6.01.2009

Reaksi calon bebas yang kalah dan hilang wang pertaruhan di Penanti

. 6.01.2009


Tahniah kepada yang menang, Dr Mansor dari PKR (dah menang tu, jaga-jaga lah kawasan), yang kalah takpe cari duit untuk tanding pada PRU ke 13 nanti, jangan putus asa, sambil tu jengok-jengoklah insan yang ngundi kamu terutama yang undi pos.

BERIKUT ialah reaksi kesemua calon Bebas yang tewas dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.

AMINAH ABDULAH (BEBAS)

“Kak Min (Aminah) menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Kak Min sedikit pun tak rasa kecewa dengan keputusan ini.

“Bagi Kak Min, keputusan ini ialah seperti kalah dalam kemenangan… Kak Min menang kerana berjaya mengurangkan peratusan undi yang dimenangi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat).

“Bagi Kak Min, jumlah orang keluar mengundi yang kecil ini ialah kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi.

“Insya-Allah Kak Min akan cuba lagi pada masa-masa akan datang jika dipanjangkan umur, jumlah undi yang Kak Min terima pun taklah kecil sangat, nampaknya ada juga yang menyokong Kak Min.”


NAI KHAN ARI (BEBAS)

“Saya tidaklah terlalu kecewa, tapi saya rasa sedikit kecewa kerana kalah di kampung saya sendiri iaitu di peti undi Telok Wang dan Sungai Lembu.

“Walau bagaimanapun saya menerima keputusan ini kerana pengundi telah membuat keputusan mereka untuk memilih pemimpin.

“Saya harap kepada Mansor (Othman) yang menang supaya dapat membantu rakyat dengan menumpukan kepada pembangunan di Penanti.

“Kalau ada peluang nanti, mungkin saya akan mencuba nasib pada masa yang lain, tapi matlamat saya ialah untuk membantu rakyat.”

KAMARUL RAMIZU IDRIS (BEBAS)

“Nampaknya dari jumlah undi yang saya dapat, jelas menunjukkan masyarakat di sini menolak konsep keimanan yang ingin saya bawa.

“Mereka lebih mahukan pembangunan yang dijanjikan oleh calon-calon lain… bagaimanapun saya tidak akan berputus asa dengan matlamat saya untuk menubuhkan Parti Iman SeMalaysia.

“Ini adalah kekalahan saya kali kedua selepas Parlimen Bukit Gantang, saya terima keputusan ini dengan hati terbuka tanpa rasa kecewa.”


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com