5.26.2009

Berambus dari Malaysia jika tak puas hati !!

. 5.26.2009



Amacam!! Malaysia ni patut jadi negara komunis, semua penghuni @ penduduk @ perempat @ pengacau patut salut @ tabik @ sujud @ jilat pungkok pemerintah kerana tidak dibenarkan untuk menuntut hak kesamarataan dan kedilan. Kalau ini yang disarankan oleh PROWARIS, adalah baik kita hidup berlandaskan hukum rimba, lagi senang, sapa kuat dia hidup, sapa kalah pirahhh mampus. Amacam !!!

Tak payah pening kepala nak capai gagasan 1Malaysia, hapuskan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain kategori, hapuskan semua negeri yang ada, hapuskan kesultanan, pastinya akan wujud 1Malaysia.. ok kan !!!!

May 26 — Rakyat negara ini yang kecewa kerana permintaan melampau mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan diminta berpindah ke negara lain yang mungkin dapat melayani permintaan tersebut.

Sehubungan itu juga, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr Ahmad Zaki Ismail menggesa kerajaan membatalkan status warganegara mereka yang tergamak membuat tuntutan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Langkah tersebut katanya, mampu membantu negara untuk mencapai gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



“Justeru para pemimpin kerajaan diminta tidak mengalah terhadap tuntutan melampau pihak-pihak tertentu bagi memenuhi kepentingan mereka,” katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik mereka yang terbabit berpindah ke Negara lain yang dirasakan selesa untuk tinggal daripada menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.

Beliau mengulas teguran perdana menteri terhadap sikap beberapa pihak di dalam dan luar kerajaan yang cuba mengambil kesempatan daripada gagasan 1Malaysia dengan membuat tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.

Perdana Menteri semalam berkata, 1Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.

Ahmad Zaki berkata, sekiranya kumpulan yang mengemukakan tuntutan itu terdiri daripada golongan rakyat yang prihatin, sudah pasti mereka tahu untuk menilai sesuatu permintaan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, permintaan pihak tertentu seperti pertubuhan haram Hindraf memperlihatkan mereka seolah-olah bukan warganegara Malaysia kerana bertindak tanpa berasaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menegaskan, rakyat tidak boleh mengambil kesempatan ke atas konsep Satu Malaysia dengan sewenang-wenangnya berhasrat untuk mengubah identity negara.

“Mereka ini tergolong di dalam pihak-pihak bersuara lantang yang cuba menukar dasar yang diamalkan oleh negara sejak sekian lama sehingga boleh mengakibatkan keharmonian negara terjejas.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com