2.11.2009

Qiamullail di Raudhah..

. 2.11.2009




Solat malam..qiamullail..jam 3.00 pagi

keseorangan..dalam kedinginan malam yang menyerap hampir ketulang rangka..terus menuju ke Masjid Nabawi. Syahdu, sedih, terharu..berhampiran pintu masjid utama, berdekatan jalan menuju ke tandas awam, kelihatan tubuh-tubuh manusia dibaluti selimut umpama mayat, ada yang duduk memeluk lutut, menggigil kesejukan, ada yang berapat-rapat..masyaallah, insan musafir yang dari mana tidak diketahui berehat sementara menunggu mungkin waktu subuh atau menghilangkan penat.

Mungkin insan-insan dari negara Afrika, mungkin ada yang dari Arab sendiri, entahlah namun melihat dari cara musafir mereka, cukup tersentuh.. manakan tidak !. Kita datang siap pakej, dengan hotel penginapan, pengangkutan, makan minum lebih dari mencukupi tetapi masih ada kedengaran suara-suara yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.


Masyaallah !!! Syukur sudah kiranya Allah menjemput kita datang menjadi tetamunya, ada diceritakan bahawa jika seruan dari Allah tidak ada maka tidak akan sampai ke tempat suci ini, ada yang dapat duit KWSP, habis tapi tak sampai kesini. Ada yang jual rumah atau tanah tapi tidak sampai jua, duit kemana hajat kemana..syukurlah apa yang Allah berikan, usah dikomplen !! fikirkan insan yang lebih susah dari kita macam musafir-musafir ini, entah mungkin ibadah mereka lebih diterima dari kita yang serba sempurna ini.

Arghhh!! malas nak cerita pasal ketidakpuasan hati manusia ini, bernafsu..apabila syaitan menguasai diri, bisikan hati dilampiaskan, nafsu amarah menjadi bara..udahlah..no komen.

Qiamullail diteruskan, dalam raudhah tempat dituju, kesejukan malam cukup terasa. Bermunajat kepada Allah SWT agar dikurniakan anak yang soleh, murahnya rezeki, kebahagiaan untuk seluruh keluarga, niatku untuk mati syahid di bumi Palestine, ku panjatkan kepada Allah, kumohon agar kalau bukan aku, anakku, warisku, ahli keluargaku. Ya Allah, kabulkanlah doaku ini..


klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Webmaster; Solat tahajud dan mendoakan keselamatan anak-anak Gaza serta memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuang HAMAS..solat hajat mendoakan agar ada warisku atau aku sendiri yang mati syahid menegakkan agama Allah !!



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com