa ni?? ka sebab hang tak suka depa melawan hang pun pakulah...

Anonymous said...

pakulah se;agi boleh, org melayu kan dok takpa.. takpa. Depa sontot juboq pun takpa..takpa last2 semua amik kat depa pun takpa..takpa.
Nie mod pun boh bismillah bawah tu gambaq juboq..baguihla camtu...takpa..takpa

Anonymous said...

pandaipun hangpa, ...yang ana bising sangat kat sini kenapa di Penang je GGMM ungkit pasai nama jalan ni..kenapa tak dekat Putrajaya tu, kenapa tak kat nama Palace of Justice tu, kalau nak komplen biaq samarata, buat memo kat PM juga ubah nama atau saman kerajaan pusat coz guna nama-nama inggeris ni...tu pun tak leh nak pikiaq ke ..nampak sangan GGMM ni bias dgn kerajaan Penang jerrrrr.

Anonymous said...

benda tu semua bukan boleh buat serentak... even due process pun mengambil masa yang lama... lagipun akta perlembagaan tak menghalang penggunaan bahasa inggeris... lagipun kalau saudara pegi ke blog graduanmelayumuda.blogspot.com saudara akan tau itu lah destinasi mereka seterusnya... lain kali bacalah dan carilah maklumat betul betul dulu sebelum main tuduh ja... menuduh tanpa maklumat itu bukan fitnah???

Anonymous said...

kalau dah tau itu destinasinyerrr..buatlah satu-satu, ni tak nak konkuer semua..ana tak tuduh tapi pertikaikan kenaapa buat saman ni kat Kerajaan Negeri Pulau Penang, kenapa tak saman Kerajaan Wilayah Persekutuan dulu, ajak 2000 ke 3000 orang erarak demo kat Putrajaya, baru betuiii..lagi satu, tuduh dan pertikai satu yang berbeza...dari sekolah pondok Perak.

Anonymous said...

niat murni GGMM pertahan Bahasa Melayu pon disindir..bagus ada GGMM, ada juga Melayu yang berani tampil pertahan perlembagaan Melayu.

sekongkol dengan cina india sampai ketepikan Bahasa Melayu sendiri? Bodoh namanya..apa fungsi exco kerajaan Pulau Pinang yang Melayu? Ikut bontot orang yang suka makan babi?

Anonymous said...

kenapa nak bising2 pasal nama bahasa inggeris kat putrajaya.. at least semua orang memang boleh baca lah. kalau bahasa lain haram xleh baca. yang nak tuduh2 tempat lain tak pakai bahasa malaysia ni, maknanya ko ngaku la yang penang tu salah???


cube try wat signboard jawi. walaupun tu bahasa malaysia.. cuma tulisan je jawi..mau ngamuk cina2 ngn india.

ibrahim ujar said...

Kalau buat berarak dengan aman tanpa ada FRU, itu maknanye ada something wrong la, kat belakang tu memang ada support dari atas tu, percayalah tak lama lagi KHAIRUL AZAM, Nik Rizman Sapian dan Sharihan Jani akan dapat title Datuk...tak caya terpulanglah..orang dah paham nak naik dalam politik, buat NGO jadi Exco 2-3 tahun election offer diri jadi YB duit masukkkkkkk...ada paham. Ini mainan politik da..:-t

Anonymous said...

Tidak salah jika orang Melayu memperjuangkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Apa yang dilakukan oleh GGMM ini menunjukkan yang mereka ini bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di negara ini terutama Pulau Pinang. Memperkatakan tentang bangsa Melayu adalah hak orang-orang Melayu. Kena faham dan terima hakikat bahawa negara ini penduduk asalnya adalah orang-orang Melayu yang pernah mengasaskan tamadun Melayu suatu ketika dahulu sebelum kedatangan Portugis, Jepun dan Inggeris. Jangan berfikiran sempit. Negara kita, tanggungjawab kita. Tanggungjawab Melayu,Cina dan India memastikan semua dapat hidup aman damai.

Tanpa kestabilan plitik, kita tidak dapat hidup aman dan damai.- Melayu Muda Changlun.

Anonymous said...

http://docs.google.com/View?docID=dg2x7txt_9fq96r6cn&revision=_latest&hgd=1

Anonymous said...

Perbincangan Ketuanan Melayu

Dalam tempoh 1 bulan daripada 2 November hingga 1 December 2008 carian frasa "Ketuanan Melayu" pada laman web Utusan Online memberikan sebanyak 51 artikel. Daripada bilangan itu dapat kita bayangkan betapa topik Ketuanan Melayu dibincangkan di peringkat selebriti (selebriti kerana belum tentu ketokohannya sedangkan sentiasa mendapat perhatian umum). Dan apabila ditelaah setiap artikel/berita tersebut kita akan jumpai Ketuanan Melayu ini banyak bermain di kalangan ahli politik baik daripada bangsa Melayu sendiri atau bangsa Cina (sedikit jarang dari bangsa bukan Melayu yang lain).

Apakah Ketuanan Melayu itu? Kenapakah Ketuanan Melayu mendapat perhatian hangat? Dan apa sebenarnya yang hendak ditegakkan oleh setiap pihak berkenaan Ketuanan Melayu? Yang lebih penting lagi, apa implikasi segala gebang yang dicanang terhadap kita?

Dalam membicarakan perihal perbincangan topik Ketuanan Melayu (fokus penulisan adalah lebih kepada perihal perbincangan lebih daripada topik itu sendiri), antara lain kita boleh lihat daripada 3 aspek. Siapa yang berkata, apa yang dikatakan dan kenapa barangkali dikatanya segala yang dikatakan itu. Penulisan ini bukan satu kajian mendalam tetapi sekadar membuka perspektif pemerhatian peribadi pembaca terhadap perkembangan semasa. Dalam keadaan Malaysia dengan barisan politikus sebagai suara-mutlak-rakyat (mutlak kerana mereka yang menentukan tanpa mengira apa kata rakyat), kita tidak dapat mengenalpasti persepsi umum selain daripada apa yang si politikus gebang-gebangkan.

Pertama sekali kita lihat politikus berbangsa Cina kuat merancakkan zon selesa Melayu mutakhir kini. Walau apa pun platform atau keahlian, mereka seakan-akan bersama dalam pemikiran tetapi dengan nada berbeza dalam suara. Rata-ratanya Ketuanan Melayu tidak mereka gemari. Sama ada mereka tidak suka dengan kata 'ketuanan', mereka tidak suka dengan penguasaan politik Melayu, atau mereka mahukan recognition dalam negara ini. Tetapi recognition itu tidak pula datang bersendirian bahkan ditemani pembebasan daripada kekangan. Walau apa pun, motifnya adalah satu. Mereka memperjuangkan apa yang difikirkan baik untuk bangsa mereka. Dan penulisan ini tidak pula berhasrat untuk mengupas kewajaran setiap langkah mereka (yang dengan sendirinya merupakan satu perdebatan besar). Jangan marahkan usaha orang lain tetapi marahkan tiadanya usaha diri sendiri.

Tetapi dari mana datangnya Ketuanan Melayu kurang mereka gemari ini?

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut, kita singkap kembali secara ringkas kronologi perkembangan isu Ketuanan Melayu. Forum-perbincangan terutamanya yang dianjurkan sympathizer bukan Melayu telah banyak membincangkan hal-hal berkenaan hak 'bantuan' orang Melayu sehingga Majlis Raja-raja Melayu telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 16 Oktober 2008 melarang perbincangan lanjut hal itu. Seterusnya dengan suasana yang masih sama Zaid Ibrahim telah mengeluarkan pendapat tentang keburukan konsep Ketuanan Melayu. Sejak dari itu Ketuanan Melayu semakin banyak dibincangkan baik oleh sesiapa pun. Dan daripada itu ramailah wira-wira (bukankah Wira nama ORANG UTAN maskot Sukan Komanwel dulu) daripada Melayu mahupun bukan Melayu bangkit memperkatakan Ketuanan Melayu.

Yang peliknya, dalam rancak memperkatakan Ketuanan Melayu definisi konsep itu pun tiada yang selaras agar perbincangan bertumpu pada perkara yang sama. Apa sebenarnya yang dibincangkan? Kalau pun cuba diperjelas tidak pula dipersetujui. Kalau sudah Ketuanan Melayu membawa kekeliruan maksud kenapa tidak dicari saja perkataan yang lebih jelas?

Orang yang menulis ini bukanlah bijakpandai dalam ilmu sejarah. Malah subjek sejarah antara subjek yang paling rendah pencapaian pada zaman sekolah. Maka mungkin yang menulis ini lemah untuk memahami ketuanan penduduk asal suatu kawasan di muka bumi. Adakah Ketuanan Melayu seperti senioriti antara pelajar-pelajar di sekolah asrama? Maka yang baru tiba perlu menghormati dan mematuhi dan mendahulukan dan berkhidmat untuk yang telah lama tiba. Kalau begitu terasa malu yang menulis ini untuk mengaku sebagai Melayu. (Melayukah aku?)

Eh, maaf. Kita hendak membincangkan 'perbincangan Ketuanan Melayu', bukan konsepnya. Tapi dalam pada itu perlu kita lajakkan diri sedikit untuk fahami kenapa politikus dan bukan politikus Melayu membicarakan Ketuanan Melayu.

Daripada bangsa Melayu dapat kita lihat dua golongan yang gah bersuara tentang Ketuanan Melayu. Politikus Melayu (bukan sekadar politikus tetapi Politikus Melayu, dengan huruf P besar) dan NGO pejuang bangsa terchenta. Secara ringkasnya manusia apabila tertekan (ditekan atau menekan dirinya sendiri) akan cenderung mencari signifikasi diri dari kalangan umum. Mereka akan mencari tempat berpaut agar nafas tidak tenggelam dalam kesempitan berasak-asak. Wang? Tiba sahaja hujung bulan wang pun habis (atau bagi Politikus Melayu, wang mungkin takkan pernah cukup). Hak? Barangkali sukar dimanfaatkan hak menjadi suatu yang boleh menjadikan Melayu kaya. Kuasa? Ya, Ketuanan Melayu! Kalaupun kuasa setakat celah kuku (disebabkan ekonomi tak dikuasai) tanpa kuasa Ketuanan masih ada. Barangkali itulah rahsianya.

Kalau begitu kenapa Politikus Melayu dan NGO pejuang bangsa terchenta masih terlalu memperjuang Ketuanan Melayu? Kenapa tidak mereka perjuangkan Pengupayaan Melayu? Ataupun Penguasaan Ekonomi Melayu, atau Pembasmian Kekangan Pemikiran Terhad Pada Diri, atau Penyedaran Melayu Pada Kritikaliti Masalah Sebenar, atau bermacam-macam perjuangan yang ada gis nya?

Jika kita lihat dalam jangka masa pendek, dengan tertegaknya Ketuanan Melayu bermakna tertegaklah jawatan Melayu di atas kerajaan buat masa ini. Si penulis mengatakan buat masa ini kerana Ketuanan ini goyah dan tiada daya menampung diri. Nah, bukankah kini pun sudah terumbang-ambing, jangan katakan lagi masa depan. Sekurang-kurangnya terjagalah periuk nasi (yang gedabak) Politikus Melayu buat masa ini. Susah sangat nak mengusahakan perjuangan yang jauh dan tak nampak penghujungnya. Ketuanan Melayu ini kan mudah! Tapi yang menghairankan bukankah NGO pejuang bangsa terchenta tidak bergantung periuk nasi pada Ketuanan Melayu? Jadi kenapa tidak dilihat masalah pada akar puncanya? Bukankah NGO biasanya dipimpin golongan intelektual (pada tahap masing-masing) terutamanya jika membawa nama 'Graduan'? Yang menulis ini juga graduan tapi barangkali yang menulis ini belum cukup melihat dunia untuk memahami.

Jadi, gebang gebang juga. Tapi yang selalu dipesan abang-kakak zaman muda-muda dulu, yang penting ialah hasil daripada gebang-gebang. Pokok sudah tinggi di mana buahnya? Bagi yang belum terpandang maka pandanglah sekarang. Bagi yang sudah terpandang mulakanlah apa yang patut. Bagi yang sudah mulakan, anjurkanlah kepada yang lain. Kita tak nak jadi buih-buih yang banyak tapi tiada kekuatannya. Orang yang menulis ini memohon maaf atas kesilapan dan ketinggalan dalam penulisan. Sekadar berkongsi yang terbenak dalam fikiran.


Yang terus menulis
Abu Saifullah
Kamunting

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com