
KUALA LUMPUR 4 Mei — Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Penasihat Malaysia Airlines (MAS) berkuat kuasa 1 Mei. Dalam satu kenyataan, Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Munir Majid berkata, pihak lembaga mengalu-alukan Abdullah yang begitu berpengalaman luas dan mempunyai rakan hubungan menyeluruh ke pelantikan bukan eksekutif itu.
- Bernama
Tuan Rumah; La ingatkan dok umah jaga cucu, tetiba dapat jawatan ni mungkin Najib nak bagi sikit tugasan kot. Berapa gajinya !! mungkin kurang sikit dari gaji Chedet dan Rozali Ismail tu ye. Emmmm mungkin tak dapat jawatan TYT Penang, Penasihat MAS pun jadila, sekurang-kurangnya sama taraf dengan Chedet jadi Penasihat Petronas, tapi rendah pulak taraf dengan ex-menteri besar Pahang si Khalil Yaakob tu emmm sedihnya....
5.05.2009
| [+/-] |
Pak Lah tak jadi berehat, jadi Penasihat MAS |
5.04.2009
| [+/-] |
Menjelang 7 Mei; Surat Speaker kepada DYMM Sultan Perak |

Kenyataan Media YB. V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 4 Mei 2009.
Surat Speaker Kepada Tuanku Sultan Perak
Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shan pada hari ini. Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan Dewan Negeri Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian. Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009.
Saya membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah. Kes Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato Seri Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan YAB Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah.
Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut. Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu.
YB. V.Sivakumar
Yang Dipertua Dewan
Negeri Perak Darul Ridzuan
| [+/-] |
Menjelang 7 Mei; 1Malaysia Gelita, Perak kelam .... |

Baju hitam protes sidang DUN Perak
[Malaysiakini] May 4, 09 7:07pm
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini.
NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru.
Jurucakapnya Faisal Mustaffa berkata Bersih menganggap slogan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai "lawak jenaka kepada rakyat Malaysia" apabila rampasan kuasa Februari lalu membelakangkan perlembagaan.
Bersih akan mengadakan sidang media jam 10 pagi esok di Kuala Lumpur bagi mengumumkan pendiriannya tentang perkara tersebut.
Sementara itu, Speaker DUN V Sivakumar berkata beliau telah mengutuskan surat rasmi kepada Sultan Perak pagi ini, memohon baginda menangguhkan persidangan tersebut "buat sementara waktu" bagi mengelakkan insiden "yang sukar dikawal."
Beliau juga berharap persidangan DUN dapat diadakan selepas pertikaian antara menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir.
"Saya juga berasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.
"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing.
Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan.
"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang dewan negeri diadakan dalam kedudukan YAB menteri besar Perak masih dalam pertikaian di mahkamah."
Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan DUN itu sewaktu persidangan sedang berlangsung.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini telah menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK dan seruan yang
sama juga didapati di laman-laman blog tertentu dan media alternatif.
"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram termasuk mereka yang merancang atau yang menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tersebut," beliau dipetik berkata hari ini.
"Polis akan bertindak tegas ke atas sesiapa sahaja yang merancang atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam."
Beliau juga menyeru pengguna-pengguna jalan raya tidak menggunakan jalan-jalan berdekatan dengan bangunan DUN pada hari tersebut dan menasihatkan orang ramai yang tiada kaitan dengan persidangan itu supaya tidak berkumpul dan mereka yang menerima jemputan sahaja dibenarkan masuk ke bangunan tersebut.
Zulkefli berkata satu perjumpaan antara polis dengan wakil-wakil dan ADUN PAS, PKR dan BN telah diadakan pagi tadi di ibu pejabat kontinjen Perak untuk berbincang bagi melancarkan perjalanan sidang dewan berkenaan tetapi beliau dukacita wakil parti DAP tidak turut serta walaupun telah dijemput sama dalam pertemuan tersebut.
| [+/-] |
Apa beza tari Najib dan joget Anwar |

Masih ingatkah waktu Pilihanraya ke-12 lalu, puak-puak UBN beserta jentera-jentera haram mereka termasuk radio dan TV, joget Anwar disensasikan hingga gambar sekeping pun boleh dibuat videoklip, diulang-ulang tayang hingga menjadi satu video, la ni apa yang UBN buat terpalit pada PM depa sendiri... Najib cuba tarian orang Kadazan, kununnya 1Malaysia, Malaysia boleh !!!!
"Apa yang penting adalah bagi menerima idea 'satu bangsa'. Kita mungkin dipisahkan dalam konteks etnik, etnik kecil dan kebudayaan dan beberapa aspek lain tetapi kita boleh bersama sebagai satu bangsa. Dan ini adalah inti sari 1Malaysia," Najib berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Kaamatan Ke-14 peringkat Lembah Klang anjuran Persatuan Kebudayaan KadazanDusun Lembah Klang, di PWTC pada 02/05/2009.
Fuhhhh!! hebatnya ayat.. ayat lagu ni Sdr Anwar dah lama dah praktiskan, Najib je yang ketinggalan dan baru sekarang nak buat kerna kekangan politik yang semakin menjunam dipihak UBN.
Ini buah penangan untuk Sdr Anwar semasa PRK kat Penanti, ramai-ramai kita pakat buat videoklip Najib menari dengan gadis Kadazan, biaq depa pula rasa. 1malaysia tak pandang Islam diatas, PM pun boleh menari kalau nak !! takde halangan punya. Islam semakin terpinggir, ulama diketepikan, mufti disuap dan dibisukan, artis dipuja, pasaran diliberisasikan, 1malaysia.. satu projek berasaskan sekular !!! Kepada orang-orang Sabah dan Sarawak, apa lagi!!! Najib dah perkenalkan 1Malaysia, gunalah kesempatan ini mintalah status bumiputera dihapuskan.. memang mendukacitakan bila isi pelbagai borang, ada tulis kamu kaum apakan? Tak de bangsa atau kaum pun di borang itu, yang ada cuma Melayu, India dan Cina serta lain-lain bangsa. Korang ni bangsa apa !! Sedihkan dianaktirikan, perjuangkanlah nasib korang tu.....
| [+/-] |
Masjid Kristal vs Masjid Besi |
Masjid Bandar Raya, atau nama popularnya Masjid Besi dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Ogos ini. Ia dikatakan bakal menjadi satu lagi mercu tanda di Putrajaya tidak lama lagi. Masjid ini mampu memuatkan kira-kira 200,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan jumlah itu melebihi kapasiti Masjid Putra iaitu hanya sebanyak 150,000 orang. Masjid yang bernilai RM200 juta ini bakal menarik minat para pengunjung dari dalam dan luar Negara kerana seni binanya yang unik dan lain dari yang lain. Keseluruhan dinding Masjid Besi ini diperbuat daripada besi tembus cahaya.“Walaupun pembinaan masjid ini pada asalnya disiapkan lebih awal tetapi tertangguh kira-kira dua tahun lalu akibat beberapa masalah peruntukan kos, namun kerja-kerja pembinaannya tetap diteruskan. Saya yakin kita akan mula menggunakannya pada bulan Ramadan ini untuk sembahyang Tarawih”, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Masjid Besi telah mula dibina sejak tahun 2004 dan merupakan satu-satunya masjid di negara ini yang menggunakan kira-kira 6,000 tan besi untuk struktur binaannya. Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang dilakarkan pada lapisan kaca setinggi kira-kira 13 meter. Yang menariknya seninya tidak mengikut seni reka Arab, tetapi ia menggabungkan kesenian Jerman dan China.
Untuk menghasilkan kilauan lampu dari ruang solat utama masjid itu lebih bercahaya pada waktu malam, satu lapisan Mahrabiyah telah digunakan. Masjid ini juga tidak dilengkapi dengan kipas dan alat penghawa dingin dalam ruang solat utamanya.
Apabila Masjid Besi ini telah siap, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan mengambil alih pengurusannya dan akan mengatur segala aktiviti keagamaan yang akan dijalankan.
Tuan Rumah; Masjid kini dibina dengan tujuan pelancongan sahaja. Ikon pelancongan bagi Putrajaya seperti yang dilaungkan oleh Ng Yen Yen telah pun dibina dan dijangka siap Ogos ini. Yang dukacitanya kenapa di Cyberjaya masih tidak ada Masjid sedangkan disana ada kolej, kilang, perumahan.. takkan tak ada peruntukan sedangkan Putrajaya sendiri sudah ada masjid yang besar. Terengganu kini boleh berbangga dengan masjid kristal yang menelan jutaan ringgit wang rakyat, kini Malaysia mencipta satu lagi rekod pembaziran dengan membina masjid besi pula !! ada mana-mana mufti terompah kayu nak komen.. ~!!

Loading...

