Jika ditanya kepada warga Perak, apa kemahuan yang boleh diterjemahkan kepada keputusan mahkamah yang memihak kepada Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang SAH ialah :
1) Rakyat Perak mahukan DUN di bubarkan, biarkan pemerintahan dan kerajaan yang jelas dan Adil dipilih semula oleh rakyat melalui pilihanraya. Kembalikan mandat pemerintahan Perak kepada undi rakyat. BUBARKAN DUN ! Warga Perak mahukan itu yang wajar diberitahu oleh Nizar ketika mengadap Sultan dan mohon perkenan dari DYMM Sultan Perak.
2) Meminta dengan penuh takzim agar Dato' Seri Nizar dapat mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sekiranya mendapat restu dan perkenan Sultan Perak DUN bubar, bagi meminta perkenan agar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil alih dan mengawal Pilihanraya di negeri Perak sepenuhnya. Untuk kali ini, rakyat Perak mohon penglibatan Polis ketika pilihanraya direhatkan. Mereka dah letih ! Point lain korang boleh pikir sendiri mengapa ?? Wak malas nak sebut kat sini, tengok ajer Tragedi 7 Mei pun boleh tahu !
3) Meminta Pemantau Antara Bangsa hadir ketika pilihanraya DUN Negeri di negeri Perak.
Cukup 3 dulu, yang lain akan menyusul daripada warga rakyat Perak yang lain pula..jelaskan disini, lontarkan lagi apa yang hangpa, warga rakyat mahukan jika DUN di perkenan Sultan untuk dibubarkan. [Al-Banjari]
"Walaupun menjadi hak kepada mana-mana individu untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tetapi membiarkan kes ini berlarutan akan melahirkan persepsi BN gila kuasa. Oleh itu, saya menyeru Nizar dan Dr Zambry menasihatkan Sultan agar memanggil satu pilihan raya baru."
- Oh Tong Keong, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan.
"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum."
- Tengku Razaleigh Hamzah, anggota Parlimen Gua Musang.
"Kami diperingkat mahasiswa Perak memohon agar Sultan Perak sedia menerima Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin menghadap dan memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ini kerana keputusan Mahkamah Tinggi telah membuktikan bahawa selama ini Dato' Zambry Abdul Kadir memerintah negeri Perak secara tidak sah."
- Presiden Mahasiswa Perak Saudara Mohd Hafez bin Sabri
0 comments:
Post a Comment