5.28.2009

Imbas kembali; barua UBN ni makan duit rakyat

. 5.28.2009


PKFZ: Menteri jangan Berdolak-dalik
Tuesday, 23 December 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, Selangor & Putrajaya BuletinOnline

Ong Tee Keat harus bertanggungjawab

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) KeADILan Amirudin Shari berkata Kementerian Pengangkutan masih perlu bertanggungjawab berkenaan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang walau Kerajaan Pusat bertukar sekalipun.

Jelas beliau, Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat perlu menjelaskan kepada rakyat berkenaan kecurigaan-kecurigaan yang berbangkit dari projek RM4.6 bilion ini dan bukan menolak beban tanggungjawab kepada menteri-menteri terdahulu.

“Menteri Ong Tee Keat berkata tidak mahu menuding jari kepada sesiapa dalam hal ini, dan hanya menteri terdahulu yang boleh menjawab kepincangan yang berlaku. Namun oleh kerana beliau kini menjawat Menteri Pengangkutan maka dia harus melaksanakan tanggungjawab portfolio itu walaupun skandal ini berlaku dalam pentadbiran yang lalu,”

Amirudin berkata demikian menjawab kenyataan Ong Tee Keat di media perdana 22 Disember lalu. Ong yang sebelum ini berjanji untuk mendedahkan butiran kepincangan dan salahlaku dalam projek PKFZ bagaimanapun tidak berbuat demikian di sidang akhbar hari itu.

Sebaliknya, Ong Tee Keat memuji PKFZ sebagai pelaburan yang berjaya dan tidak menjelaskan pelbagai skandal dalam projek itu. Menurut Ong, hanya Dr Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy yang boleh menjelaskan skandal itu.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan ekoran salahurus dalam pembinaan projek. Dari kos anggaran awal sekitar RM400 juta sahaja, pembinaan PKFZ akhirnya menelan belanja RM4.63 bilion.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) pada RM25 kaki persegi walaupun harga sebenar adalah RM10 kaki persegi.

Kuala Dimensi Sdn Bhd adalah syarikat milik Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing. Syarikat itu membeli 404 hektar tanah milik Koperasi Pembangunan Pulau Lumut pada harga RM1.9 hingga RM2.9 kaki persegi dengan persetujuan pengerusi koperasi, iaitu Adun Sementa Abdul Rahman Palil.

Kuala Dimensi berjaya memujuk LPK (dimana Abdul Rahman Palil merupakan salah-seorang ahli lembaga PKA) untuk membeli tanah-tanah yang baru dimilikinya itu pada harga yang terlampau tinggi yang juga termasuk kos faedah.

Selepas membeli tanah itu, LPK melantik pula Kuala Dimensi sebagai kontraktor untuk membangunkan PKFZ.

“Mengapa LPK perlu membeli tanah dari Kuala Dimensi sedangkan ia boleh sahaja memohon tanah secara terus dari kerajaan negeri Selangor pada masa itu? Walau LPK perlu membeli tanah-tanah itu sekalipun mengapa ia dibeli pada harga yang mahal, dan mengapa pula koperasi nelayan Melayu dipujuk menjualnya pada harga yang terlalu rendah dari harga sebenar?” kata Amirudin lagi.

Urusniaga ini secara langsung menunjukkan Kuala Dimensi yang dimiliki oleh Tiong King Sing membuat wang berlipat ganda dari penjualan tanah kepada LPK, dan sekali lagi meraih kontrak selaku kontraktor PKFZ. Manakala LPK terpaksa menanggung beban yang akhirnya terpaksa diselamatkan oleh pinjaman dari Kerajaan Pusat.

Selain dari Rahman Palil yang merupakan ahli lembaga LPK, pengerusinya iaitu Chor Chee Heung juga merupakan Timbalan Pengerusi Wijaya Baru Global Sdn Bhd (WBG) – syarikat induk kepada Kuala Dimensi.

“Menteri Ong Tee Keat harus menyediakan semua fail berkenaan projek ini untuk disertakan bersama-sama laporan siasatan audit PricewaterhouseCoopers untuk dibentangkan kepada orang awam. Berbilion wang telah habis, tanah nelayan telah terjual, pelaburan dan pinjaman telah diberi, jadi beliau perlu selesaikan masalah ini,”

Jelas Amirudin, samada PKFZ telah mendapat pulangan RM1.578 melebihi kos projek RM4.6 bilion tidak berbangkit. Isunya adalah kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan LPK dan projek ini akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit.

“Jadi beliau selaku Menteri harus memperjelaskan persoalan-persoalan yang disebutkan tadi iaitu isu penjualan tanah pada harga yang amat tidak berpatutan, pembabitan individu-individu berkaitan politik dalam hal ini dan butiran kos projek ini. Sekiranya tidak, saya anggap ini hanyalah nak tutup masalah-masalah yang lalu.

Antara perkara mencurigakan yang lain adalah pembabitan pimpinan kanan Umno Bahagian Kapar dalam projek ini.

Firma guaman, Rashid Asari & Co, yang mendraf perjanjian pembangunan tanah Mac 2004 antara LPK dan Kuala Dimensi. LPK melantik Rashid Asari & Co yang juga dalam masa yang sama penasihat undang-undang untuk Kuala Dimensi.

Abdul Rashid Asari adalah Naib Ketua Umno Kapar. Selain itu Pengerusi Tetap Umno Kapar Onn Ismail adalah bekas pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut. Menantu Onn Ismail, iaitu Faizal Abdullah yang juga Ketua Pemuda Umno Kapar adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di Wijaya Baru Global (WBG) – syarikat induk kepada Kuala Dimensi.

Kuala Dimensi dipengerusikan oleh Bendahari Umno Azim Zabidi.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

1 comments:

Anonymous said...

Ni la yang u senarai salah beberapa penyamun tarbus bn.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com