9.17.2008

Nukilan untuk Sdra Zulkifli Nordin

. 9.17.2008



Apabila air mata ini mengalir dengan derasnya..namun tidak menuju kebahagiaan maka itulah air mata yang sia-sia

Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam....
dan lagi...Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa 'for me, Islam come first, the rest are second'.

saudara Zulkifli,
Terharu dan syukur kepada Allah kerana melahirkan pemuda yang berjiwa utuh seperti saudara..memang payah untuk berkata benar meskipun pahit untuk ditelan..hanya pegangan keislaman yang jitu dapat mengatasi segala-galanya, shukur alhamdullilah..ujian tuhan amatlah besar. Allah s.w.t berfirman dalam surah Fushsilat:33 "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; "sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah"..

Ana terbaca satu hadis iaitu dari Ibnu Majah dari Sahal bin Sa'ad bahawasanya dia berkata; Ada seorang lelaki datang kepada Rasullulah s.a.w lalu bertanya "Wahai Rasullullah, tunjukkanlah kepada aku amal perbuatan yang jika aku lakukan, Allah akan mencintaiku dan manusia pun akan mencintaiku?". Baginda menjawab bermaksud ;"Zuhudlah pada dunia, maka Allah akan mencintaimu dan zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan manusia, maka manusia kan mencintaimu"

Saudara Zulkifli,

Ada satu syair pujangga lama yang berbunyi sebegini ;
Jika engkau menyendiri dalam keraguan di malam yang gelap
Dan jiwamu mengajakmu untuk berbuat zalim
Maka malulah dari pandangan Tuhan dan katakanlah kepadanya
Sesungguhnya yang menciptakan kegelapan ini melihatku

Jika engkau menyendiri di suatu hari janganlah katakan
Aku bersendirian, tetapi katakanlah, ada orang yang mengawasiku
Janganlah engkau mengira Allah lupa sekejap mata
Dan apa yang tak nampak tersembunyi dariNya


Tahniah dan tetapkanlah pendirianmu, kami pemuda Islam tetap bersama-samamu..iklaskan perjuangan walaupun mengambil masa 1000 tahun untuk mencapai kemenangan..

Abdullah ibn Rawahah, sahabat Nabi yang gemar berpuasa dan seorang pejuang menyeru " Wahai manusia !! sesungguhnya kita telah keluar untuk salah satu dari dua kebaikan yang jika kita mati dijalan Allah, maka itu syahid. Dan jika kita menang, bererti kita mengangkat kehormatan Islam. Demi jiwa Abdullah ibn Rawahah yang berada di tangan-Nya, aku tidak akan kembali sampai aku mati samada sebagai seorang yang syahid atau Islam menang."


Allah s.w.t berfirman "Ingatlah engkau kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu" (Al-Baqarah:152)



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com