31Hb Disember 2008.
PENYELARAS, AMAN MALAYSIA
Kami kesal dengan sikap berpeluk tubuh yang diambil pelbagai pihak bagi menghalang kekejaman regim Israel terhadap rakyat Palestin yang lemah. Kami risau dan khuatir jumlah kematian yang setakat ini sudahpun mencapai 400 orang sementara ramai lagi yang cedera parah akan terus meningkat dalam keadaan regim Israel semakin giat mengerah tenteranya ke Tebing Gaza yang kini bermandikan darah.
Pembunuhan yang tidak berasas ini mestilah dihentikan serta merta oleh kerajaan Israel kerana ia melanggar dan mencabuli undang-undang antarabangsa, Konvensyen Geneva serta Resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Regim Zionis yang disokong oleh Amerika Syarikat mestilah dikejam sekeras-kerasnya oleh Negara-negara dunia yang lain sebagai mencabuli hak asasi manusia.
Maka, kami menggesa Wisma Putra untuk mengusulkan di sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menghantar dengan segera sebuah 'Pasukan Kemanusiaan' di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi membantu mangsa pembunuhan dan kekejaman regim Zionis Israel di Palestin.
Kami juga mendesak agar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengambil tindakan terhadap Israel di atas pembunuhan ini serta sekutunya Amerika Syarikat di atas kekejaman yang ditajanya.
Sementara itu, kami bersedia untuk memanjangkan sebarang bantuan kepada rakyat Palestin. Bantuan juga boleh dihulurkan kepada Kassem Aina daripada National Institution of Social Care and Vocational Training (NISCVT) yang sedang menguruskan bantuan kemanusiaan berbentuk keperluan asas seperti susu serta ubatan. Sumbangan dalam bentuk kewangan boleh juga dipanjangkan di atas nama 'Donations for Children' ke National Institution of Social Care and Vocational Training, No akaun 000 1 10684 5002- First National Bank, Immobilita Building- SWIFT Code: FINKLBBE, Hamra Street , PO Box 113-5453. Beirut, Lebanon.
YB DATO' MUKHRIZ MAHATHIR
PENGERUSI BIRO HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN, PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
PENYELARAS, AMAN MALAYSIA
Wednesday December 31, 2008
The Israeli aggression against the defenceless Palestinian people continues unabated. The death toll now stands at 400 innocent lives and scores others seriously injured with grave warnings that more lives will be lost as the Zionist regime mobilises its ground forces for a bloody incursion into the Gaza strip. This senseless and indiscriminate killing must cease and desist at once for this murderous act by the Israeli government is in contravention with the tenets of established international law, the Geneva Conventions and United Nations Resolutions. The Zionist regime with the support and complicity of the United States must be strongly condemned by the international community as a flagrant denigration of basic human rights.
Therefore, we urge The Ministry of Foreign Affairs (Wisma Putra) to move a motion at the United Nations (UN) to immediately organize and dispatch a 'UN Humanitarian Task Force' to alleviate the suffering of the Palestinian people in the Gaza Strip.
We also demand that the UN censures Israel for its abhorrent conduct and the United States for its complicity in this act of state sponsored terrorism.
In this regard, we are prepared to extend aid and assistance to our Palestinian brethren. For your information Kassem Aina of the National Institution of Social Care and Vocational Training (NISCVT) is organizing humanitarian aid in the form of essential food items such as milk and medicine. Monetary donations are welcomed. Contributions can be sent as 'Donations for Children' to the National Institution of Social Care and Vocational Training-Account number: 000 1 10684 5002- First National Bank, Immobilita Building- SWIFT Code: FINKLBBE, Hamra Street, PO Box 113-5453. Beirut, Lebanon.
Sincerely,
Dato' Mukhriz Mahathir
Chairman
UMNO Youth International and NGO Relations Bureau/
Coordinator, Peace Malaysia
1.03.2009
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA
Webmaster: Bantulah dengan apa yang kita terdaya untuk anak-anak Palestine
0 comments:
Post a Comment