Sumber dari Malaysiakini
Pertemuan Pak Lah = Anwar diwaktu penghujung karier (boleh dikatakan penghujung usia) mengejutkan banyak pihak. Walaupun kedua-dua pihak menafikan sebarang kontroversi pertemuan ini membawa maksud perundingan namun seribu pengertian dapat ditafsirkan. Najib semakin memegang kuasa tampuk pemerintahan negara, kuasa yang ada akan digunakan sepenuhnya bagi membendung kuasa pembangkang yang semakin meningkat kini.
Persoalan adakah pertemuan ini ada hubungkaitnya dengan senario politik negara semakin menarik untuk dihuraikan dan ditafsirkan. Malahan dalam tulisan MSO memberi sedikit analisa untuk masing-masing hayati tak kira samada pemimpin dari Keadilan sendiri, PAS dan UMNO. Pastinya cerita menarik akan timbul lagi selepas ini. Drama semakin hampir ke kemuncak nampaknya.
Moga pertemuan ini ada hikmahnya bagi umat Islam di Malaysia, bilamana kedua pemimpin tertinggi duduk semeja serta makan bersama membincangkan item-item yang akan menjadi tandatanya bagi rakyat marhaen. Kiranya dapat kedua-dua pemimpin ini menyelesaikan masalah umat Islam, masalah politik, masalah ekonomi alangkah indahnya...
Foto diatas menunjukkan ketibaan DSAI manakala ketibaan Pak Lah menerusi foto dibawah.
Sementara itu, kita lihat akan kesudahan drama politik tanahair yang semakin menarik ini.
3.10.2009
Pak Lah & Anwar.. kebetulan, fantasi atau realiti
Tuan Rumah; Foto diambil dari blog MSO. Tulisan dan analisa oleh MSO, sila klik [sini]
2 comments:
aik...btul ke ni? bl lak event ni? xtipu ke ni? moga ke arah kesatuan umat islam i.Allah
Ye la Bro hafiz, kalau betul untuk kebaikan umat Islam keseluruhannya, apa salah duduk berbincang, ada hikmahnya tapi biarlah perjuangan untuk Islam jangan hanya untuk kesatuan umat Melayu, kita hidup dalam masyarakat majmuk, pelbagai bangsa dan agama. Kalau kita pentingkan perkauman macamana nak tunjuk Melayu Islam itu bagus, dari Islam akan datangnya Melayu sebenar. Itu falsafah ku..
Post a Comment