5.16.2009

Saman jangan tak saman, mulut celupar sangat la turrrrr

. 5.16.2009


Anifah ada 24 jam untuk minta maaf atau beliau akan disaman : Sangkara Nair
Saturday, 16 May 2009 Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 16 Mei (SK) : Menteri Luar Anifah Aman akan menghadapi tindakan saman oleh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim jika beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas kelancangan beliau menuduh Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia.

Belikutan kenyataan Hanifah dalam akhbar The Star hari ini yang dipetik sebagai berkata, “Dia (Anwar) cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri.”

Tajuk berita The star hari ini berbunyi :Anwar offered me the DPM’s post, says Anifah

Tajuk berita Mstar Online berbunyi “Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan.

Anifah berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan kepada beliau dalam satu sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington, Amerika Syarikat semalam.


Peguam Sangkara Nair dan rakan-rakan yang bertindak bagi pihak Anwar akan mengfailkan saman terhadap keyataan Anifah jika beliau tidak memohon maaf dalam masa 24 jam dari sekarang.

“Klien kami, Anwar menafikan bahawa beliau pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Anifah dan menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan sedemikian oleh Anifah,” jelas Sangkara kepada Suara Keadilan.

“Pertuduhan demikian langsung tidak berasas, berbaur fitnah dan mahu menjatuhkan imej Anwar di mata dunia,” kata Sangkar lagi.

Menteri Luar itu juga berkata bahawa Anwar tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia.

“Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

“Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apa-apa,” katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar itu.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com