
hai, tak habis-habis pemimpin dunia kena baling dengan kasut. Dimulai dengan eksiden presiden Bush kena baling kasur dek wartawan Iraq, satu lagi peristiwa balingan kasut juga berlaku ketika Presiden China memberikan ceramahnya kepada pelajar-pelajar Universiti Oxford baru-baru ini.
Wartawan Iraq yang baling kasut kat Bush tu punya penangan, siap diciptakan game untuk membaling kasut. (Sila klik foto kat bawah ini.]
main la puas-puas, hahaha Bush kena baling kasut dengan aku, kakakaka
tapi, ada satu cerita terbaru lagi, kali ini bukan di Malaysia tetapi di Amsterdam...
Nah, baca kat [sini] sendiri. By the way, ana nak main game kasut ni... i'm sorry.
2.24.2009
| [+/-] |
Permainan baling kasut . khusyuk buatnya. |
| [+/-] |
Berita terkini ! Pilihanraya di Batang Ai, Sarawak [malaysiakini] |

Malaysiakini telah melaporkan bahawa YB. DATUK DUBLIN UNTING AK. INGKOT, PGBK,AMN telah meninggal dunia dannnn ini bermakna pilihanraya bagi N 29 Batang Ai, Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari. 
YB. DATUK DUBLIN UNTING AK. INGKOT telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai setelah menang tanpa bertanding pada pilihanraya 2001.
2.23.2009
| [+/-] |
shopping, Masjid Quba dan Masjid Qiblatain.. |
Dah nak bertolak ke Mekah.. sedih rasanya untuk meninggalkan Madinah Al-Munawarrah. Sebelum itu kami ada masa setengah hari untuk ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan juga pergi ke Ladang Kurma.Ini roomate ana masa buat umrah, nama Abg Ismail, ana Ibrahim. Member2 cakap Ismail anaknya Ibrahim...alhamdullilah !!!! Orang sebut nama pun penuh... alhamdullilah ! Ye tak abang Ismail.
Opsss.. malam sebelum berangkat ke Mekah, kami pergi shopping dulu. Ana tukang nengok dan bawa beg shopping aje, wife ana tukang nengok, tunjuk dan beli, tak banyak pun beli, cuma keperluan peribadi, keluarga dan sahabat di Malaysia.
Shopping kat sini tak lengkap kalau tak beli minyak wangi.. ehhh minyak atar la. Minyak Hajarul Aswad.
Tengok.. tengok.. tangan kosong je beb !!
Foto di atas adalah Masjid Quba, masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah SAW setelah tiba di Kota Madinah.
Alhamdullilah, ana telah bersolat sunat di dalam Masjid ini. Manakala foto dalam Masjid di bawah pula ialah bahagian dalam Masjid Qiblatain. Sejarah Masjid Qiblatain di [sini].
Selingan: Foto bawah ialah pemandangan dari luar Masjid Qiblatain.
2.22.2009
| [+/-] |
Foto ziarah ke Kota Madain Saleh (Bhgn 2) |

Kisah sejarah Nabi Saleh kat [sini]
Cantik kan rumah batu ni....Eh.. eh.. eh.. ana, wife dengan sapa lak ni. Oooo rupanya bergambar dengan Ustaz Munif Ahmad, dari kumpulan Hijjaz nashid tu. Apa khabar Ustaz..
Salah satu rumah yang kami lawati.. tak de ape pun kat dalam tu cuma berbentuk 4 segi serta ada ruang-ruang untuk letak mayat keluarga mereka.
Yang kat belakang tu adalah tempat persemadian mayat-mayat penghuni rumah tersebut dan ianya ditutup oleh batu yang telah dipahat, hebat sungguh. Tapi kini dah hilang, tak tau ke mana menurut mereka...
Ini pula adalah tempat pemujaan berhala mereka. Dihujung atas diletakkan berhala dan puak-puak ini akan duduk serta melakukan pemujaan mengikut adat agama mereka. Semua ini diterangkan oleh pemandu pelancong kami, pak arab tu..
Aha ! Tempat ini dulu adalah tempat persidangan atau mesyuarat ketua-ketua agama bagi kaum Thamud. Ianya tak ada meja cuma batu besar yang dipahat untuk menjadi tempat duduk. Segala keputusan mesyuarat akan diputuskan di sini.
Foto kat belakang tu adalah perigi yang dibina oleh kaum Thamud dulu. Dalam sungguh periginya, bijak sungguh kaumThamud ini hingga tempat ini dahulu adalah kota perdagangan yang sangat terkenal sewaktu zaman Nabi Saleh.
| [+/-] |
Foto ziarah ke Kota Madain Saleh (Bhgn 1) |

Menariknya kisah serta foto-foto sekitar Madain Saleh di [sini] dari sahabat yang telah sampai ke sana lebih awal untuk tatapan semua.
Foto ini tunjuk pemandangan matahari turun dekat kawasan ini, indah kejadian Allah SWT walau di mana kita berada.
Ini analah, sejuknya tempat ni walaupun matahari dah naik tapi tak la sampai beku, hehehe.
Nengok la rumah batu ini, hebatkan kaum Thamud dulu, mengukir batu untuk dijadikan tempat tinggal, rumah ini dikira keturunan diraja melihat kepada jumlah tangga di atas dan terdapat ukiran burung helang namun telah dimusnahkan oleh sahabat terdahulu atas faktor menduakan Allah.. nauzubillahiminzalik.
Terpegun melihat batu diatas yang seolah-olah tergantung oleh puncak yang tajam. Proses ini terjadi akibat perubahan cuaca disini sejak dahulu lagi.Percaya atau tidak ! kawasan ini telah dipagar dan proses pengalian semula kota lama Madain Saleh sedang dijalankan. Ianya dilakukan dengan kerjasama Arab Saudi dan United Nation. Menurut jurucakap Pak Arab tu, ianya dijangka mengambiol masa 2 tahun dan insyaallah, kita akan dapat melihat kota tersebut secara realiti kelak ! tunggu..
Inilah sebahagian kawasan yang dipagar dan sedang dikorek tanahnya untuk menunjukkan kepada dunia bukti kewujudan kota Madain Saleh ini..
Loading...