9.03.2008

Iktibar yang menginsafkan

. 9.03.2008


Orang kata kekadang kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya...biasalah manusiakan pelupa..tetapi harus ada ingat mengingati..ok

Ambillah apa yang dikatakan dibawah sebagai pengajaran ...

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke Tabung Derma Jemaah tetapi begitu kecil bila kita bawa ke masjid.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir dan berfikir tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi atau hiburan tv.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di dalam majlis usrah, tamrin atau liqa' fikri, tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu waktu menonton wayang atau tv di rumah.

ada lagi

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu munajat atau solat, tetapi betapa mudah cari bahan bersembang dengan kekawan.

Lucu ya, sebagai seorang pejuang, susah sangat membaca al-quran 1 juzuk sahaja, tetapi majalah hiburan, surat khabar nyamuk dan novel 1000 halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmu, mesyuarat dan program jamaah supaya boleh dimasukkan ke agenda kita, tetapi untuk acara lain seperti menonton, annual dinner atau high tea, jadual kita boleh ubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya kita mengajak dan menyebarkan dakwah tetapi mudahnya kita menyertai dan menyebarkan gossip atau khabar angin.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan e-mail layang di internet tetapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan oleh al-quran.

Lucu ya, semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berjuang ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirim ribuan jokes dan surat berantai tetapi mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir 2-3 kali.

tetapi...entahlah...sama-samalah kita renunginya.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com