9.11.2008

Aktiviti PAS di bulan Ramadhan

. 9.11.2008


Alhamdullilah, berjaya juga program yang diatur oleh saf pimpinan PAS kawasan Tebing Tinggi (wah..kubu kuat YB Dato' Raja Ahmad ni..) serta Ahli Jawatankuasa kampung Gugusan Sungai Malau yang baru dilantik setelah pilihanraya kampung diadakan baru-baru ini. Syukur kehadrat Illahi yang mana akhirnya berjaya juga melaksanakan program sumbangan derma barangan makanan untuk keluarga kurang berkemampuan (bukan miskin pada pendapat ana kerana masih cukup makan dan ada tempat tinggal) dan bantuan persekolahan untuk pelajar dari kelarga kurang berkemampuan juga.

Alhamdulillah, tahniah juga kepada abah ana yang baru dilantik menjadi ketua kampung menerusi pilihanraya kampung yang lebih telus dan adil yang menurut beliau, tanggungjawab yang lebih besar menanti untuk memastikan kebajikan penduduk di gugusan Sungai Malau merangkumi Gugusan Felcra Sungai Malau, Kampung Sungai Malau Dalam dan Kampung Sungai Malau Luar dapat dipelihara dengan baik selain memastikan ikatan ukhwah lebih erat lagi.


Alhamdullilah, hasil sumbangan yang diperolehi dari sahabat handai, orang kampung, pimpinan PAS kawasan serta ahli keluarga terdekat tidak menghampakan. Program yang julung sekali diadakan ini berlangsung dengan jayanya dan satu majlis kenduri telah diadakan (korban kambing juga pada hari tersebut). Alhamdulliah, syukur ke hadrat Illahi..


Terbaru, sumbangan masih diterima dan dijangka program yang sama akan diadakan pada hujung bulan ini...Ya Allah, terima kasih atas sumbangan para penderma-penderma semua dan atas keikhlasan anda semua, moga diredhai Allah...






Webmaster; Satu projek besar iaitu membina surau baru menggantikan surau kampung Sungai Malau Luar yang uzur dirancang bersama oleh ana, abah ana serta ajk kampung dan insyallah akan dikemukakan kepada Majlis Daerah dan Majlis Agama Islam selepas Hari Raya nanti..insyallah



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com