Salam sejahtera sahabat semua samada yang muslim dan yang non-muslim, sahabat yang inginkan kedamaian dan bencikan peperangan, pembunuhan. Tahun 2008 membawa banyak kenangan manis buat ana walaupun ada yang pahit namun ianya banyak memberi pengajaran bagi ana menghadapi hari-hari mendatang tahun 2009.
Antara kejayaan ana tahun 2008 ialah lulus dalam peperiksaan profesional (Test of Professional Competent) sebagai ahli penilai berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Hartanah. Lepas ni gaji naik he he he, cuma check report dan tandatangan report...lega sikit tak tension keja bawah orang lagi..alhamdullilah.
Kedua, setelah 8 tahun kahwin dan bercouple at last dapat berita sangat gembira, wife ana pregnant dah nak masuk 3 bulan...kena jaga la almaklumlah first baby after a long journey (8 years beb !!!). Alhamdullilah.....
Ketiga, abah dan mak dapat menunaikan haji akhir 2007 hingga awal 2008. Kepergian abah dan mak ke Makkah mengeratkan lagi hubungan kami adik beradik yang sememangnya tinggal berjauhan. Moga abah dan mak dapat haji yang mabrur...alhamdullilah.
Keempat, insyallah, dengan keizinan Allah SWT, pada 19hb Januari 2009 ini ana dan wife akan berangkat ke bumi Makkah al-Mukarammah, pertama kali buat ana dan wife setelah tertangguh beberapa tahun atas masalah-masalah tertentu.
Sebahagian catatan ini merupakan memori manis yang tidak dapat ana lupakan sepanjang tahun 2008..dan hari-hari mendatang ini sudah tentunya semakin mencabar buat ana dan kita semua.
Moga sinar kebahagiaan akan menanti disepanjang tahun 2009 ini..ahlan wah sahlan!!
12.31.2008
[+/-] |
Ana kembali..selamat tinggal 2008..selamat tiba 2009 |
11.21.2008
[+/-] |
Malam Jumaat, jangan lupa..ceramah DSAI ye !! |
Sempena lawatan Ketua Pembangkang-DSAI di Sabah pada 21 dan 22 November ini siri program PAKATAN RAKYAT telah diatur seperti berikut:
1. Ceramah Umum DSAI
- Tarikh : 21 November 2008 (Jumaat)
- Masa : 06.30 ptg
- Tempat : Kg Ramaya, Penampang
2. Ceramah Perdana Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP)
- Tarikh : 21 November 2008 (Jumaat)
- Masa : 08.00 mlm
- Tempat : DEWAN SM KIAN KOK LIKAS
tertakluk kpd perubahan
SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DAN MASYARAKAT SABAH DIJEMPUT HADIR
11.19.2008
[+/-] |
Dr Sheikh Yusuf Estes, sedikit info tentang ceramahnya |
"...masih menanti kehadiran Dr. Sheikh Yusuf Estes..."
Alhamdullilah, berakhir sudah ceramah hebat seorang pejuang Islam dari United State malam tadi. Gaya seorang penceramah yang menghiburkan, tidak mengantuk dan sangat mudah untuk memahami apa yang disampaikannya. Diselitkan dengan lawak jenakanya dan menyampaikan ceramah bertajuk "Perspektif Islam dalam Sains dan Realiti Sebenarnya" menarik lebih dari 500 orang menghadirinya termasuk dari hadirin luar negeri serta dari anutan agama lainnya.
Kupasan mengenai sains iaitu kejadian alam dan manusia serta huraian Allah yang Maha Pencipta dan Berkuasa atas sesuatu telah dihuraikan oleh Dr Yusuf selama lebih kurang 1 jam 40 minit itu.
Dr. Yusuf juga meninggalkan laman-laman web tentang Islam yang beliau dan organisasinya jalankan kepada hadirin untuk ditelaah dan mendapat panduan darinya. Antaranya;
1.0 Shareislam.com
2.0 Allahsquran.com
3.0 Godallah.com
4.0 Scienceislam.com
5.0 Watchislam.com
6.0 Turntoislam.com
7.0 Yusufestes.com
8.0 Islamtomorrow.com
Pertanyaan adik kecil berusia 10 tahun bernama Anis amat menyentuh perasaan hadirin termasuk Dr. Yusuf sendiri iaitu "Bagaimanakah saya ingin menyebarkan agama Islam ini kepada rakan-rakan saya ?"
Dr Yusuf dalam jawapannya menyatakan bahawa cara kita umat Islam hanya satu iaitu menunjukkan akhlak dan pekerti kita sebagai orang Islam dari segala aspek keperibadian, budibahasa, tingkahlaku, percakapan dan sebagainya. Itulah cara kita menarik non-muslim menganut Islam. Ikut sunnah Rasullulah dengan sikap penyabar, sopan santun, tolong menolong hingga ramai bukan Islam waktu itu tertarik kepada ajaran Islam ini.
Moga ilmu yang disampaikan mendapat manfaat kepada hadirin yang datang bukan sahaja sekitar Kota Kinabalu tetapi juga seluruh tempat yang menjadi persinggahannya diMalaysia ini. Insyaallah.
[+/-] |
Hina Islam ! Siapa hina siapa |
Ni la puncanya banyak sebab PAS tak bersekongkol dengan UMNO pasai ISA. Nanti kat padang masyhar, menjawab la orang UMNo, ambe tak setuju. Nantikan...23hb November ini..
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat. "Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya. "Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini. Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu. "Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid.
Ulasan ; Macam tak caya je Zahid cakap lagu ni, ni cakap ikut mata nafsu bukan mata hati, orang tu nak solat Jumaat ke atau tidak terpulanglah, jika kita nampak baik ditegur kerna yang nak bagi hukuman ialah Allah bukan Zahid. Asal menteri hal-ehwal agama nak bagi hukum, cakap ikut nafsu, iblis tu dulu, kini dan selamanya tetap menyesatkan orang, asal hukum mesti menteri ni yang sembuq..
[+/-] |
Jalur Gemilang Islam HariHari |
Cekap betui la SiTopeng Perak ni, boleh jadi CSI Malaysia nih !!! Rasanya buleh ganti tempat Musa Hassan jadi Ketua Polis coz benda yang kecik pun dia leh nampak !!Hebat..hebat
Perhatikan gambar pertama... apa yang tak kena?
Tak dapat kesan?
Perhatikan pulak gambar dekat atas ni yang dah di zoom sebanyak 400x...
Tak dapat jugak??? selor betul la hangpa ni...
Aku zoom lagi 400x...
Dapat?
Cuba hangpa kira balik berapa bucu bintang dekat Jalur Gemilang di belakang Pak Lah tu...
Aku kira dapat 21 bucu...!!!
Malaysia ada berapa negeri? dalam 3 orang pemimpin Malaysia yang ada dekat situ, tak sorang pun tak perasan? PRIHATINNYA hangpa...!!!
Bodoh-bodoh je kerajaan Uzbek "bodoh"kan 3 orang "bodoh" dari Malaysia...
Tak kan dalam 3 orang tu, sorang pun tak leh nak bukak mulut tegur kesilapan tu? tak kan la sebab Malaysia dapat kontrak dengan Uzbek, benda macam tu pun kita dah tak leh nak tegur?
Sah...!!! belum apa-apa dah kena BANGANG dekat negara luar... macam ni ke orang yang hangpa dok harap untuk jadi "pembela negara"???
11.18.2008
[+/-] |
Ranjau di sebalik lahirkan bukan Melayu jadi PM |
17th November, 2008 | New Sabah Times |
amin.mu-in@newsabahtimes.com.my
DUA isu yang menarik perhatian saya kali ini ialah tentang kenyataan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa sesiapa pun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan ia seorang ‘Bangsa Malaysia’ yang menjadi pemimpin parti politik yang mendapat sokongan majoriti.
Dan isu kedua ialah hikmah di sebalik ibadat haji yang sedang ditunaikan oleh umat Islam di tanah suci Mekkah yang sepatutnya dijadikan pengajaran atau iktibar oleh umat Islam tentang ‘perpaduan sebenar’ menurut ajaran Islam yang sepatutnya menjadi amalan dan pegangan umat Islam di seluruh dunia.
Meskipun kedua-dua isu ini seperti tidak mempunyai hubung kait kerana dua perkara yang berbeza iaitu satu soal politik dan satu pula tentang agama tetapi politik juga tidak dapat dipisahkan dengan agama.
Kita lihat saja prinsip perjuangan dua parti yang berteraskan sokongan orang Melayu dan Islam di negara ini seperti Umno dan Pas yang menjadikan matlamat perjuangan utama mereka. Umno umpamanya asas perjuangan mereka untuk membela bangsa, agama dan negara manakala PAS pula berhasrat untuk menubuhkan kerajaan Islam.
Berbalik kepada kenyataan Datuk Dr Mahathir pemimpin yang menerajui negara selama 22 tahun dalam semua akhbar tempatan dan kebangsaan pada Khamis lalu bahawa sesiapa saja baik Me-layu dan bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia ‘Berbangsa Ma-laysia’.
Menurut beliau, undang-undang negara juga menyatakan bahawa mereka yang hendak menjadi perdana menteri itu hendaklah pemimpin yang mendapat sokongan majoriti.
Dr Mahatir meluahkan pandangan ini sebagai mengulas sama ada Malaysia sudah bersedia mempunyai Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu ekoran pemilihan Barack Obama sebagai pemimpin kulit hitam pertama Presiden Amerika Syarikat.
Untuk memberikan pendapat bahawa bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia memang boleh tetapi untuk melaksanakannya tidaklah semudah seperti yang dijangkakan kerana senario atau sistem politik Malaysia yang jauh berbeza dengan Amerika.
Pelantikan Perdana Menteri juga bukan sekadar pemimpin yang mendapat sokongan majoriti saja tetapi ianya juga berpandukan kepada perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada di negara ini.
Memang benar bahawa bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia berdasarkan undang-undang tetapi pelantikan Perdana Menteri adalah terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong yang menjadi ketua di negara beraja ini.
Menurut perlembagaan, Yang Dipertuan Agong mempunyai budi bicaranya sendiri untuk melantik pemimpin yang difikirkannya layak menjadi Per-dana Menteri dan mendapat sokongan majoriti.
Di Amerika pemilihan presiden dilakukan oleh keseluruhan rakyatnya yang layak mengundi sedangkan di Malaysia Perdana Menteri bukan dipilih oleh keseluruhan pengundi. Ini dua sistem yang berbeza dari segi pemilihan ketua kerajaan yang akan mengetuai sesebuah kerajaan.
Memang benar undang-undang atau pun perlembagaan negara tidak menjadi penghalang untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri tetapi adalah lagi perkara-perkara lain yang perlu diha-rungi terlebih dahulu sebelum ianya menjadi satu kenyataan.
Bila kita bercakap bukan Melayu menjadi perdana menteri bererti seorang Perdana Menteri itu datangnya dari kaum lain yang sudah tentu agamanya bukan Islam kecuali ianya memeluk agama Islam.
Jika Perdana Menteri Malaysia itu bukan pemimpin Melayu dan tidak pula beragama Islam bagaimana kedudukan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Apakah seorang ketua kerajaan bukan beragama Islam boleh menduduki kerusi dalam pertubuhan ini? Sedangkan untuk menjadi anggota OIC ketua kerajaan sesebuah negara itu hendaklah beragama Islam. Malaysia yang pernah menjadi pengerusi pertubuhan ini sudah pasti tidak mahu menjadi anggota pemerhati saja seperti Singapura dan Filipina kerana ketua kerajaan mereka bukan dari kalangan pemimpin beragama Islam.
Dalam hubungan ini sudah tentu Yang Dipertuan Agong juga akan mengambil kira agama seorang pemimpin bukan Melayu itu sebelum melantik menjadi Perdana Menteri.
Bagi saya belum masanya bukan Melayu untuk menjadi ketua kerajaan di negara yang didiami oleh pelbagai kaum dan agama ini.
Kalau kita hendak membandingkan ciri-ciri ke-pimpinan yang dimiliki oleh Barack Obama dengan pemimpin bukan Melayu yang ada di negara ini, bukan mahu memperkecil-kecilkan pemimpin bukan Melayu tetapi masih belum ada lagi pemimpin seumpama ini yang sudah dilahirkan di negara ini.
Barack Obama, yang mendapat sokongan bukan saja di kalangan kulit hitam tetapi juga kulit putih begitu fasih berpidato menggunakan Bahasa Inggeris bahasa rasmi negara itu sedangkan di negara kita masih belum ada lagi pemimpin bukan Melayu yang benar-benar fasih menggunakan Bahasa Malaysia dengan cara dan gaya percakapannya sebagai seorang Melayu tulen yang tidak mempunyai ‘pelat-pelat percakapan’ bahasa ibunda mereka seperti dari kaum Cina, India atau kaum-kaum lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian peribadi saya.
Memang tidak dinafikan ada yang mampu berbuat demikian tetapi malangnya mereka ini bukanlah terdiri dari kalangan pemimpin-pe-mimpin negara seperti yang dibuktikan oleh pengacara-pengacara atau pembaca-pembaca berita di radio atau televisyen tempatan dan juga kalangan pendakwah yang terdiri dari kaum Cina dan India.
Selain dengan pembaca berita di televisyen dan radio yang sering kita saksikan di kaca-kaca TV saya juga amat kagum dengan kefasihan dua orang pendakwah berbangsa Cina dan India yang me-meluk agama Islam bercakap dalam bahasa Melayu malah hebat dalam bidang agama seperti Ustaz Re-duan Tee Abdullah dan Ustaz Farid Ravi Abdullah yang sering muncul dalam siaran Forum Perdana setiap malam Jumaat.
Sesuatu yang amat menakjubkan terhadap Ustaz Reduan Tee dan Farid yang sering menjadi pengerusi dan tetamu dalam Forum Perdana ini, mereka juga mempunyai pengetahuan agama Islam yang mendalam dari kalangan umat Islam sendiri.
Begitu juga Ustaz Farid Ravi selain sering menjadi tetamu bual bicara dalam Forum Perdana juga sering terbabit mengendalikan program se-cara langsung Interaktif al-Quran di mana melalui program ini beliau bukan saja menjadi hakim pertandingan masyarakat Islam yang membuat panggilan secara langsung melalui telefon untuk membaca ayat-ayat al-Quran yang dipilih terutama se-kali surah-surah lazim tetapi memperbetulkan dari segi tajwid, tarranum dan juga pelbagai kesalahan bacaan yang dilakukan oleh pemanggil.
Bayangkan bagaimana hebatnya seorang pendakwah yang ibu bapa dan sebahagian dari adik beradiknya yang lain bukan beragama Islam berjaya memberikan bimbingan kepada kalangan masyarakat Islam itu sendiri dalam bidang agama dan pengajaran kitab suci al-Quran.
Inilah kelebihan yang dikurniakan oleh Allah yang maha berkuasa kepada setiap insan yang dikehendakinya.
Kalaulah ada parti-parti politik yang majoriti ahlinya bukan Melayu dapat melahirkan insan-insan seperti ini, saya fikir untuk mendapat sokongan majoriti dari kalangan orang Melayu tidaklah sukar.
Keadilan adalah juga faktor yang tidak kurang paling penting untuk menjadi Perdana Menteri di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ini.
Perkara ini perlu dibuktikan terlebih dahulu bukan saja dari percakapan tetapi melalui tindakan-tindakan seseorang pemimpin itu supaya ianya mampu meyakinkan segenap lapisan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang paling terbaik un-tuk memimpin negara ini.
Bagi saya kalau bukan Melayu benar-benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia langkah pertama yang perlu diambil ialah menghapuskan parti-parti berasaskan kaum terlebih dahulu dan hanya mewujudkan sistem dua parti saja seperti yang diaamalkan di Amerika Syarikat dan Britain.
Bagaimanapun seperti yang saya perkatakan dalam tulisan saya sebelum ini, apakah pemimpin-pemimpin parti berasaskan kaum ini sanggup meninggalkan asas perjuangan kaum yang mereka jadikan agenda sebelum ini.
Dan yang paling penting sekali berlaku adil terhadap semua kaum di negara ini. Bagi saya masih belum ada pemimpin bukan Melayu yang mampu memberikan contoh terbaik dalam kepimpinan mereka terhadap kaum-kaum lain.
Kita ambil contoh saja kepimpinan seorang bukan Melayu di sebuah negeri di Semenanjung Malaysia yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, menurut laporan dari sepuluh portfolio yang ada, hanya dua diberikan kepada kaum Melayu manakala lapan kalangan bukan Melayu. Tindakan seperti ini sudah pasti meminggirkan orang Melayu dan pada masa yang sama bagaimana dia boleh menjadi pemimpin yang adil?
Apakah ini contoh terbaik yang diberikan oleh kepimpinan bukan Melayu? Saya juga masih ingat bagaimana sebuah parti yang pernah memerintah di negeri ini yang juga hanya memberikan jawatan-jawatan penting kepada kaum yang majoriti menganggotai partinya dan begitu juga jawatan penting dalam perkhidmatan awam, akhirnya parti ini hanya dapat bertahan selama sembilan tahun saja.
Pada pandangan saya mana-mana pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hendaklah dari sekarang memperjuangan semuanya berteraskan ‘Bangsa Malaysia’ termasuk memperjuangkan ‘Bahasa Malaysia’sebagai bahasa perpaduan dan penyatuan masyarakat. Dalam erti kata lain perjuangnya ialah ‘satu bangsa satu negara iaitu ‘bangsa dan negara Malaysia’.
Tetapi persoalan yang akan timbul pula, apakah orang bukan Melayu sanggup menjadikan bang-sanya ditukar kepada menjadi bangsa Malaysia, jika sanggup pun apakah orang Melayu boleh menerima mereka sebagai bangsa Malaysia? Inilah persoalan yang amat sukar untuk kita rungkaikan dan memerlukan banyak pengorbanan.
Mungkin ada yang berpendapat jika mereka diterima sebagai bangsa Malaysia sudah tentu mereka juga akan mendapat keistimewaan seperti yang dinikmati oleh orang-orang Melayu dan bumiputera yang hak mereka dijamin dalam perlembagaan dan undang-undang negara.
Ini mungkin salah satu dari puluhan atau ratusan lagi isu yang perlu ditangani terlebih dahulu se-belum kita dapat menyaksikan seorang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia kelak.
Kalau orang kulit hitam terpaksa menunggu 200 tahun untuk menjadikan pemimpin mereka menjadi presiden, pada pandangan saya kita juga mungkin terpaksa menunggu dalam tempoh itu untuk menjadikan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti catatan sejarah yang diukirkan oleh ‘Barack Obama’ dalam Pemilihan Presiden Amerika yang ke-44 pada 4 November yang lalu yang terus menjadi perbualan masyarakat global.
Mungkin dalam tempoh yang disebutkan tadi, semua kaum yang ada di negeri ini sudah tidak lagi bercakap dalam bahasa ibunda mereka sama ada di rumah, di pejabat, tempat-tempat awam atau di mana-mana saja tetapi hanya menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia saja.
Meskipun negara menetapkan Tahun 2020 sebagai negara maju, mungkin dalam tempoh 150 atau 200 tahun akan datang masyarakat kita sudah lebih maju lagi dan mempunyai pemikiran yang lebih terbuka.
Tanda-tanda untuk masyarakat kita menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa tunggal sudah pun nampak sedikit demi sedikit dan antara tanda-tanda itu ada kalangan masyarakat kita terutama dari kalangan mereka yang kahwin campur seperti Cina dengan India, Cina dengan Melayu atau India dengan Melayu, atau kaum-kaum etnik-etnik lain seperti Kadazan, Dusun, Murut dan sebagainya tidak lagi mempertuturkan bahasa ibunda mereka di rumah apatah lagi di tempat-tempat awam sebaliknya sering menggunakan dua bahasa sama ada Bahasa Malaysia atau Inggeris.
Contoh paling hampir ialah keluarga saya, meskipun saya seorang Melayu Brunei dan isteri dari keturunan Kadazan tetapi semua anak-anak saya tidak menggunakan bahasa ibunda isteri saya.
Begitu juga dengan abang-abang ipar atau kakak-kakak ipar saya yang berkahwin sesama kaum mereka iaitu Kadazan dengan Kadazan atau Dusun dengan Dusun tetapi kini sudah terdapat kalangan anak-anak mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka.
Jika trend seumpama ini berterusan maka suatu hari nanti kita akan melahirkan generasi baru dari kalangan rakyat Malaysia yang hanya bertutur dalam dua bahasa saja iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.
Seperti kata Dr Mahathir dalam kenyataannya baru-baru ini, untuk menjadikan apa juga kaum sama ada Melayu atau bukan Melayu untuk menjadi perdana menteri, rakyat perlu berkorban.
Bagaimanapun katanya parti-parti berasaskan kaum seperti yang diterajui oleh BN sejak 50 tahun lalu masih lagi relevan kerana parti itu telah berjaya mengurangkan perbahasan mengenai perkauman dan telah membangunkan negara ini ke tahap yang ada pada masa ini.
Memang benar buat masa ini parti-parti ber-asaskan kaum masih lagi diperlukan untuk me-neruskan kesinambungan apa yang telah kita warisi sebelum ini. Belum masanya untuk kita mewujudkan sistem dua parti seperti di Amerika dan Britain kerana apa yang diperjuangkan oleh parti-parti berasaskan kaum itu masih belum lagi tercapai.
Umno umpamanya perjuangan mereka supaya penguasaan Melayu dan bumiputera 30 peratus dalam bidang ekonomi masih belum lagi tercapai. Buat masa ini bukan bumiputera masih menguasai bidang ekonomi dan golongan Melayu dan bumiputera yang menjadi penduduk majoriti di negara ini masih lagi mengusai politik. Ini adalah per-kongsian yang di lihat adil kerana sekiranya bukan bumiputera yang sudah menguasai ekonomi dan menguasai pula politik pula sudah tentu perasaan tidak senang hati akan timbul dan akan berlakulah ‘keadaan-keadaan’ yang tidak dingini.
Orang Melayu dan bumiputera sebenarnya ma-sih memerlukan kuasa politik untuk membolehkan mereka melaksanakan agenda untuk memaju dan membangunkan kaum asal di negara ini yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang terutama sekali penguasaan ekonomi yang menjadi nadi terpanting dalam pembangunan negara dan mas-yarakat.
Dalam hubungan ini, sama ada orang Melayu atau bumiputera sanggup menyerahkan kuasa politik yang mereka pegang ini kepada bukan bumiputera seperti orang kulit putih menyerahkan jawatan presiden kepada kulit hitam di Amerika Syarikat ‘tepuk dada tanyalah selera’. Semua ini terletak di tangan mereka kerana negara kita juga mengamalkan sistem demokrasi seperti yang diamalkan oleh AS dan juga Bratain.
Mungkin sudah agak panjang lebar saya berbicara tentang politik yang sebenarnya tidak pernah ada penghujungnya, lupakan soal kaum mana yang akan menjadi Perdana Menteri pada masa-masa akan datang memandangkan pilihan raya pun masih agak jauh untuk itu izinkan saya membicarakan isu kedua iaitu hikmah di sebalik ibadat haji memetik khutbah Jumaat seorang ustaz di salah sebuah masjid di Putatan Jumaat lalu.
Pengajaran yang paling menarik dan patut dikongsikan bersama dalam ruangan ini ialah pengajaran di sebalik ibadat haji yang sedang ditunaikan oleh umat Islam di tanah suci Mekkah sekarang dan juga tentang sejarah di sebalik ibadat haji itu sendiri di zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Secara ringkasnya ibadat haji yang ditunaikan oleh umat Islam yang menjadi tetamu Allah perlu dicontohi oleh umat Islam di mana apabila mereka berada di tanah suci itu, kehadiran mereka adalah sama sebagai hamba Allah tanpa mengira pangkat dan kedudukan atau warna kulit seseorang itu.
Semua jemaah hanya memakai pakaian yang sama iaitu ihram, sejenis kain putih.
Kehadiran umat Islam berkumpul di tanah suci Mekkah juga menunjukkan betapa hebatnya perpaduan di kalangan umat Islam dari seluruh dunia juga tanpa mengira pangkat, keturunan, bangsa dan kedudukan seseorang itu.
Sejarah perpaduan yang ditunjukkan pada mu-sim haji pada zaman junjungan besar Nabi Muham-mad kata ustaz itu ialah perpaduan tulen yang di-tunjukkan oleh kaum Muhajirin dan Ansar.
Ketika itu, kata ustaz itu jika kaum muhajirin mempunyai dua lapis kain ihram, mereka akan memberikan selapis kepada kaum Ansar, jika kaum Mujahirin mempunyai dua rumah mereka akan memberikan sebuah kepada kaum Ansar, jika kaum Ansar mempunyai dua bidang tanah, sebidang pula akan diwakafkan kepada kepada Mujahirin.
Malah tambah ustaz itu jika kaum Muhajirin itu mempunyai dua orang isteri mereka sanggup men-ceraikannya untuk dikahwinkan dengan kaum Ansar.
Begitulah hebatnya perpaduan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kaum ini yang berlandas-kan kepada ‘Keimanan dan Ketaqwaan’ kepada Allah.
Tetapi katanya perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam kini sudah agak jauh menyimpang daripada ajaran sebenar.
Kita lihat saja apa yang berlaku dengan negara-negara Islam sekarang yang berperang dan ber-bunuh-bunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku di Iraq, Palestin dan Afgnistan malah terdapat juga umat Islam menyalahgunakan ‘jihad’ sebenar sehingga sanggup membunuh saudara seagama sendiri.
Begitu juga dengan perpaduan yang ditunjukkan di kalangan umat Islam di negara ini yang juga sudah semakin terhakis dari sehari ke sehari malah ada kalangan umat Islam yang berjiran terutama sekali yang tinggal di taman-taman perumahan dan bandar-bandar mereka tidak kenal mengenali sesama sendiri apatah lagi bertegur sapa.
Dari itu katanya umat Islam perlulah memahami perpaduan sebenar yang dianjurkan oleh Islam agar umat Islam itu akan terus menjadi umat cemerlang, gemilang dan terbilang.
[+/-] |
Tiada Keutamaan Bangsa Dalam Islam - Ulasan Tok Guru |
"Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan. "Tindakan saya adalah berdasarkan kepentingan insan. Kelantan dan Thailand cuma dipisahkan Sungai Golok sahaja," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong. Inilah cakap pemimpin Muslim Melayu sebenarnya.
KOTA BAHARU, 17 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.
Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.
"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.
"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini, Isnin.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.
Nik Abdul Aziz berkata beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.
"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan. Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.
"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam," katanya.
11.17.2008
[+/-] |
Pemimpin UmNO Penang bertopengkan binatang.. |
Adakah binatang lebih mulia dari manusia ini. Sanggup kerana ego, pangkat dan kuasa mengenepikan prinsip kemanusiaan untuk memperbaiki taraf hidup rakyat Pulau Pinang. Tidak jelikkah rakyat Penaga yang memilih pemimpin sebegini? Beginikah sikap orang Melayu yang sebenarnya?
Inikah cara orang Islam menerima pelawaan insan yang bukan Islam. Tidakkah martabat Islam jatuh hina kerna hendak menegakkan dasar kemelayuan yang diagung-agungkan itu? Salahkah untuk membuang ego dan kepentingan diri sendiri serta kaum Melayu demi kenaikan rakyat sejagat.?
Hebat ! Hebat ! Inilah yang dikatakan Melayu yang dah lupa diri hasil didikan UmNO totok, Kerna sorang paria ni habis Melayu sePulau Pinang. Bagus sangatkah UMnO waktu Gerakan perintah Pulau Pinang dulu. Lihat apa yang jadi dekat orang Melayu Tanjong Tokong, Sungai Dua, Bayang Lepas, Teluk Kumbaq..majukah mereka. Masih macam tu juga, nelayan tetap nelayan, pekebun tetap pekebun malah banyak Melayu yang lari ke tanah besar. Sebab apa, pembangunan yang dibuat, apa Melayu mampu beli ker !! Cina juga yang konker. Kes ini pun hang nak kecoh..pirahhhh! Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan serta Masyarakat Penyayang Negeri Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) yang bangkit mencelah berkata, sekiranya pihak pembangkang sudi bekerjsama, maka sasaran miskin sifar itu mudah untuk dicapai, demikian menurut laporan Bernama.
"Ini semua kerana Umno tidak mahu beri kerjasama, kita ada jemput untuk mesyuarat bincang isu itu tetapi tidak datang, wakilpun tidak ada," katanya dalam nada tidak puas hati.
Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang turut mencelah berkata, keengganan pihak pembangkang memberi kerjasama bertujuan memberi laluan kepada kerajaan negeri mentadbir dan mencorak Pulau Pinang. Petikan dari Malaysiakini
[+/-] |
Pagi ini tepat jam 12.01 am; Harga minyak turun !!! |
Mana kunci kereta !! start enjin,....minyak dah turun.....
Puas hati !!! nanti jap, pikiaq dulu..
Harga petrol, diesel turun lagi
Nov 17, 08 | 6:15pm | Malaysiakini
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.
Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:
• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;
• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan
• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.
Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu.
[+/-] |
Tribute 1; Dirgahayu Tok Guru.. |
Rencana Khas Sempena 18 Tahun Nik Abdul Aziz Jadi MB| Merah Tinta
Sejarah dan Kehebatan Seorang Agamawan
OKTOBER lepas genap 18 tahun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 77 menjadi Menteri Besar Kelantan. Usianya ketika beliau mengangkat sumpah sebagai MB 59 tahun. Beliau dilantik menjadi MB Kelantan pada 21 Oktober apabila PAS berjaya menumbangkan kerajaan BN pimpinan Muhammad Yaacob pada pilihan raya umum ke - 10. PAS yang bergabung dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menyapu bersih kesemua 39 kerusi DUN dan 13 Parlimen.
Kedudukan kerusi mengikut parti ialah, kerusi DUN, PAS 24, Parti Melayu Semangat 46 13, masing-masing satu Hamim dan satu Berjasa. Manakala untuk kerusi Parlimen, PAS, 6 kerusi dan Semangat 46, 7 kerusi.
Perlantikan itu sesuai dengan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas negeri Kelantan. Nik Abdul Aziz mengambil alih jawatan itu pada tahun 1978 daripada Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda yang melepaskan jawatan berkenaan dalam keadaan terdesak. Beliau menguasai parti sepenuhnya pada tahun 1982. Dengan kedudukan itu beliau mengemudikan PAS Kelantan.
Perlantikan Nik Aziz itu melakar sejarah buat dirinya sendiri, kepada PAS dan rakyat negeri Kelantan seluruhnya kerana beliaulah satu-satunya Menteri Besar yang berlatar belakangkan pendidikan agama bergelar ustaz. Beliau mendapat pendidikan peringkat tertinggi di Darul Ulum Deobond India dan Azhar Mesir dengan memperolehi ijazah dan master dalam bidang Bahasa Arab dan Perundangan Islam.
Perlantikan Nik Aziz itu merupakan Menteri Besar Kelantan yang ke-7 dan yang pertama dari kalangan agamawan atau berpendidikan agama yang mampan. Menteri Besar Kelantan pertama ialah Tengku Hamzah Zainal Abidin, (1947- 1953) kedua, Nik Ahmad Kamil, (1953- 1958), kedua mereka merupakan Menteri Besar sebelum Merdeka dan dari Perikatan.
Menteri Besar ketiga ialah Ishak Lotfi Omar (1959 – 1964), keempat, Mohd Asri Muda (1964 – 1974), kelima, Muhammad Nasir (1974 – 1978), manakala keenam Muhammad Yaacob (1978 – 1990). Keenam-enam MB ini berlatar belakangkan sekular dan tidak bergelar ustaz.
Jika dibandingkan dari segi jangkamasa (tempoh) ternyata Nik Abdul Aziz mengatasi ke semua bekas MB itu. Keenam MB tersebut berkhidmat tidak sampai tiga penggal atau mencecah lebih sepuluh tahun. Mungkin rekod yang dimiliki Nik Abdul Aziz kini sukar untuk dipecahkan oleh sesiapa saja menjadi MB Kelantan selepas ini.
Perkhidmatan Nik Abdul Aziz kini sudah memasuki tahun ke 19 dan jika beliau berhajat untuk meneruskan perkhidmatannya sehingga pilihan raya akan datang beliau mungkin akan menyamai rekod perkhidmatan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
Sekiranya beliau akan mengundur diri menjelang pilihan raya ke -13 yang dijangka pada 2011 atau 2012 bermakna beliau akan menjadi MB selama lebih tiga dekad dan akan menjadi MB kedua yang lama berkhidmat selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang kini sudah berkhidmat selama 27 tahun.
Dalam pada itu kemunculan Nik Abdul Aziz menjadi MB ia juga secara tidak langsung memartabatkan golongan agamawan dan ulama. Kapasiti beliau sebagai ustaz yang kemudian dinobatkan dengan panggilan “tok guru” menjawat jawatan itu secara tidak langsung menaikan martabat dan darjat golongan agama di mata masyarakat.
Apa lagi kejayaan dan keberkesanan kepimpinan dan pentadbirannya membuktikan bahawa golongan agama – berpendidikan Islam, berbudaya jubah dan serban juga mampu mentadbir dengan baik. Sesungguhnya golongan agamawan tumpang merasa bangga atas kejayaan dicapai Nik Abdul Aziz.
Justeru kedudukan ataupun pandangan seorang kepada golongan ulama sebelum ini sudah berubah. Dengan kejayaan dan sejarah dicatat Nik Abdul Aziz, ulama sudah dilihat sebagai golongan yang mampu untuk menjadi pemimpin ataupun duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan golongan sekular dan profesional duniawi yang memonopoli jawatan dalam politik.
Tanpa disedari kedudukan dan kejayaan Nik Abdul Aziz juga telah menyuntik semangat kepada golongan Islam tradisional untuk menjadi lebih yakinkan diri sendiri dan bersaing sama dengan golongan sekular yang sering mengakui mereka lebih layak dan pakar mentadbir.
Dalam konteks ini kejayaan Nik Abdul Aziz itu bolehlah dianggap MB itu adalah tokoh pencerahan semula era ulama dan Islam yang sekaligus merungkaikan ikatan rasa rendah diri dan inferiority compleex dari kalangan lulusan agama.
Rahsia kejayaan dan keutuhan pengaruh.
Kejayaan dan ketahanan Nik Abdul Aziz menduduki kerusi itu tanpa pergolakan ialah hasil gabungan dua unsur; personalitinya dan polisi dan dasar Islam yang dibawanya. Nik Abdul Aziz tidak hipokrit dengan Islam dan tegas serta mengemukakan pendekatan Islam dengan mudah (bukan paksaan) yang dicerminkan menerusi akhlaknya sendiri. Beliau seorang hamba yang muslim dan pratikal, pemimpin yang mutaqim.
Kehidupannya yang zuhud, bersifat tawaduk, merendah diri dan tidak bertukar bulu selepas menjawat jawatan MB, menyebabkan rakyat teruja dan terpesona serta melihat beliaulah pemimpin yang memimpin dengan akhlak dan bukan dengan slogan. Yang bersedia mengkesampingkan kepentingan diri dan taqwa kepada Allah.
Ini sesuai dengan fitrah Islam dan juga apa yang ditunjuki oleh Junjungan Agung Nabi Muhammad s.a.w. yang menawan dan menakluki musuh dengan akhlak dan bukan harta benda, kehebatan, kuasa dan keegoaan dengan duniawinya.
Sebaik beliau menjadi MB beliau terus memperkenalkan beberapa polisi dan pendekatan baru ala beliau – stail Nik Abdul Aziz. Beliau merubah secara perlahan-lahan sehingga mereka yang tidak fokus kepada pentadbirannya tidak akan merasai perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh beliau secara evolusi yang mengesankan.
Perubahan itu bermula dari bawah; dari perkara sekecil-kecilnya seperti amalan tidak membazir eletrik dengan menutup suiz lampu sewaktu rihat sehinggalah kepada melarang pemberian hadiah atau cenderamata dan seterusnya kepada penghapusan judi dan maksiat dan pemansuhan pemberian kawasan balak secara tertutup.
Dalam menerapkan stail pemerintahannya, Nik Abdul Aziz seorang yang bijak dan bangkit (responsif) kepada suasana semasa. Tindakannya juga halus dan bersahaja menyebabkan masyarakat tidak ditimpa satu kejutan budaya yang dibawa itu kandatipun sesetengahnya agak baru dan kontras dengan nilai semasa. Ini berlaku kerana sebelum beliau menerapkan sesuatu pendekatan baru kepada diri orang lain, baik rakan politik atau kerajaan beliau terlebih dahulu mengamalkannya untuk menjadi teladan kepada umum.
Mengingati kepada tindakan atau kaedah Nik Abdul Aziz ini samalah dengan apa yang diperlakukan oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda ingin menyuruh para sahabat mencukur rambut sebagai meraikan kejayaan termaterainya perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah tidak menyuruh sahabat berbuat demikian sebaliknya beliau terlebih dahulu membotakkan kepalanya sehingga ianya kemudian diikuti oleh semua sahabat.
Antara perubahan awal yang dilakukan Nik Abdul Aziz pada tahun-tahun awal beliau menjadi MB ialah;
i. Tidak menerima sebarang pemberian hadiah atau cenderamata sewaktu mengadakan lawatan. ii. Tidak membeli kereta rasmi yang baru dan terus gunakan yang telah sedia ada.
iii .Memotong elaun MB sebanyan 45 peratus iaitu 40 peratus untuk kerajaan dan 5 peratus untuk parti.iv. Menghapuskan elaun berbuka puasa sebanyak RM15,000 setahun.
v. Menghapuskan elaun hari raya sebanyak RM30,000.
vi. Menjimatkan elaun keraian kedua timbalan MB sebanyak RM18,000.
Manakala mengenai polisi dan dasar kerajaan untuk menjamin keadaan sosial yang harmoni dan menepati kehendak agama tindakan hapuskan judi dan maksiat dilakukan dengan segera. Sebulan selepas menjadi MB, beliau mengumumkan bahawa perjudian toto, loteri dan nombor ekor dan apa juga bentuk perjudian dan maksiat diharam.
Selain itu beliau juga merombak tradisi sebelum ini dengan melantik bukan Islam / Melayu dalam PBT dan mengundang bukan Islam menghadiri majlis anjuran kerajaan atau parti. Cara ini adalah dakwah secara tidak langsung kepada bukan Islam untuk melihat keindahan, keadilan dan kesyumulan Islam.
Tindakan ini kecil dan bukan memerlukan proposal yang berjela-jela namun ia memberi impak besar dan menyebabkan orang melihat perubahan besar dalam pentadbiran. Dengan pendekatan itu juga menyebabkan masyarakat Kelantan dan diluar mengenali diri dan akhlak Nik Abdul Aziz. Pemotongan elaun keraian, hari raya, pengharaman judi, maksiat, arak dan sebagainya tidak dibuat oleh mana-mana MB tetapi dilakukan oleh beliau.
Sudah pasti dengan teladan itu menyebabkan ia memberi kesedaran atau menjadikan orang lain malu untuk berlebih-lebih dalam soal itu. Hasil dari tindakan itu hasratnya untuk membawa kebaikan kepada rakyat ternyata tercapai. Jika diperhatikan tindakan beliau berhikmah dan mempunyai mesej agar ia menjadi ikutan orang lain.
Adilnya Nik Abdul Aziz sebelum beliau melakukan perubahan ke atas diri orang lain beliau terlebih dahulu mengubah dirinya sendiri. Perubahan di luar dilakukan ke atas pemimpin Pas atau wakil rakyat kemudaian kepada kakitangan Kerajaan yang seterusnya akan terlaksanakan dalam komuniti.
Tarbiayah ke dalaman diusahakan. Pembentukan modal insan ataupun pembangunan insan telah lama diterapkan beliau malahan menjadi keutamaanya. Seperti mengadakan tazkirah di pejabat, majlis tadarus Quran di jabatan-jabatan atau agensi kerajaan, progam Ihya Ramadhan, sembahyang Terawih di lapangan terbuka dan sebagainya adalah program membersih dan menyucikan jiwa.
Nik Abdul Aziz seorang yang berkeyakinan kepada falsafah kebersihan perbuatan seseorang itu bermula dari jiwa yang bersih.
Dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan dan hubungan beliau sebagai pemimpin politik dan selaku MB dengan rakyat beliau senantiasa turun ke bawah. Lawatan demi lawatan bukan saja dalam waktu rasmi pejabat tetapi di luar pejabat. Jika dihitung waktu beliau berada di luar rumah (berjuang) lebih banyak daripada waktu di rumah. Hakikat ini jelas apabila setiap kali beliau keuzuran, demam, sakit dan sebagainya beliau merungut atau terkilan kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang hamba.
Sikap ini menjelaskan beliau seorang yang konsisten kepada tugas dan tanggungjawabnya. Beliau juga jarang sekali mengambil cuti untuk berihat dan menggunakan peruntukan untuk melancung ke luar negeri. Kalau pun beliau mengambil cuti hanya untuk menunaikan umrah.
Beliau seorang juga tidak suka kepada protokol. Tidak ada protokol untuk menemuinya melainkan protokol itu ditetapkan oleh para pegawainya atas tujuan tertentu atau sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Kerana itu pintu pejabatnya terbuka seperti mana terbukanya pintu rumahnya. Dan pintu rumahnya pula terbuka seperti mana terbukanya pintu suraunya yang berdepetan (berhampiran) dengan rumahnya. Datanglah pada bila-bila masa beliau akan memberi ruang dan kesempatan menemui sesiapa saja atas apa juga tujuan. Ada kalanya mereka yang ke pejabat bukan saja untuk urusan kerajaan dan parti tetapi urusan peribadi seperti untuk mengambil air tawar (air doa) daripadanya.
Itulah antara rahsia ataupun fatwa mengapa beliau disenangi, pengaruhnya terus hijau melebar dan sekaligus dapat bertahan sehingga kini sebagai MB Kelantan.
[+/-] |
Wasiat Raja Melayu, Wasiat dari Rasullulah SAW dan Wasiat dari Sahabat Rasul |
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
1. Kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, penulis sampaikan Wasiat Raja-Raja Melayu dibuat pada 31 Ogos 1957. Barangkali DS Anwar Ibrahim dah lupa akannya, juga menyebabkan orang-orang Melayu dalam PR lupa akannya, maka inilah penulis sampaikan supaya kita sama-sama beringat akan tanah ini Tanah Melayu.
2. KAMI WASIATKAN KEPADA ZURIAT KETURUNAN KAMI 7 PERKARA YANG MANA JIKA KAMU BERSATU-PADU DAN BERPEGANG TEGUH KEPADANYA SELAMA ITULAH KAMU AKAN SELAMAT SEJAHTERA:-
2.1 Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
2.2 Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan, selain gunung-ganang , tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain!.
Baca lagi kat [sini]
WASIAT TERAKHIR RASULLULAH SAW
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Baca selanjutnya kat [sini]
WASIAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia nak saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.
“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (Al-An’am: 162-163)
Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”
Baca selanjutnya kat [sini]
[+/-] |
YB aku terancam, kuasa makin pupus ditelan waktu ! |
KUALA LUMPUR | 15 Nov.| Utusan Meloya - Anggota Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin berkata beliau tidak berniat mengancam kedudukan sesiapa apabila menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Larut.
Hamzah berkata, beliau setuju untuk bertanding apabila meyakini bahawa majoriti anggota di kawasan Parlimen itu mahukan perubahan dan telah meminta agar beliau bertanding jawatan itu. Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah 70 peratus daripada ketua cawangan dan perwakilan UMNO bahagian itu mahukan supaya beliau bertanding.
"Soalnya adakah kemasukan saya ke bahagian Larut dan kemudian bertanding Ketua UMNO Bahagian Larut mengancam kedudukan sesetengah pihak?," tanya Hamzah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menolak pencalonan Hamzah atas alasan Hamzah tidak layak bertanding kerana menjadi anggota bahagian itu selepas 31 Disember 2007.
Ulasanku; Tolonglah! Pleaseee! nak gaduh boleh, tunjukkan kejantananmu YB Raja Ahmad !. Malunyer aku (ni kali kedua aku malu ngan YB aku ni, kali pertama kat sini. Belum bertanding pun dah bising, kamu tu kalah undi ciput ajerrr dengan Ustaz Nazri, bagi can la kat Hamzah Zainuddin untuk pimpin UMNO lak, hah ! mampoiuhlah UmNO. Eloklah dua-dua penyangak Umno ni nak berebut tempat kat Larut ni, selamat berkubur UMNO ..
11.16.2008
[+/-] |
Dr. Sheikh Yusuf Estes di Yayasan Sabah, 19hb Nov. ini |
Forum agama yang bertajuk "Discourse On The Truth" dibuka kepada orang ramai pelbagai bangsa, agama dan budaya akan diadakan di Yayasan Sabah pada 19hb November ini iaitu hari Rabu bermula jam 7.30 malam.
Forum ini dianjurkan oleh United Sabah Islamic Organisation (USIA), Majlis Gabungan NGO Islam Negeri Sabah(CONCERN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Menurut Pengerusi Penganjur, Datuk Hj. Abdullah Hussin, Dr Sheikh Yusuf Estes akan menyampaikan kuliahnya bertajuk "Islamic Perspective; Faith, Science and Common Sence" dan Dr Yusuf sendiri dijangka akan menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan oleh para hadirin.
Datuk Hj. Abdullah Hussin juga menyatakan bahawa forum tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pelancungan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.
[+/-] |
Dakwah PAS mengangkat kehormatan Islam kepada bukan Islam |
Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa. Abdul Rahim Sabri | Nov 15, 08 12:52pm [Malaysiakini]
Susulan daripada persetujuan membuka satu lagi Dewan untuk Kelab Penyokong PAS yang ahli-ahlinya terdiri daripada bukan muslim sangat mengembirakan dan merupakan satu strategi yang dilihat dapat membuka satu dimensi baru dalam sistem tarbiah PAS kepada bukan Muslim.
Keterbukaan ini memperlihatkan bukannya kemenangan politik yang PAS cari waima survivalnya dalam membentuk kerajaan Islam yang diinginkan tetapi lebih kepada startegi berdakwah. Ini kerna Islam mengajar erti kehidupan yang sebenarnya. Setelah melihat banyak kepincangan yang berlaku dalam pimpinan UMNo serta Barisan Nasional, semakin ramai ahli-ahli non-muslim memasuki Kelab Penyokong PAS, perbandingan antara pimpinan UMNo dan PAS jauh berbeza dari aspek kepimpinannya, keperibadiannya serta akhlaknya..ini semua adalah dakwah tersirat yang menambat hati ahli-ahli non-muslim.
Memang sangat menyedihkan bilamana sesetengah umat Islam gagal menunjukkan sikap Islam yang sebenar. Dilihat dari aspek politik misalnya, umat Islam menunjukkan perangai buruk dengan politik wangnya, berebut pangkat dan kuasa, bergaduh, pembunuhan dan ini tidak termasuk lagi gejala sosial dan maksiat yang berleluasa tak kira samada dari kalangan rakyat marhaen mahupun pemimpin atasan.
Jauhkan persengketaan dan hasad dengki, isu-isu perkauman sudah pasti tidak akan kemana. apatah lagi dengan sistem pemerintahan kini yang caca marba, sistem politik yang terumbang-ambing, dengan Islam ditekan dan dipinggirkan, rasuah, perempuan, kuasa, pangkat, politik uang berleluasa, marilah kita semua saf pimpinan PAS waima ahli-ahli PAS sendiri disetiap pelusuk Malaysia bergandingbahu, bersatu membangunkan Malaysia bersama Islam yang sebenrnya.
Oleh itu, semua ahli-ahli PAS yang muslim, kita semua bertanggungjawab untuk menyebarkan kepada semua saudara samada muslim ataupun non-muslim akan keadilan Islam tanpa perlu memaksa mereka untuk memilih agama Islam sebagai anutan kerna apa ? Kerna kita percaya bahwa Islam ini diturunkan ke dunia untuk membawa kesejahteraan dan kehormatan sepertimana yang dikhabarkan dalam Al-Quran;
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan, hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Dengan Mendalam akan apa yang kamu lakukan" (Al-Maidah; Ayat :8)
11.15.2008
[+/-] |
Wajah terakhir pengebom Bali sebelum dikebumikan |
Imam Samudera telah menulis wasiatnya atas sekeping kertas untuk disebarkan kepada umat Islam, ianya...."Saudara, aku wasiatkan kepada antum dan seluruh umat Islam yang telah mengazzamkan dirinya kepada jihad dan mati syahid untuk terus berjihad dan bertempur melawan setan akbar, Amerika dan Yahudi laknat.
Saudaraku, jagalah selalu amalan wajib dan sunnah harian antum semua. Sebab dengan itulah kita berjihad dan sebab itulah kita mendapat rizki mati syahid. Janganlah anggap remeh amalan sunnah akhi, sebab itulah yang akan menyelamatkan kita semua dari bahaya futur dan malas hati.
Saudaraku, jagalah salat malammu kepada Allah Azza Wajalla. Selalulah isi malam-malammu sujud kepada-Nya dan pasrahkan diri antum semua sepenuhnya kepada kekuasaannya. Ingatlah saudaraku, tiada kemenangan melainkan dari Allah semata.
Kepada antum semua yang telah mengikrarkan dirinya untuk bertempur habis-habisan melawan anjing-anjing kekafiran, ingatlah perang belum usai. Janganlah takut cercaan orang-orang yang suka mencela, sebab Allah di belakang kita. Janganlah kalian bedakan antara sipil kafir dengan tentara kafir, sebab yang ada dalam Islam hanyalah dua, adalah Islam atau kafir.
Saudaraku, jadilah hidup antum penuh dengan pembunuhan terhadap dengan orang-orang kafir. Bukanlah Allah telah memerintahkan kita untuk membunuh mereka semuanya, sebagaimana mereka telah membunuh kita dan saudara kita semuanya. Bercita-citalah menjadi penjagal orang-orang kafir. Didiklah anak cucu antum semua menjadi penjagal dan teroris bagi seluruh orang-orang kafir. Sungguh saudaraku, predikat itu lebih baik bagi kita daripada predikat seorang muslim, tetapi tidak peduli dengan darah saudaranya yang dibantai oleh kafirin laknat. Sungguh gelar teroris itu lebih mulia daripada gelar ulama. Namun mereka justru menjadi penjaga benteng kekafiran."
Kisah lanjut misteri allahyarham ke-3 mereka ada di MuslimDaily