5.03.2009

Menjelang 7 Mei; Speaker Perak izin semua media buat liputan

. 5.03.2009


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pada 3 Mei 2009

Kebenaran Masuk Dewan Untuk Semua Media Akhbar & Elektronik

Saya membuat ketetapan bahawa semua pihak media dibenarkan masuk untuk membuat liputan persidangan Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009. Semua media termasuk mana-mana media yang telah dihalang untuk masuk dewan diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Permohonan boleh dibuat mulai 9.00 pagi pada 4 Mei 2009.

Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya. Di sisni, saya menggunakan Perintah-perintah 84 yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan . Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi.

Arahan ini dikeluarkan untuk menjamin prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan media. Rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus. Tidak ada sebab untuk menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri.


Tuan Rumah; Sebelum ini hanya 13 media elektronik dan cetak iaitu RTM, Bernama TV, TV3, The Star, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Nanban, Tamil Nesan dan Bernama dibenarkan membuat liputan persidangan dewan yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Mei ini.

Jabatan Penerangan Perak dalam satu notis bertarikh 30 April lepas memaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memutuskan bahawa setiap media cetak hanya dibenarkan untuk menghantar dua petugas manakala media elektronik dibenarkan menghantar tiga petugas untuk liputan persidangan dewan itu.

Dr Zambry Abdul Kadir yang semakin gila kuasa dijangka membuat satu kenyataan esok berhubung arahan larangan membuat liputan dan had bilangan petugas yang dikeluarkan sebelum ini.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com