INGAT!!!! KEMANA KITA WAKTU TOK GURU SUSAH DAN MENDERITA TATKALA KELANTAN DIHINA, DICERCA DAN DILANYAK HINGGA TOK GURU MENANGIS KESEDIHAN.. dimanakah kita !!
INGAT...dimanakah kita sekarang ...
6.19.2009
6.10.2009
6.02.2009
[+/-] |
Esok, Muktamar Pemuda PAS akan dirasmikan |
KUALA LUMPUR, 2 Jun - Muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS kali yang ke-50 akan dirasmikan esok di Markas PAS Taman Melewar dekat sini.
Bermula tengahari lagi, pelbagai program telah diaturkan untuk memeriahkan lagi Muktamar kali ini antaranya Majlis Jamuan Keraian Muktamar dan di susuli acara kemuncaknya bermula jam 8.00 malam dengan ucaptama disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
Muktamar kali ini bakal menyaksikan, Salahuddin menyampaikan ucaptama yang terakhirnya kepada Para Pemuda PAS, kerana jawatan yang digalasnya bakal dipikul pula oleh penggantinya Ustaz Nasruddin Tantawi.
Selain ucaptama dan perasmian, para perwakilan dan pemerhati akan diraikan dengan Persembahan Multimedia serta Persembahan Seni pada jam 10 malam.
Manakala penyampaian anugerah-anugerah akan di adakan selepas itu bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan aktivis dan tokoh-tokoh tertentu yang banyak menyumbang jasa kepada parti.
Muktamar Pemuda PAS akan terus berlangsung pada keesokannya (4 Jun) di lokasi yang sama, di mana perbahasan dan usul dijangka bermula pada sebelah pagi dan petangnya.
[+/-] |
Kah kah kah berita pagi Isnin huhuhuhu |
Pinjam kata-kata TUKAR TIUB nihhhh
KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..
woit… SILA SIASAT SIAPA KONTREKTOR ?.... kah kah kah..
kah kah kah…JAMIN INI KONTREKTOR DIREK NEGO…. kah kah kah..
kah kah kah…. BERAPA JUTA BELANJAWAN DILULUSKAN ?... kah kah kah..
kah kah kah… BERAPA JUTA PULA MASUK POKET…. kah kah kah..
kah kah kah… SATU LAGI PROJEK GEROMBOLAN TIPU ORANG RAMAI….kah kah kah..
woit… SIASAT… SIASAT… SIAPA….INI DUIT PETRONAS….kah kah kah...
kah kah kah... AKAN KELUAR LAPORAN RESMI : ACT OF GOD!.... TAK BOLEH SALAHKAN SESIAPA....... kah kah kah..
Client/Owner : Terengganu State Government
Architecture Firm : Senibahri Arkitek
Principal Architect : Ar. Raja Kamarul Bahrin Shah
Project Architect : Badrul Hisham
Main Contractor
Main stadium: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV;
Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd
Mechanical & Electrical Engineers
Main stadium: Public Works Department, Terengganu (Mechanical & Electrical Division);
Indoor stadium: Samudra Consult
Civil & Structural Engineers
Main stadium: AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium
Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd
Tuan Rumah;JKR tu aperr, makan gaji buter kerrr huhuhuh kah kah kah kah lagi foto kat [sini]
[+/-] |
Foto stadium Sultan Mizan runtuh; kelakor kah kah kah |
Runtuhnya Stadium Sultan Mizan menandakan berqakhirnya pemerintahan UBN di sana yahooo puak UBN berdukachita, puak PAS bergumbira...
Layan berita dari Malaysiakini
Tuan Rumah;Tukar tiub musti banyak nak komen ni kah kah kah
[+/-] |
Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu runtuh; apa dah jadi ni |
Kah Kah apa nak jadi ! apa nak jadi. Semua ketawa, semua gelak, 2 tahun lepas bumbung tu memang dah senget !! Idris Jusoh tak perasan kerrr.. kah kah kah tempat aku dating dengan bini aku tuuu kah kah
Akan donlod gambar kemudian kah kah kah
Tuan Rumah; Sama kes macam di Sabah ni, JPJ retak, bangunan MUIS tak dapat OC, bangunan ARKIB retak kah kah kah makan duit turrr
[+/-] |
Perkauman lagi ! 1malaysia hanya omong kosong |
Melayu telah berubah, Utusan belum – Zaid Ibrahim
Selasa, 2009 Jun 02
Bagi kebanyakan orang, Ahad adalah hari untuk rehat kerana ia hari cuti. Malangnya Mingguan Malaysia semalam (31 Mei 2009) tidak membolehkan saya rehat dan merasa tenang.
Malahan tulisan-tulisan dalam akhbar itu menimbulkan rasa kecewa, mengingatkan saya betapa jauhnya akhbar Melayu ini dari realiti sebenar kehidupan di Malaysia serta besar jurang pendirian akhbar itu dengan pemikiran orang Melayu masa ini.
Mungkin inilah menyebabkan Utusan semakin hari semakin kurang orang membacanya.Tema dan asas cerita utamanya adalah perkauman, perkauman dan perkauman.
Saya sebenarnya sudah malas baca tapi bila melihat tajuk “Melayu dikhianati?” tulisan ideolog utamanya Awang Selamat, saya paksa diri untuk tahu lebih lanjut.
Kata Awang Selamat, semakin hari semakin teruk hatinya ditoreh oleh tuntutan kaum bukan Melayu yang dakwanya berbau rasis yanag berkemuncak sekarang ini dan bermula sejak keputusan pilihanraya yang lepas.
Wah! Dengan lain perkataan, rakyat Malaysia mestilah menjaga hati Awang Selamat sebelum membuat apa-apa tuntutan kerana bila hati Awang Selamat tertoreh, maka hati Umno pun tertoreh; dan bila hati Umno tertoreh maka hati Melayu pun tertoreh. Begitulah agaknya logik Awang Selamat.
Dia tidak sedikit pun mengulas apa yang dituntut oleh rakyat Malaysia yang bukan Melayu itu.
Apakah yang “kerterlaluan” itu? Kalau pun mereka bertanya soal biasiswa atau pembahagian tanah atau peluang kerja; tak bolehkah dijawab secara rasional dan berpandukan fakta.
Mengapa mudah benar tertoreh hati? Apakah segala tuntutan orang bukan Melayu itu (yang ada hak di bawah Perlembagaan) tidak wajar dan tidak berasas?
Mengikut Awang Selamat begitulah agaknya kerana 50 tahun dahulu Umno dan Melayu telah “bermurah hati” memberi kerakyatan kepada nenek moyang mereka semasa Merdeka.
Jadi kerana kerakyatan itu diberi atas ehsan dan besar hati Umno maka anak cucu mereka tidak sama sekali boleh MEMBUAT APA-APA TUNTUTAN kerana mereka mesti sentiasa dan selama-lamanya mengenang budi kemurahan hati Umno.
Pemikiran seperti inilah yang saya maksudkan sudah tidak laku dan ditolak oleh rakyat semua. Bila rakyat meminta sesuatu walau pun dari Melayu, Cina atau India, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (dan akhbar yang bertanggung jawab menilainya) untuk cuba menunaikan permintaan tersebut.
Kalau keterlaluan, terangkan saja mengapa tapi jangan ungkit sejarah untuk menutup kekurangan kita. Janganlah sentiasa naik marah dan mengugut dan memberi serpihan sejarah yang tidak lengkap untuk membuat modal politik.
Kita mendapat kemerdekaan kerana British telah bersetuju dengan pihak Perikatan dalam hal syarat-syarat kemerdekaan tersebut. Bila kita bersetuju, kita hormatilah perjanjian tersebut.
Usahlah nak ungkit bahawa kita bermurah hati memberi kerakyatan yang mudah kepada Cina dan India. Hakikatnya itulah syarat yang kita setuju.
Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai. Sejak Gerald Templer dihantar ke sini oleh Winston Churchill pada tahun 1952, semua pihak berusaha mencari jalan ke arah memerdekakan Malaya tetapi dengan syarat yang perlu diselesaikan ialah penerimaan kaum Cina dan India sebagai warganegara.
Kerajaan British tegas dalam hal ini. Dan Umno setuju dengan syarat ini. Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan faham dam menerima dengan hati terbuka. Apakah Utusan ada fakta sejarah yang berbeza?
Tapi katakanlah kita terima pandangan kononnya Umno telah “bermurah hati “tentang kerakyatan kepada mereka yang menjadi warganegara lebih 50 tahun dahulu; adakah Awang Selamat mengharapkan cucu cicit mereka sekarang ini tidak langsung boleh bersuara tentang hak mereka? Adakah mereka perlu diam kerana tok nenek mereka dulu kononnya telah mendapat ehsan dari Umno?
Pemikiran feudal ini tidak ada tempat dalam sabuah Negara moden yang menghormati hak rakyat nya sendiri.
Satu lagi rencana ialah tulisan pengarang kanan Zulkiflee Bakar yang memberi nasihat kapada pembaca Utusan supaya jangan buta sejarah.
Agaknya Melayu macam saya ini dianggap buta sejarah. Sebenarnya soal sejarah tidak sukar dipelajari dan saya memang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah.
Tetapi orang yang paling malang dan kita kasihan ialah orang yang buta hati. Bila hati kita buta, tidak ada fakta dan ilmu yang dapat mengisi kekosongan dalam diri kita. Akhbar Utusan dan Mingguan sepatutnya membantu Perdana Menteri meneroka paradigma baru seperti dalam mencari erti 1Malaysia yang sebenar (perkataanya pun ialah Malaysia; bukan mana-mana kaum tertentu).
Akhbar ini sepatutnya membantu Perdana Menteri mencari jalan membangunkan ekonomi dengan pendekatan dan dasar yang lebih pragmatik dan adil. Akhbar sepatutnya mencadangkan cara yang pragtik dan progresif untuk membantu PM bukan menjadi pelobi ideologi yang usang .
Tapi Utusan masih mahukan gurindam perkauman. Bagi Utusan, Melayu gagal kerana orang Cina, kerana orang India. Sedarlah Utusan, orang bukan Melayu dan Melayu sendiri pun sudah dapat membezakan antara Melayu dan Umno, tahu bahawa bila dasar Umno dikritik, ia bukan mencabar Melayu tetapi mencabar Umno.
Usaha nak lagakan Melayu dan Cina kian hebat di usahakan tetapi percaya lah api perkauman tidak mungkin dapat menyala saperti dahulu.
Usahlah mudah tertoreh hati bila sesuatu dasar Umno dikritik dan dipersoalkan. Orang Melayu telah banyak berubah minda dan kefahaman mereka tentang Malaysia dan masa depan mereka; mereka tahu perbezaan itu.
Mereka tahu apa yang menanti dalam dunia yang penuh mencabar ini. Dan apa perubahan yang perlu mereka lakukan. Cuma Utusan belum sedar perubahan ini.
6.01.2009
[+/-] |
Manek Urai - Calon berimejkan ulama dan professional |
KOTA BAHARU, 1 Jun (Bernama) -- Imej gabungan profesional dan ulama merupakan ciri-ciri yang akan menjadi petunjuk untuk menentukan siapakah calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kedua-dua ciri itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.
"Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di Manik Urai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru di sini, hari ini.
Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah itu merangkumi rumah kedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Syarikat Sensatimur sdn bhd dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi
Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Ariffahmi Ab Rahman.
Sementara itu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS akan terus menggunakan khutbah Jumaat sebagai satu cara berkempen kerana rukun khutbah itu sendiri mengandungi politik, ekonomi dan sosial.
Pilihan raya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian Ismail akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu.
-- BERNAMA
[+/-] |
Penanti : BN sudah benar-benar dalam ketakutan ?. atau hampir karam |
Keputusan yang memihak kepada calon PKR dengan majoriti 5558 undi walaupun tidak menggemparkan banyak pihak namun bagi saya sangat menakutkan BN dan UMNO. Bayangkan keputusan ini mencatat sejarah apabila jumlah pengundi paling sedikit yang keluar di Semananjung dengan hanya 46 % yang keluar mengundi.
Pertamanya saya merasakan BN telah membuat keputusan yang silap walaupun mereka melalui masa yang panjang dengan beberapa mesyuarat yang penting namun tetap dengan keputusan "bodoh" tidak meletakkan calon di Penanti.
Seingat saya yang paling bersemangat dan terus menasihat BN supaya bertanding ialah Dr. Mahadhir namun di dikecewakan bila nasihatnya tidak didengari.
Keputusan tidak meletakkan calon di Penanti bagi saya membuktikan kepada rakyat termasuk penyokong BN sendiri bahawa hakikat sebenar yang sedang mendepani BN ialah takut kepada apa yang dikatakan kekalahan.
Selain itu keputusan tidak bertanding dengan alasannya sendiri menampakkan BN sengaja tidak mahu mendapat padah setelah dikalah 4-1 dalam PRK sebelum dari itu. Saya yakin bila BN meletakan calonnya dia pasti akan kalah, sebab itu dia tidak meletakkan calonnya.
Keduanya disebalik tidak betanding perkara yang sangat ditakuti oleh jentera BN termasuk sayap kanan nya PDRM iaitu merebaknya "virus Altantuya" di Penanti. bahayanya virus ini membawa kepada beberapa pimpinan Pakatan Rakyat disuruh ke balai untuk disoal siasat kerana menyebut hal altantuya dalam ceramahnya.
Kalau inilah ramalan yang saya anggap ada buktinya ketakutan inilah yang menyebabkan BN terdorong untuk tidak meletakkan calonya di Penanti.
Mungkin kita terfikir kalau PDRM masih boleh digunakan untuk mengugut penceramah dek kerana menyebut isu hangat itu, tidakkah BN berfikir dikotak yang lain pada PR ke 13akan datang pihak Polis yang sudah sedar dia akan berada dibawah kerajaan baru sesudah PR ke 13 tidak mengindahkan para penceramah mendedahkan perkara itu.
Mungkin pada masa sekarang mereka dipaksa dan terpaksa, pada masa yang saya jangkakan itu pasti BN semakin terdesak untuk mencegah virus itu terus merebak dalam masyarakat.
Saya juga kalau berada diposisi BN, dapat bayagkan betapa slogan-slogan yang dikemukana oleh pemimpin nombor wahid seolah tidak diendahkan dan tidak diterima oleh rakyat. Sekurang-kurangnya ada tiga slogan yang telah dikemukakan oleh najib iaitu. 1 Malaysia, Rakyat didahulukan prestasi diutamakan dan Perdana menteri Rakyat.
Kalaulah benar BN sudah sangat ketakutan, keputusan di Manek Urai nampaknya akan menyebelahi PAS yang bertanding. Orang BN sendiri akan menghukum BN yang telah merosakkan reputasinya dimata rakyat. Termasuklah tindakan BN di Perak antara rencah yang cukup baik untuk menyebabkan ianya di uji di Kelantan bahawa ianya turut dibenci sampai ke Kelantan juga.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
[+/-] |
Reaksi calon bebas yang kalah dan hilang wang pertaruhan di Penanti |
Tahniah kepada yang menang, Dr Mansor dari PKR (dah menang tu, jaga-jaga lah kawasan), yang kalah takpe cari duit untuk tanding pada PRU ke 13 nanti, jangan putus asa, sambil tu jengok-jengoklah insan yang ngundi kamu terutama yang undi pos.
BERIKUT ialah reaksi kesemua calon Bebas yang tewas dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.
AMINAH ABDULAH (BEBAS)
“Kak Min (Aminah) menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Kak Min sedikit pun tak rasa kecewa dengan keputusan ini.
“Bagi Kak Min, keputusan ini ialah seperti kalah dalam kemenangan… Kak Min menang kerana berjaya mengurangkan peratusan undi yang dimenangi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat).
“Bagi Kak Min, jumlah orang keluar mengundi yang kecil ini ialah kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi.
“Insya-Allah Kak Min akan cuba lagi pada masa-masa akan datang jika dipanjangkan umur, jumlah undi yang Kak Min terima pun taklah kecil sangat, nampaknya ada juga yang menyokong Kak Min.”
NAI KHAN ARI (BEBAS)
“Saya tidaklah terlalu kecewa, tapi saya rasa sedikit kecewa kerana kalah di kampung saya sendiri iaitu di peti undi Telok Wang dan Sungai Lembu.
“Walau bagaimanapun saya menerima keputusan ini kerana pengundi telah membuat keputusan mereka untuk memilih pemimpin.
“Saya harap kepada Mansor (Othman) yang menang supaya dapat membantu rakyat dengan menumpukan kepada pembangunan di Penanti.
“Kalau ada peluang nanti, mungkin saya akan mencuba nasib pada masa yang lain, tapi matlamat saya ialah untuk membantu rakyat.”
KAMARUL RAMIZU IDRIS (BEBAS)
“Nampaknya dari jumlah undi yang saya dapat, jelas menunjukkan masyarakat di sini menolak konsep keimanan yang ingin saya bawa.
“Mereka lebih mahukan pembangunan yang dijanjikan oleh calon-calon lain… bagaimanapun saya tidak akan berputus asa dengan matlamat saya untuk menubuhkan Parti Iman SeMalaysia.
“Ini adalah kekalahan saya kali kedua selepas Parlimen Bukit Gantang, saya terima keputusan ini dengan hati terbuka tanpa rasa kecewa.”