9.17.2008

Hari ini dalam sejarah Islam

. 9.17.2008



Badar Al-Kubra, kemenangan buat para pejuang
Oleh : Herman Samsudeen
Tuesday, 16 September 2008

Hari ini..17 Ramadhan, kita akan menyambut sambutan peristiwa Badar Al-Kubra. Peperangan Badar yang menyaksikan 313 orang mujahid hadir memburu syahid dan menentang kekuatan musuh Islam yang tiga kali lebih ramai dari mereka. Rasulullah memimpin bala tentera pertama Islam ini untuk mengukuhkan kedudukan Islam agar terpandang tinggi oleh musuh-musuhnya.

Alhamdulillah, Allah telah berikan kemenangan dengan janjinya bahawa;

“Dan barang siapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, sesungguhnya puak atau pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”(Al-Maidah:56)


Maka siapakah kita untuk menafikan takdir kemenangan dari Allah ini. Jumlah yang sedikit bukan bermakna kita harus kalah. Semangat kita harus lebih tinggi dari jumlah fizikal kita kerana iman yang tersemat dalam hati sudah menempah rahmat dari Allah.

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah (kerana kamu sedikit bilangan dan kekurangan alat perang) oleh itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya.” (Ali-Imran:123)

Oleh itu wahai sahabat-sahabat pemuda, kita harus terus bertaqwa dan bertawakkal pada Allah. Tiada jalan pintas untuk kita kecapi jalan keredhaan melainkan dengan memperkukuhkan keyakinan kita.

Jangan kita mabuk pada kemenangan dunia walhal kemenangan akhirat itu lebih manis ganjarannya.

Dalam suasana sekarang, sudah ramai yang menanam angan-angan untuk duduk sebagai peneraju rakyat. Namun tanggungjawabnya amatlah berat dan tanggungjawab kita dalam mencuci kebejatan penzalim itu bukanlah kerja yang boleh habis dalam sehari dua. Ianya akan berangkai sebagai sebahagian dari ekspedisi badar yang harus kita laksanakan.

Jangan kita hanyut dalam kekalutan sekarang. Kemenangan yang ada harus diurus agar ianya bermanfaat untuk Islam.

Ayuh! barisan pemuda Islam. Tegakkan kembali bendera badar, kerana kemenangan lain sedang menanti!


“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(Muhammad:7)



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com