5.12.2009

. 5.12.2009


Sidang media telah diadakan pada jam 12.20 pagi-pagi buta! Penuh sesak oleh pemberita, jurugambar dan bloggers diruang makan kediaman MB Perak.

Dalam sidang media tersebut, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Jamaluddin Al-Amini Ahmad akan bertindak sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri manakala jawatan bagi LA (Pegawai Undang-Undang Negeri) akan dikosongkan buat masa ini. Kesemua ADUN akan menggunakan panel peguam masing-masing.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim berkuat kuasa serta merta. Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

"Dua orang itu akan digantung daripada menjalankan tugas dan tidak akan dibenarkan datang ke pejabat sehingga diberitahu kelak.Kami akan serahkan surat kepada mereka esok (pagi ini)," demikian kata MB Nizar merujuk kepada Setiausaha Kerajaan dan Peguam Negeri.

Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Jawatan JKKK atas dasar pilihanraya rakyat dikekalkan



Nizar turut memberikan jaminan bahawa semua JKKK yang dilucutkan oleh kerajaan Zambry terdahulu, disambung semula tugas mereka sebagaimana watikah yang telah diberikan dulu.

"Watikah itu tetap sah; Ketua Kampong dan JKKK boleh teruskan tugas mereka membantu rakyat," terang Nizar.

"Ahli Majlis juga akan diteruskan dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan sedikit masa lagi,"katanya lagi.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com