2.22.2009

Foto ziarah ke Kota Madain Saleh (Bhgn 1)

. 2.22.2009


Menariknya kisah serta foto-foto sekitar Madain Saleh di [sini] dari sahabat yang telah sampai ke sana lebih awal untuk tatapan semua.


Foto ini tunjuk pemandangan matahari turun dekat kawasan ini, indah kejadian Allah SWT walau di mana kita berada.


Ini analah, sejuknya tempat ni walaupun matahari dah naik tapi tak la sampai beku, hehehe.


Nengok la rumah batu ini, hebatkan kaum Thamud dulu, mengukir batu untuk dijadikan tempat tinggal, rumah ini dikira keturunan diraja melihat kepada jumlah tangga di atas dan terdapat ukiran burung helang namun telah dimusnahkan oleh sahabat terdahulu atas faktor menduakan Allah.. nauzubillahiminzalik.




Terpegun melihat batu diatas yang seolah-olah tergantung oleh puncak yang tajam. Proses ini terjadi akibat perubahan cuaca disini sejak dahulu lagi.

Percaya atau tidak ! kawasan ini telah dipagar dan proses pengalian semula kota lama Madain Saleh sedang dijalankan. Ianya dilakukan dengan kerjasama Arab Saudi dan United Nation. Menurut jurucakap Pak Arab tu, ianya dijangka mengambiol masa 2 tahun dan insyaallah, kita akan dapat melihat kota tersebut secara realiti kelak ! tunggu..

Inilah sebahagian kawasan yang dipagar dan sedang dikorek tanahnya untuk menunjukkan kepada dunia bukti kewujudan kota Madain Saleh ini..



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Webmaster; Kerana tanah ini adalah tanah azab, adalah dilarang untuk mengambil debu, tanah, mematahkan pokok, tidak boleh tinggal lama disini, minum dan makan makanan di sini, tanah azab yang Allah turunkan kepada kaum Thamud.



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com