5.04.2009

Apa beza tari Najib dan joget Anwar

. 5.04.2009


Masih ingatkah waktu Pilihanraya ke-12 lalu, puak-puak UBN beserta jentera-jentera haram mereka termasuk radio dan TV, joget Anwar disensasikan hingga gambar sekeping pun boleh dibuat videoklip, diulang-ulang tayang hingga menjadi satu video, la ni apa yang UBN buat terpalit pada PM depa sendiri... Najib cuba tarian orang Kadazan, kununnya 1Malaysia, Malaysia boleh !!!!

"Apa yang penting adalah bagi menerima idea 'satu bangsa'. Kita mungkin dipisahkan dalam konteks etnik, etnik kecil dan kebudayaan dan beberapa aspek lain tetapi kita boleh bersama sebagai satu bangsa. Dan ini adalah inti sari 1Malaysia," Najib berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Kaamatan Ke-14 peringkat Lembah Klang anjuran Persatuan Kebudayaan KadazanDusun Lembah Klang, di PWTC pada 02/05/2009.

Fuhhhh!! hebatnya ayat.. ayat lagu ni Sdr Anwar dah lama dah praktiskan, Najib je yang ketinggalan dan baru sekarang nak buat kerna kekangan politik yang semakin menjunam dipihak UBN.

Ini buah penangan untuk Sdr Anwar semasa PRK kat Penanti, ramai-ramai kita pakat buat videoklip Najib menari dengan gadis Kadazan, biaq depa pula rasa. 1malaysia tak pandang Islam diatas, PM pun boleh menari kalau nak !! takde halangan punya. Islam semakin terpinggir, ulama diketepikan, mufti disuap dan dibisukan, artis dipuja, pasaran diliberisasikan, 1malaysia.. satu projek berasaskan sekular !!! Satu lagi projek oleh Kerajaan Barisan Nasional



Kepada orang-orang Sabah dan Sarawak, apa lagi!!! Najib dah perkenalkan 1Malaysia, gunalah kesempatan ini mintalah status bumiputera dihapuskan.. memang mendukacitakan bila isi pelbagai borang, ada tulis kamu kaum apakan? Tak de bangsa atau kaum pun di borang itu, yang ada cuma Melayu, India dan Cina serta lain-lain bangsa. Korang ni bangsa apa !! Sedihkan dianaktirikan, perjuangkanlah nasib korang tu.....



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com