Masjid Bandar Raya, atau nama popularnya Masjid Besi dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Ogos ini. Ia dikatakan bakal menjadi satu lagi mercu tanda di Putrajaya tidak lama lagi. Masjid ini mampu memuatkan kira-kira 200,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan jumlah itu melebihi kapasiti Masjid Putra iaitu hanya sebanyak 150,000 orang. Masjid yang bernilai RM200 juta ini bakal menarik minat para pengunjung dari dalam dan luar Negara kerana seni binanya yang unik dan lain dari yang lain. Keseluruhan dinding Masjid Besi ini diperbuat daripada besi tembus cahaya.
“Walaupun pembinaan masjid ini pada asalnya disiapkan lebih awal tetapi tertangguh kira-kira dua tahun lalu akibat beberapa masalah peruntukan kos, namun kerja-kerja pembinaannya tetap diteruskan. Saya yakin kita akan mula menggunakannya pada bulan Ramadan ini untuk sembahyang Tarawih”, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Masjid Besi telah mula dibina sejak tahun 2004 dan merupakan satu-satunya masjid di negara ini yang menggunakan kira-kira 6,000 tan besi untuk struktur binaannya. Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang dilakarkan pada lapisan kaca setinggi kira-kira 13 meter. Yang menariknya seninya tidak mengikut seni reka Arab, tetapi ia menggabungkan kesenian Jerman dan China.
Untuk menghasilkan kilauan lampu dari ruang solat utama masjid itu lebih bercahaya pada waktu malam, satu lapisan Mahrabiyah telah digunakan. Masjid ini juga tidak dilengkapi dengan kipas dan alat penghawa dingin dalam ruang solat utamanya.
Apabila Masjid Besi ini telah siap, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan mengambil alih pengurusannya dan akan mengatur segala aktiviti keagamaan yang akan dijalankan.
Tuan Rumah; Masjid kini dibina dengan tujuan pelancongan sahaja. Ikon pelancongan bagi Putrajaya seperti yang dilaungkan oleh Ng Yen Yen telah pun dibina dan dijangka siap Ogos ini. Yang dukacitanya kenapa di Cyberjaya masih tidak ada Masjid sedangkan disana ada kolej, kilang, perumahan.. takkan tak ada peruntukan sedangkan Putrajaya sendiri sudah ada masjid yang besar. Terengganu kini boleh berbangga dengan masjid kristal yang menelan jutaan ringgit wang rakyat, kini Malaysia mencipta satu lagi rekod pembaziran dengan membina masjid besi pula !! ada mana-mana mufti terompah kayu nak komen.. ~!!
0 comments:
Post a Comment