Anggota Umno Digesa Guna Semua Media Untuk Raih Semula Sokongan Melayu
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Anggota-anggota Umno digesa agar menggunakan semua bentuk media sebagai alat untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.
Ketua Penerangan Umno Malaysia Ahmad Maslan berkata anggota Umno perlu menggunakan kelebihan-kelebihan pada media cetak dan elektronik dalam mendekati rakyat untuk seterusnya mencapai objektif mengukuhkan semula parti itu.
"Ini adalah strategi permulaan. Kita kena bermula pada tapak tertentu. Jika tidak berjaya, kita akan 'revise' semula strategi kita," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan taklimat kepada lebih 30 orang ahli Jawatankuasa Penerangan Umno Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Tuan Rumah; Hahaha best ni! Nak tahu juga berapa banyak peruntukkan yang disalurkan untuk membayar bakal-bakal blogger BPN! Nanti depa ni semua tertakluk tak dalam Akta Hasutan dan Akta Multimedia, bapak Rais dah klarifikasikan dah ke makna hasutan dalam media! banyak kerja nak buat ni , hahahahaha
Dalam pada itu, ramai pemuda pemudi blogger bercambah di maya media alternatif ni yang tidak menerima upah tapi berjuang mendirikan prinsip sendiri. Perjuangan ini akan mengambil risiko yang bahaya namun prinsip mengatasi segala-galanya. RPK salah satu blogger yang tidak mengadaikan prinsipnya walaupun terpaksa berkorban keluarga.
Usah takut memperjuangankan prinsip walaupun ianya memakan diri, atas prinsiplah kehidupan akan menjadi manis, pengalaman akan bertambah, jatidiri semakin meningkat, ketakutan akan lenyap sebaliknya keberanian akan berkobar dan kemenangan akan tiba jua.
Moga keadilan akan menjelma kelak....
0 comments:
Post a Comment