Webmaster: Artikel ini ke udara bermakna ana telah meninggalkan bumi tercinta ini untuk mengunjungi rumah Allah, menjadi tetamu Allah. Alhamdullilah...niat ana untuk tidak memberi komen terhadap politik tanahair atas sebab menghormati dan menghayati pengorbanan pejuang2 HAMAS dalam menegakkan agama Islam di bumi Allah ini berjaya diharungi. Semua ini dilakukan hasil penghayatan dan kesabaran seperti yang ditunjukkan oleh anak2 Gaza yang terus-terusan dilanyak oleh Yahudi Laknatullah !!
Nekadku semasa berada di bumi Allah, bumi anbiya.....
1. Benarkah kawasan Hijir Ismail tempat doa dimakbulkan ? Aku ingin menyatakan kepada Allah S.W.T agar menjadikan aku insan yang berjuang menegakkan agama Islam atau syahid di jalanMu Ya Allah !! Makbulkanlah permintaanku...
2. Dihadapan Kaabah, insyaallah aku mendoakan agar Allah SWT melindungi pejuang-pejuang agama sebagaimana Allah SWT melindungi Kaabah dari dihancurkan tentera Abrahah dengan menghantar burung-burung Ababil menyerang tentera Israel dibumi mulia Palestine. Apakah Allah SWT mendengar keluhan hamba yang jahil ini !!
3. Ya Allah, Ya salam ya Rasullullah SAW, Khalifah Abu Bakar ra, Umar ra, sahabat2 Baginda yang mulia..salam kepadamu wahai Rasullulah, daripada pejuang2 Palestine yang sekarang ini berhempas pulas menegakkan ajaranMu...salam kepadaMu wahai Rasullullah daripada anak2 Gaza yang kini menderita namun mengerti bahawa inilah ujian yang sebenar-benarnya diturunkan Allah SWT demi menguji keimanan umat Islam kini...
4. Siapakah aku, insan kerdil dan tidak sunyi dari dosa ingin mengadu kepada Singa Allah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, membisikkan kata2 bahawa saudara seIslam kita sedang menderita, dibunuh kejam, anak2 dibelasah, mayat bertaburan tapi umat Islam lain hanya mampu melihat dari jauh..malunya aku. Apakan dayaku, akanku gagahi juga untuk mendoakan agar pejuang2 HAMAS diberikan kemenangan, andai terkorban dimedan peperangan moga Allah anugerahkan syahid yang paling mulia dan andai menang maka penghormatan yang paling tinggi disisi Islam. Allahuakhbar!!
5. Akhirnya ku mohon ya Allah!!! izinkan ku melakukan sebanyakmungkin umrah yang ingin ku niatkan buat anak2 dan pejuang-pejuang Gaza yang terkorban syahid ..berikanlah ku kekuatan dan kesihatan yang sempurna agar dapat ku beribadat kepadaMu ya Allah ...ampunilah daku..pastinya air mata ini akan terus mengalir.
1.19.2009
Aku pergi menjadi tetamu Allah !, Aku ingin mengadu padaMu, Ya Allah !
Webmaster: Insyaallah, jika diberi keizinan oleh Allah S.W.T, laman ini akan terus di"update" [dengan izin] semasa ana berada di sana..labaikallahhumalabaik!
0 comments:
Post a Comment