10.26.2008

Jom Heboh makin dipinggirkan...TV3 tak sedarkah !!

. 10.26.2008



EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan konsert Jom Heboh TV3 dianjurkan dimana-mana lokasi di Selangor. Menurut beliau keputusan ini dibuat kerana stesyen TV berkenaan sentiasa berat sebelah dan tidak adil dalam membuat liputan berkenaan kerajaan negeri.

Webmaster berharap Kerajaan Pulau Pinang boleh ambil tindakan yang sama seperti kerajaan Selangor..lama-lama Jom Heboh ni akan ditalqinkan dan dosa pun berkurangan..insyaallah...

Langkah ini seiringan dengan resolusi "Seminar Siyasah Syariah” yang dianjurkan oleh PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda Pusat baru-baru ini. Adapun resolusi kelima seminar itu berbunyi:

Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan Islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: “Apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.

Lagi komen Mufti Perlis dan Mufti Perak kat sini [Malaysiakini]


[Sabahdaily.com] Web kat sini ana ciluk cerita di atas...kesian kakitangan TV3..ada yang alim pun tak leh nak bersuara..jangan lawan kata ulama, berdosa..ingat tu staff TV3



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com