5.13.2009

1malaysia; insan produk pelancongan Malaysia

. 5.13.2009


Jean Todt Duta Tourism Malaysia
13 Mei, 2009 00:17 AM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bekas pengurus Formula 1 Ferrari, Datuk Seri Jean Todt dipilih sebagai duta Tourism Malaysia selama setahun, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata surat pelantikan itu akan diserahkan kepada Todt di Paris.



Dr Ng memberitahu wartawan perkara ini selepas majlis "An Evening With Honourable Minister of Tourism" di sini, Selasa malam.

Ditanya kenapa Todt dipilih menjadi duta, Dr Ng berkata: "Kerana Jean Todt seorang yang amat dikenali. Beliau meyakini Malaysia. Todt mempunyai rangkaian luas dan dikenali pada peringkat antarabangsa."


Dr Ng berkata Todt, yang juga tunang kepada pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh turut menyertai program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan telah menerima surat kebenaran menyertai program itu bulan lepas.

Mengenai lawatannya ke Eropah, Dr Ng berkata selain ke Paris, delegasinya akan turut berkunjung ke Amsterdam dan London untuk mempromosikan MM2H.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com