5.19.2009

Wujudkan KPP dalam sistem hirarki PAS

. 5.19.2009


Kesedaran terhadap Islam akan bercambah jika Kelab Penyokong PAS dijadikan ahli bersekutu dalam sistem hirarki PAS. PAS tidak harus prejudis akan kisah lampau yang mana DAP pernah menarik diri selepas menyertai pakatan PAS. Ini kerana dahulu, mereka termakan hasutan puak-puak sekular yang pentingkan duniawi sahaja namun kini setelah bertahun segalanya berubah.

Maka, PAS juga harus berubah dengan menjadikan Kelab Penyokong PAS suatu sejarah baru. Keadilan dan kebenaran yang di bawa PAS selama ini kian terserlah, rakyat marhaen bukan Islam kini tidak segan silu bersama-sama mendokong PAS, dahulu memang elergi tentang PAS namun kini... alhamdullilah.

Secara fizikal, lahiriah ramai yang telah menyokong PAS, dimana-mana , rakyat bukan Islam ada yang memakai baju lambang PAS, payung PAS, mendengar ceramah PAS, bercampur gaul dengan ahli serta pimpinan PAS, tidak ada rasa gusar dan takut terhadap PAS.

Apakah faktor-faktor pengalaman lampau mengakibatkan PAS tidak mahu mengulanginya lagi ?. Apakah PAS tidak mahu terjerumus dalam lubang najis lagi ?. Memalukankah ? sedangkan pelbagai pihak membuat rayuan demi rayuan agar Kelab Penyong PAS ini diterima sepenuhnya. Tunggu apa lagi, UBN semakin berkubur, PAS harus ambil peluang ini untuk menunjukkan kepada Najib dan UBN bahawa PAS telah lama mengamalkan 1 Malaysia !!!



Tuan Rumah; Penyokong PAS dari kalangan kaum India menyambut baik gesaan supaya penyertaan golongan bukan Islam sebagai ahli bersekutu dalam parti politik itu disegerakan.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) kaum India, N Balasubramaniam mendakwa bahawa keahlian kelab tersebut kini melebihi 40,000 orang.

"Keahlian dalam kelab ini begitu besar sekarang. Di Perak 19,000 masyarakat India mengganggotai KPP; 4,800 orang di Pahang, 15,000 di Kedah dan 5,000 di Selangor," katanya kepada Malaysiakini semalam.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com