“Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,” A.Samad Said
Hari ini ku lihat butiran-butiran air mata mu gugur
disaksikan mega-mega mendung dan titisan hujan
dari Masjid Negara dan menyelusuri Istana Negara
kerana mahu mengadu kepada Payung mahkota
setelah sekian lama anak bangsa
bergelut dengan injakan sang penguasa
meminggirkan bahasa Ibunda.
Hari ini kau mengerti erti sebuah perjuangan
yang tidak selalu merentasi taburan bunga
kerana telapak perjuangan mu kini
menyusuri jalan bertabur onak dan duri
meniti titian yang penuh ranjau.
Barangkali sebelum ini
senjata juang mu hanya pada mata pena
yang menari-nari indah di atas kertas
lalu kau dinobatkan Sasterawan Negara
segala-galanya indah belaka.
Bila kau proklamasi sebagai Sasterawan Rakyat
segalanya bertukar menjadi api
mimpi indah sekali gus diragut
oleh sang penguasa.
Perjuangan itu mahal harganya
kerana ia menuntut darah dan air mata.
Apapun usah diorak langkah mundur
kerana sayup dikejauhan terlihat
cahaya mentari kejayaan mula menyinar
Gedebe
Masjid Negara
7/1/09
"
3.08.2009
Dirgahayu Pak Samad
Tuanrumah; Akan senantiasa mencintai Bahasa Melayu....
0 comments:
Post a Comment