
Ayuh, perjuangan harus diteruskan, Penanti dan Manik Urai sedang menunggu untuk menyambut kemenangan memperjuangkan keadilan..
Zambry MB sah Perak. May 22, 09 3:16pm kemaskini 3.52pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah. Keputusan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.
Tuan Rumah;gagal sekali bukan bererti perjuangan tamat, risiko harus ditempohi, drama Perak masih panjang, skripnya belum habis lagi, editor pun nak kaya juga, kita tunggu dan lihat saje..
5.22.2009
| [+/-] |
Anda bagaimana ! bersemangat untuk teruskan perjuangan |
| [+/-] |
Bila bapak rais bersuara, media IT akan disekat... |

Bertambah demam la penulis-penulis sukarela blog-blog pro-pakatan, semakin penuhla pos-pos penjara serta lokap-lokap polis, semakin busyla hakim-hakim mahkamah, semakin banyakla kedengaran siren-siren polis mengejar penulis-penulis blog ini..
Kakaka teringat la dulu bapak ini dok cabar si Zaid Ibrahim berdebat, punya la syok nak lihat kedua-dua tokoh ni beradu debat namun si bapak ni kecut lak langsung tarik diri, timbul lak suara lunaknya untuk sekat penulis-penulis blog yang bukan pro-UBN, semestinya pro-pakatan, pasti dan confirm, dibawah Akta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.
Berdegar, bersorak gumbiralah pencacai-pencacai blogger upahan UBN malah kemungkinan ada yang berdukachita kerna habuan yang diperolehi selama ini akan ditarikbalik. Tiada lagi hujah-hujah, fakta-fakta benar dan sah cuma ayat-ayat power yang diputerbelitkan oleh siputar alam ini kerana blog-blog ini secara rasminya akan ditalqinkan oleh bapak Rais kelak.
Kakakaka...
Cadangan Mendaftarkan Penulis Blog Perlu Diperhalusi - Dr Rais
SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata pandangan sesetengah pihak bahawa penulis blog di Malaysia patut didaftarkan perlu diperhalusi daripada segi perundangan.
Beliau berkata perlu dilihat sama ada pendaftaran itu boleh dilakukan mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bagaimanapun, katanya penulis blog yang didapati memutarbelitkan fakta boleh diambil tindakan mengikut Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.
5.21.2009
| [+/-] |
Lastly ... penangguhan kehakiman jam 3.30 petang esok !!! |

Lihat dan baca kat [sini]
akhirnya, setelah seharian bertarung,
17:00 Mahkamah Rayuan akan buat keputusan rayuan Zambry untuk ketepi keputusan Mahkamah Tinggi KL isytihar Nizar MB Perak yang sah pada 3.30 petang esok.
Tuan Rumah;ishhhh tunggu lagi !!!!
| [+/-] |
Macam nengok kungfu cina lak, hebat tul perjuangan ni |

Pertarungan akhir Nizar-Zambry
May 21, 09 1:25pm Malaysiakini
Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini.
Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian.
Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.
Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.


Loading...

