Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi akan bertempur dalam Program Hujah TV 9 pada 26 Mei 2009 (Selasa) jam 9.30 malam.
Saksikan Program popular tersebut yang hoskan oleh Profesor Madya Agus Yusof dengan tajuk “Rasuah Politik” dan akan disiarkan secara langsung oleh TV9.
Sementara itu, esok 25 Mei 2009, Dato Husam akan menyatakan pendiriannya samada akan bertanding bagi mengisi jawatan dalam Pemilihan Kepimpinan PAS yang diadakan pada Jun nanti. Sidang media beliau akan diadakan pada jam 11.00 pagi di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
Begitu juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar akan turut mengadakan sidang media pada jam 11.30 pagi (25 Mei 2009) bagi menyatakan pendirian menerima penawaran jawatan dalam pemilihan kepimpinan PAS pada Muktamar Tahunan yang dijadualkan pada Jun nanti di Shah Alam.
0 comments:
Post a Comment