5.19.2009

Selangor menuju kearah kebebasan maklumat

. 5.19.2009


Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor hari ini melancarkan satu media baru yang bakal dijadikan wadah kerajaan negeru untuk menyalurkan maklumat tepat dan betuk kepada rakyat. Pelancaran TV Selangor itu telah dibuat oleh YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (foto) sempena Hari Kebebasan Akhbar 2009 Peringkat Negeri Selangor di Dewan Sivik MBPJ dekat sini pagi tadi.

Menurut Tan Sri Khalid TV Selangor juga bakal menjadi landasan bagi menyebar luarkan penerangan dan pemahaman rakyat mengenai semua dasar dan program kerajaan negeri. "Kebebasan media penyiaran juga agak terbatas sehingga mendorong kita untuk melancarkan TV Selangor iaitu cabang baru media dalam strategi komunikasi kita."TV Selangor menjadi wadah penyiaran mesyuarat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan siaran langsung pendengaran awam (Selcat) dan saya difahamkan merupakan saluran paling popular pada minggu berkenaan," kata Khalid lagi.

Serentak dengan pelancaran TV Selangor itu juga, Khalid telah melancarkan portal Selangor Kini yang merupakan terbitan kerajaan negeri bagi menyalurlan sumber maklumat yang tepat dan betul kepada rakyat.



Tuan Rumah; Kepada semua pihak yang ingin menerokai laman web Selangorkini Online sila klik [sini]


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com