Setelah berminggu komen atas skandal helikopter, keluarlah kenyataan oleh Pihak Kementerian seperti di bawah...
17 Oktober, 2008 20:25 PM
Pemerolehan Eurocopter Ikut Peraturan, Tidak Dipengaruhi Pihak Lain
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kementerian Pertahanan hari ini menegaskan bahawa proses perolehan pesawat helikopter Eurocopter EC725 adalah mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata harga yang ditawarkan oleh Eurocopter dalam tender menggantikan pesawat Nuri dibuat secara tender terbuka antarabangsa pada 7 Nov, 2007.
Beliau berkata keputusan perolehan pesawat Eurocopter adalah berdasarkan tawaran lengkap oleh syarikat berkenaan dan setelah mendapat markah keseluruhan tertinggi yang meliputi penilaian teknikal dan ofset pada harga munasabah.
"Eurocopter juga menawarkan sistem yang terbukti dan memenuhi spesifikasi ketenteraan.
Adalah menjadi tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk sentiasa mengemas kini maklumat terkini berhubung perkembangan teknologi semasa helikopter yang memenuhi keperluan operasi ketenteraan di pasaran.
"Penilaian juga mengambil kira kesesuaian penggunaan dan persekitaran operasi di Malaysia dan kawasan konflik di serata dunia. TUDM memang mempunyai data lengkap dan pengetahuan mengenai helikopter terkini yang berada di pasaran," katanya.
Abu Bakar berkata apabila tender terbuka antarabangsa dibuka, satu sesi penjelasan telah diadakan pada 6 Dis, 2007, ketika LIMA 2007 dan TUDM memberi penjelasan mengenai aspek teknikal dan operasi pesawat.
Wakil Bahagian Industri Pertahanan pula mejelaskan keperluan ofset pakej dan ini adalah selaras dengan surat Kementerian Kewangan pada 4 Feb, 2005 berkaitan Dasar dan Garis Panduan Program Countertrade/Offset, yang antara lainnya telah menetapkan perolehan peralatan pertahanan yang bernilai Euro10 juta atau lebih hendaklah mengandungi cadangan dagangan bertimbal/ofset.
"Tender terbuka antarabangsa ditutup pada 12 Feb tahun ini dan pada tarikh sama pukul 12 tengah hari, Jawatankuasa Membuka dan Menjadual Tender (JMMT) Kementerian Pertahanan telah membuka semua dokumen tawaran yang diterima dengan disaksikan oleh wakil-wakil syarikat yang mengambil bahagian.
Katanya terdapat tujuh tawaran yang diterima dan senarai harga tawaran (termasuk penghantaran) yang dibuat oleh Eurocopter (kod tender: T521/07/A/006) adalah Euro 233,345,390.
Tender-tender lain pula : T521/07/A/001 dengan harga tawaran Pound Sterling 341,888,123; T521/07/A/002 (RM663,189,500), T521/07/A/003 (Euro 104,632,729); T521/07/A/004 (ASD 220,496,700); T521/07/A/005 (ASD 708,305,497) dan , T521/07/A/007 (ASD 348,178,365).
"Dokumen-dokumen ini seterusnya dibahagikan kepada tiga kumpulan dan disenaraikan untuk penilaian Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaiaan Offset dan Jawatankuasa Penilaian Harga.
"Rumusan ketiga-ketiga jawatankuasa dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Tender A pada 22 Julai, 2008 dan seterusnya diperakukan kepada Kementerian Kewangan pada 4 Ogos, 2008.
"Pada 3 Sept, 2008, Kementerian Pertahanan telah menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan Surat Niat (LOI) kepada Eurocopter pada 15 Sept, 2008," kata Abu Bakar, sambil menambah LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan LOI untuk Eurocopter dikeluarkan pada 15 Sept.
Kerajaan melalui mesyuarat kabinet pada 18 Julai 2007 membuat keputusan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri, setelah prestasi pesawat Nuri mendapat rungutan ramai pihak.
-- BERNAMA
10.17.2008
Jawapan kepada skandal helikopter .....
Webmaster ; pening betuilah aku ni mainan orang atas ni..tunggu dan lihat!!!!
0 comments:
Post a Comment