5.22.2009

Bila bapak rais bersuara, media IT akan disekat...

. 5.22.2009


Bertambah demam la penulis-penulis sukarela blog-blog pro-pakatan, semakin penuhla pos-pos penjara serta lokap-lokap polis, semakin busyla hakim-hakim mahkamah, semakin banyakla kedengaran siren-siren polis mengejar penulis-penulis blog ini..

Kakaka teringat la dulu bapak ini dok cabar si Zaid Ibrahim berdebat, punya la syok nak lihat kedua-dua tokoh ni beradu debat namun si bapak ni kecut lak langsung tarik diri, timbul lak suara lunaknya untuk sekat penulis-penulis blog yang bukan pro-UBN, semestinya pro-pakatan, pasti dan confirm, dibawah Akta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.

Berdegar, bersorak gumbiralah pencacai-pencacai blogger upahan UBN malah kemungkinan ada yang berdukachita kerna habuan yang diperolehi selama ini akan ditarikbalik. Tiada lagi hujah-hujah, fakta-fakta benar dan sah cuma ayat-ayat power yang diputerbelitkan oleh siputar alam ini kerana blog-blog ini secara rasminya akan ditalqinkan oleh bapak Rais kelak.

Kakakaka...

Cadangan Mendaftarkan Penulis Blog Perlu Diperhalusi - Dr Rais

SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata pandangan sesetengah pihak bahawa penulis blog di Malaysia patut didaftarkan perlu diperhalusi daripada segi perundangan.



Beliau berkata perlu dilihat sama ada pendaftaran itu boleh dilakukan mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, katanya penulis blog yang didapati memutarbelitkan fakta boleh diambil tindakan mengikut Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

1 comments:

Axiemeluv said...

Masalah nyer di sini... siapa sebenarnya yang selalu putar belit kan fakta??? x(

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com