
Hebat betul la projek kat Sabah ni, pernah dengar tak JKR buka tender untuk dua kali kerja dalam satu projek. Dihuraikan disini... Dalam satu projek untuk dibuka tender, pihak JKR sepatutnya telah memikirkan kesan langsung keatas sesuatu projek itu sehingga siap, misalnya kontrak pembinaan jalanraya, sudah tentu sesuatu tender yang dikeluarkan hendaklah dinyatakan projek itu sehingga siap. Bermaksud jalanraya itu telah siap ditarkan (orang Sabah cakap diaspalkan), baru pihak JKR puashati dan melepaskan bayaran kepada kontraktor.
Betul la tu, tetapi apa yang hebat di Sabah ini, satu projek jalanraya (nak kata highway pun payah nak dikategorikan) boleh ditender dua kali. Bermaksud 1 kali tender untuk meratakan dan membuat jalan hingga tahap "gravel" sahaja. Kemudian, satu tender lagi akan dibuka bagi kerja-kerja finishing (dengan izin) serta mengaspal/mentarkan jalan. macamana tu ? Hebat kerr atau membazir atau JKR tak tau buat kerja atau JKR memang tak ikut prosedur ATAU memang ada SKANDAL BESAR ?&*#!.
Link ini sungguh menarik perhatian tuan rumah serta penduduk Sabah dan juga penduduk Utara Semenanjung coz ada kaitan dengan puteri Sultan Perak.
Link [sini]
Benarkah puteri Sultan marah coz kerajaan Penang yang diperintah Pakatan Rakyat menghalang projek pembinaan jalan keretapi berkembar [link sini] tersebut.
3.10.2009
| [+/-] |
2 kerja dalam 1 projek, ada skandalkah !#$? |
| [+/-] |
"Kesedaran Palestine" di Bangunan Parlimen |
Pameran "Kesedaran Palestin" Di Bangunan Parlimen 11-18 Mac
,
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pameran "Kesedaran Palestin" akan diadakan di Bangunan Parlimen bermula 11 hingga 18 Mac ini.
Pameran itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai malapetaka yang dialami rakyat Palestin dan memberi peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa keganasan di Palestin.
Pameran anjuran bersama Kementerian Luar dan Yayasan Salam Malaysia itu akan dilancarkann oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 11 Mac, demikian menurut kenyataan kementerian itu hari ini.
Sempena pameran itu, buku bertajuk "Zionis Pembunuh Wanita, Kanak-kanak dan Rakyat Gaza" yang memuatkan ucapan perbahasan dan penggulungan semasa Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai tragedi di Gaza pada 12 Jan lepas juga akan dilancarkan.
Orang ramai dijemput mengunjungi pameran itu.
3.08.2009
| [+/-] |
Dirgahayu Pak Samad |


“Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,” A.Samad Said
Hari ini ku lihat butiran-butiran air mata mu gugur
disaksikan mega-mega mendung dan titisan hujan
dari Masjid Negara dan menyelusuri Istana Negara
kerana mahu mengadu kepada Payung mahkota
setelah sekian lama anak bangsa
bergelut dengan injakan sang penguasa
meminggirkan bahasa Ibunda.
Hari ini kau mengerti erti sebuah perjuangan
yang tidak selalu merentasi taburan bunga
kerana telapak perjuangan mu kini
menyusuri jalan bertabur onak dan duri
meniti titian yang penuh ranjau.
Barangkali sebelum ini
senjata juang mu hanya pada mata pena
yang menari-nari indah di atas kertas
lalu kau dinobatkan Sasterawan Negara
segala-galanya indah belaka.
Bila kau proklamasi sebagai Sasterawan Rakyat
segalanya bertukar menjadi api
mimpi indah sekali gus diragut
oleh sang penguasa.
Perjuangan itu mahal harganya
kerana ia menuntut darah dan air mata.
Apapun usah diorak langkah mundur
kerana sayup dikejauhan terlihat
cahaya mentari kejayaan mula menyinar
Gedebe
Masjid Negara
7/1/09
"
| [+/-] |
zionist israel vs zionist malaya |

Bersahabatkah insan Malaya di atas dengan manusia laknatullah di bawah @#$%?!
Selamatkan bangsa Palestine dari Zionist Israel
Selamatkan bahasa Melayu oleh zionist Malaya (U**O cilakak)
Pedih, serangan dijalan raya Palestine.Haram jadah polis Malaya, serangan didalam Masjid Negara, polis cibaiiiiiiiiii
Jenazah pejuang agama diusung
Keranda pejuang bahasa diusung
Polis zionist israel di Palestine.....
Polis zionist israel ada di Malaya, @#$%?
serangan bom di Palestine,
serangan bom di Malaya...
Demontrasi aman di Palestine
Demontrasi aman di Malaya
Lagak zionist israel di Palestine
Lagak zionist israel di Malaya, pungkok hang Polis Gaban cilakak kau dunia akhirat

Loading...