1.01.2009

Malam Intifadah Palestine..sokonglah perjuangan mereka

. 1.01.2009



Saidah Hairan
Wed | Dec 31, 08 | 4:05:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Atas kesedaran dan keinsafan terhadap keganasan dan kekejaman zionis Israel membunuh rakyat Palestin MuslimCare dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) menganjurkan malam Intifadhah Palestin dan Kutipan Dana 1 Juta untuk Gaza.

Malam Intifadhah Palestin itu akan diadakan pada Jumaat malam Sabtu 2 Januari bermula jam 8.30 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam (belakang Hotel Bluewave).

Pemidato Khas pada malam itu Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad; Dr Hafidzi Mohd Nor dari Palastine Center of Excellence (Pace) dan moderator, Dr Azhar Yaakob.

Artis Muadz dan Fazs turut mengambil peluang mempersembahkan nasyid Intifadhah.

Manakala khutbah khas Palestin akan berkumandang di seluruh Masjid di Negeri Selangor pada hari tersebut.

Sumbangan amat dialu-alukan bagi meringankan penderitaan dan bebanan rakyat Palestin.

Segala pertanyaan hubungi ahli Majlis MBSA merangkap Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron 019-2140240; Timbalan Pengerusi MuslimCare merangkap ahli PBT, Zulkifli Mohd Nani 019-.2401615._SH_



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Allahuakbar!! ana jauh diseberang laut ni, kalau di sana udah tentu ana ikut serta perhimpunan ini, ayuh sahabat sekelian, intifadah bermula tahun 2009 ini, Allahuakbar



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com