Allah lebih menyayanginya.. kami berdua redha. Anakku Irfan Adam, tunggu abi dan ummi disyurga ya, ummi kerap menangis. Abi kena tabah, abi sedih tapi abi redha. Allah lebih sayang kat baby, janji abi nak bawa baby gi Palestine mungkin tak kesampaian. Kalau ada rezeki abi gi sorang juang kat sana. Abi tetap dengan niat abi.
Cita-cita abi ada abi letak dalam [web ini]. Baby gi tanggal Jumaat 27/03/2009 jam 1.15 pm. Penghulu pada keseluruhan hari, hari yang banyak keberkatan, baby jangan lupa pada abi dan ummi yer. Abi dan ummi doakan kesejahteraan untuk baby.. Dua bulan lepas, abi dan ummi bawa baby gi umroh, ummi bawa baby dalam kandungan lagi. Ummi bawa baby tawaf kaabah, ummi bawa baby sae antara safar dan marwah, ummi kandung baby ziarah Nabi Muhammad SAW di Madinah, baby dah makan kurma nabi, baby dah minum air zamzam, baby jangan lupa abi dan ummi yer.
Baby, abi dan ummi masih simpan kurma dan air zamzam tu untuk baby bila lahir kelak tapi tak kesampaian. Ummi kerap minum air zamzam tu, ummi cakap untuk baby. Ummi juga dah beli baju, seluar cantik-cantik untuk baby. Ummi seronok tunggu baby lahir kelak. Namun, Allah sayangkan baby, Allah nak baby tinggal bersama-sama disyurga. Baby kelak bila abi dan ummi meninggal, baby jangan lupa abi dan ummi yer. Baby jemput abi dan ummi yerr
Baby Irfan Adam, abi nak bagi tahu, bila atuk dan nenek dengar khabar baby dah tiada di dunia ni, atuk dan nenek nangis, abi dan ummi dah janji kat atuk dan nenek nak bawa abi balik raya tahun ni, semua keluarga kat Semenanjung sana seronok dan gembira nak sambut baby, namun Allah sambut baby dulu. Abi dan ummi redha, atuk dan nenek serta keluarga lain redha, semua cakap abi dan ummi bertuah nanti ada insan yang sambut abi dan ummi kelak. Abi dan ummi kat dunia ni akan tabah dan takkan lupakan baby. Babylah buah hati abi dan ummi.
Entahlah baby, kekadang abi rasa nak minta Allah ambil nyawa abi, kesian kat ummi. Tapi Allah maha besar, Abi kena tabah, abi tak boleh bagi ummi sedih-sedih lagi, abi kena buat ummi gembira macam dulu, abi dan ummi tetap dan senantiasa mengingati baby. Abi tak boleh nak coretkan apa-apa lagi, lagi abi tulis lagi air mata abi keluar sebagaimana abi tulis mengkisahan anak-anak Gaza itu. Cukup sampai disini, semua yang berlaku akan abi dan ummi simpan dalam memori abi dan ummi. Moga baby ditempatkan dikalangan anak-anak yang soleh. Baby jangan lupa kat abi dan ummi yerrrr
3.28.2009
Perginya anak sulungku bertemu Illahi
Tuan Rumah;Al-Fatihah untuk anak sulungku, pergi kehadrat Illahi pada Jumaat 27hb. Mac, 2009. Al-Fatihah.
11 comments:
salam wbt,.
takziah diucapkan buat akhi sekeluarga.Mudah2han sentiasa berada dalam Redha Allah,Amin~
tima kasih amatxkisah, kami akan tetap tabah dan redha, ustaz cakap setiap musibah itu ada rahmatnya, hanya Allah saje yang tahu, insyaallah kami akan menghadapinya.
salam takziah
to anoy8.22,
tima kasih atas segalanya, moga Allah menginsafkan kita atas apa yang berlaku, Allah Maha Besar, Maha Penyayang..
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya,tabahkan hati,disebalik keperitan pasti ada kebahagian yg akan menanti...bersabarlah.
drp din,min,farah dan ayen.
salam..
innalillahi wainna ilaihi rojiun..
tabahkan hati ya..
Allah telah menjanjikan yg terbaik utk kalian...:)
Tima kasih dekat anoy8.42, tima kasih Din, Yasmin, Farah dan Ayen, moga Allah berkati kebahagian kamu sekeluarga
Assalamu'alaikum w.b.t.,
Innalillah hi wainna ilaihi raaji'uun....
Didoakan sahabatku serta seluruh keluarga redha dengan ketentuan Ilahi. Bersabarlah di atas dugaan ini kerana ada ganjaran yang menunggu di sana nanti, InsyaAllah. Al-Fatihah.
~HASBOLLAH SERTA KELUARGA (UMRAH JANUARI 2009)~
Tima kasih Hasbollah, moga persahabatan kita serta kenangan sewaktu umroh bersama tetap jadi kenangan
salam abangku,..
salam takziah dari ana di semenanjung,..
InsyaAllah,..pemergiannya dirai malaikat ...
syurga dijanji untuk abi dan umminya,..
moga abang dan kakak sabar dan redha menghadapinya...
"setiap yang bernyawa pasti dan mesti merasai mati"
tima ksih smizansaidin, Allah SWT benar2 menguji kami sekeluarga, kami redha. hanya padanya tempat kami mengadu dan beserah, Allahuakhbar
Post a Comment