1.11.2009

Puisi ; Gaza berdarah syuhada

. 1.11.2009



Sabarlah ya ikhwani.
Kalian diharamkan
daripada kenikmatan dunia
oleh tangan-tangan durjana
kerana kealpaan
saudara-saudaramu di mana-mana
meninggalkan jihad
leka dengan syurga dunia
yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan
untukmu Syurga
bersama-sama
Sumayyah dan Yasir
Hamzah dan Khubaib
yang jua
telah mendahuluimu
mewakafkan hidup untuk Allah

Namun airmataku yang mengalir
bukan kerana darah syuhadamu
tapi kerana ramainya
saudaramu di sini
yang gugur murtad
fasik dan bangga
mengikut jejak
budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya
ramai yang tertidur
mimpikan pangkat
nama dan darjat.

(Annuar Ibnu Salleh Hussain)




klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Webmaster; Rasa tersangat bertuah dilahirkan dibumi Malaysia namun tetap teringin untuk mati sebagai syuhada



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

1 comments:

Anonymous said...

syabas saudara..
untuk puisi yg begitu best..
tp itu la fenomena skrg..
berdoa ke hadrat ILLAHI agr kta dislmtkn..
-Nur Syuhadathul Amin-

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com